Warganet bertindak kritik isteri buat review walaupun ada masalah rumah tangga. Sekali Shuk masuk pertahankan isteri dia

Artis

Terbaharu,gara gara isteri kepada Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshafera atau lebih dikenali sebagai Sera sering membuat review secara berbayar di IG dikritik warganet,Shuk Sahar tampil memohon agar warganet menghentikan segala kritikan.

Kata Shuk dia akui walaupun isterinya melakukan review berbayar saat rumah tangga mereka dilanda masalah, semua yang berlaku merupakan masalah peribadi dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan urusan kerja isterinya.

“Masalah rumah tangga dan kerja tidak sepatutnya dicampur adukka. Isteri saya ada hak untuk meneruskan kerja-kerja yang dilakukan. “Warganet tidak sepatutnya menyalahkan isteri saya kerana dia bekerja. Dia menjalankan amanah dan tanggungjawab diberikan untuk semua ‘paid review’ tersebut.“Saya merayu agar berhenti cakap dan bercakap bukan bukan isteri saya bukan-bukan,” kata pelawak berusia 35 tahun itu.

Tambahan, Shuk enggan mengulas berkenaan hubungan mereka dengan lebih lanjut. Menurutnya, perkara itu sudah berlalu dan dia hanya pandang ke hadapan serta fokus terhadap isteri dan anak-anaknya.“Status terkini kami, hanya ucapan terima kasih mampu saya ucapkan di atas doa-doa kalian yang mahu melihat rumah tangga kami kembali pulih.

“Kepada yang mengkritik saya juga… Terima kasih buat kalian,” katanya.Minggu lalu, Sera telah mendedahkan kerja suaminya dengan wanita lain yang bernama Fara Salleh sehingga menjadi kecoh di media sosial.

Shuk Baru Sahaja Akui Kesilapannya Dan Sanggup Buat Apa Sahaja Untuk Dapat Keluarganya Semula. Ini Jawapan Jujur Isteri Tentang Hal Tersebut

Heboh kisah Shuk, pelawak dan penyampai radio apabila isterinya,Rossalennah bongkarkan perbuatan suaminya di media sosial. Namun begitu,Shuk akhirnya tampil akui kesilapannya dan sanggup lakukan apa sahaja demi mendapatkan keluarganya semula.

Walaupun berdepan dengan dugaan rumah tangga, Rossalennah mengakui kehidupan perlu diteruskan lebih-lebih lagi dia mempunyai dua orang anak yang perlu ditanggung.“No matter what happen, life must be go on sebab ada dua anak lagi sera nak kena tanggung. I am a strong women because a strong women raised me,” katanya.

Menerusi satu lagi perkongsian, Rossalennah memohon maaf diatas tindakannya membuat ulasan produk berikutan ada segelintir warganet memerli dengan apa yang dilakukannya.Tidak melatah dengan segala kata-kata negatif warganet, Rossalennah berkata dia hanya mencari rezeki untuk kedua anaknya dan bukan meminta-minta daripada sesiapa.

“Ya memang hidup ni teruk tapi aku pun tak menolak rezeki. Sekurang-kurangnya aku cari duit halal. Bukan meminta minta duit keluarga orang,” luahnya.Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 di  Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan berusia empat dan setahun.

Baru Je Tular Video Shuk Sahar Minta Maaf Sekali Tiba Tiba Rakan Konti Fizie Hotfm Komen Dekat Video Tu Sampai Beratus Orang Like. Mengejutkan Selambaje Fizie Boleh Komen Macam Tu.

“setiap orang melakukan kesalahan. Itu kata-kata pelawak Shuk Sahar mengaku kesilapan sendiri jadi punca dirinya didakwa tidak setia terhadap isteri yang hangat diperkatakan warganet, sejak minggu lalu. Shuk atau nama sebenar, Mohammad Shukri Mohamed Sahar tampil buat kali pertama sejak kontroversi tercetus, melalui keterangan video yang dimuat naik di Instagram TV (IGTV), sebentar tadi.

”Ini adalah kesalahan dan kesilapan saya. Iya, bukan senang dan bukan mudah untuk menjernihkan air yang keruh,” luahnya.Kesal dengan apa yang berlaku, pengacara program I Can See your Voice ini berjanji untuk memperbaiki semula hubungan dengan isteri, Rossalennah Natassiah Asshaferah demi menyelamatkan rumah tangga mereka.

”Apapun, saya sanggup demi mendapatkan balik keluarga dan kebahagiaan saya,” katanya. Video durasi 1.35 saat itu menyaksikan Shuk melayan dua puterinya, Nur Qurratu Ain yang berusia empat tahun dan Nur Assyifatu Aimi, 12 bulan, yang dikatakan sudah lama tidak ditemui.

Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai kemelut rumah tangga Shuk apabila Rossalennah membuat pendedahan berani mengenai perangai suaminya. Melalui beberapa hantaran yang dimuat naik di Instagram, Rossalennah mendedahkan suaminya, Shuk masih bermain cinta bersama wanita lain di belakangnya.

Rossalennah juga mendakwa suaminya itu masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama yang pernah dikaitkan dengan Shuk sebelum ini. Berikutan masalah peribadinya itu, pengurusan stesen radio Hot FM menggantung perkhidmatan Shuk sebagai penyampai, serta-merta mulai Isnin lalu.

Respon rakan artis termasuk Fizie HotFM

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memberikan reaksi kepada entri terbaru Shuk berhubung pndedahan isterinya baru-baru ini. Tidak dinafikan ramai mengkritik Shuk, namun ramai juga yang memberikan kata-kata dorongan kepada Shuk agar segera berubah dan bertaubat nasuha.

Selain warganet, rakan artis turut hadir memberi sokongan dengan tinggalkan komen. Antaranya adalah rakan konti Shuk di stesen radio Hotfm. ”Moga dipermudahkan urusanmu buddy,” tulis Fizie di ruangan komen.

Ternyata komen Fizie mendapat reaksi warganet lain yang seolah-olah memahami perasaan Fizie apabila meraih 563 tanda suka. ”Saya doakan semoga kita semua baik-baik sahaja. Rindu akan kalian pendengar-pendengar setia Hotfm976 .” tulis Fizie lagi.

Umum mengetahui sebelum ini segmen Geng Pagi Hot dikendalikan oleh Shuk, Shuib dan Fizie. Namun minggu lalu Shuib sudah mengumumkan menarik diri bagi menumpukan perhatian kepada perniagaan, sementara Shuk pula digntung sementara.

Perkhabaran tersebut nyata mengundang rasa sedih di hati segelintir pihak terutama para peminat Fizie. Susulan itu juga, sepanjang satu minggu ini pendengar akan dapat mendengar beberapa suara baharu untuk memberikan satu kelainan bersempena tahun 2021.

”Ingat sikit shuk.. Kenapa Allah hadirkan anak-anak awak tu perempuan. Moga anak anak awak x merasa apa yg isteri awak rasa. Karma is real shuk. Jadi sebelum terlambat perbaiki apa yg jadi” tulis seorang warganet. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumner:IG Shuk Hotfm

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Lama Menghilang Kan Diri Akhirnya Shuk Sahar Tampil Buka Mulut Dedahkan Cerita Sebenar. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.

SETELAH beberapa hari mendiamkan diri berhubung isu tidak setia, akhirnya pelawak Shuk Sahar tampil mengakui kesilapan diri. Menyedari kesalahan yang telah dilakukan, Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata dia kini dalam usaha menjernihkan semula hubungannya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah.

“Setiap orang melakukan kesalahan dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya. “Ya bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh. “Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagiaan saya!” katanya.

Shuk bertemu dengan dua anaknya pada Rabu. Shuk menulis luahan kesalnya itu menerusi Instagram pada Rabu. Bersama kapsyen itu, dia turut berkongsi rakaman video bertemu dengan dua orang anak perempuannya iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimy.

Ya bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh! Sejak Sabtu lalu, krisis rumah tangga Shuk menarik perhatian warganet apabila isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendakwa suaminya berlaku tidak setia sekali lagi dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Shuk akan terus berusaha menyelamatkan rumah tangga dan keluarganya. Dalam pada itu, rakan-rakan artis terus memberikan sokongan moral kepada Shuk dan mengharapakan yang beliau betul-betul berubah. Bagaimanapun, Rossalennah mendakwa terpaksa beredar dengan hampa kerana dihalau ketika tiba di rumah berkenaan.

Rossalenna turut meluahkan rasa kec3wa apabila suaminya tidak bercakap benar demi mempertahankan hubungan bersama wanita lain. Saat Shuk Bertemu semula dengan anak-anak. Fara Salleh muncul buat pengakuan, hubungan cinta dengan Shuk dah berakhir

Takut dengan pelbagai ugtan daripada individu tidak dikenali, wanita yang didakwa menjalinkan hubungan dengan penyampai radio, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh tampil membuat laporan polis. Menurut wanita berusia 28 tahun itu, dia kesal apabila isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menyebarkan maklumat peribadi seperti nombor telefon dan alamat rumahnya kepada umum tanpa kebenarannya.

Berikutan peristiswa tersebut, kini dia dihubungi individu yang tidak dikenali menerusi WhatsApp dan panggilan sehingga terpaksa membuat laporan polis kerana bimbang atas keselamatannya. “Saya terima bermacam-macam ugtan menerusi WhatsApp, call termasuk ada yang nak ugt nak bahayakan… sebab tu saya terpaksa buat laporan polis.

“Ia berlaku selepas video saya dimuat naik di media sosial,” katanya kepada pihak mStar Online pada Ahad malam. Menerusi temubual tersebut, Fara ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara di Petaling Jaya lantaran ‘diser4ng’ isteri Shuk dalam kejadian awal pagi Sabtu di rumahnya.

Menurut Fara, Rossalennah hadir ke kediaman dan mendakwa dirinya menyembunyikan Shuk di dalam rumah. Namun begitu, dia enggan membenarkan Rossalennah masuk ke rumahnya atas faktor keselamatan. Bagaimanapun, isteri Shuk masih berkeras ingin masuk ke rumahnya walaupun setelah Fara mengemukakan cadangan untuk mengubungi JAIS, pihak polis serta mengajak melakukan panggilan video bertujuan untuk ‘home tour’ bagi membuktikan Shuk tiada bersamanya.

“Cuma saya kecwa bila tiada rasa tanggungjawab dengan menularkan nombor telefon, menularkan dengan keadaan kita pun macam aib kot masa kat dalam rumah. Benda tu sangat mengaibkan saya,” tegas Fara. Sementara itu, apabila ditanya berkenaan hubungannya dengan Shuk, wanita tersebut menjawab dengan ringkas dan mengakui segalanya sudah berakhir.

“You guys boleh cakap apa pun, judge, sebab takde dengan saya, tak hidup dengan saya. Saya cuma baca dan diam je,” luahnya mengakhiri temubual. Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Shuk Sahar Kantoi Lagi Ada Perempuan Lain. Isteri Siap Terjah Lagi Rumah Dan Mengejutkan Ini Yang Dia Nampak Bila Pergi Rumah Perempuan Tu.

Nampaknya kemelut rumah tangga penyampai radio Hot fm, Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar, 34 seakan kembali bergelora. Sejak pagi tadi isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Seraa telah memuat naik beberapa luahan hati berkenaan suaminya yang didakwa mempunyai hubungan lain dengan wanita sebelum ini yang dikenali sebagai Farah.

Menerusi Instagram Seraa, dia telah mendedahkan hubungan terlarang suaminya dan Farah dengar menyertakan beberapa video menunjukkan Shuk berada di kediaman wanita itu serta tangkapan perbualan WhatsApp yang dihantar wanita tersebut kepada Seraa.

Dalam salah satu muat naik tersebut, Seraa menyatakan dia telah pergi ke kediaman wanita tersebut untuk bertemu dengan Shuk namun dibiarkan dihadapan rumah tanpa diendahkan langsung. Seraa juga akui yang dia berasa amat sedih memandangkan Shuk adalah suaminya dan diperlakukan sebegitu seperti tiada harga diri.

Selain daripada itu, wanita kelahiran Sabah tersebut juga memaklumkan ‘kekasih gelap’ suaminya juga kerap menghantar pesanan WhatsApp memaku hamun dirinya dan memberitahu Shuk ada di rumahnya pada awal pagi.

Orang lain pun menangis tengok Seraa

Pada perkongsian terakhir, Seraa menyatakan dia tidak ada niat mahu membuka aib suami, namun tindakan mereka berdua benar-benar meninginjak maruahnya sebagai isteri. Dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakannya kerana sudi menemani dirinya ketika datang ke kediaman ‘wanita perampas’ itu bagi meminta suaminya pulang.

Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada pelawak tersebut berkenaan hal rumah tangganya ini. Walau bagaimanapun, Instagram Shuk sudah mulai dihujani kritikan daripada warganet kerana tidak menerima tindakannya yang berlaku tidak setia terhadap isteri.

Menerusi Istagram Seraa pula, rata-rata warganet telah tampil memberi kata-kata semangat kepada wanita tersebut dan berharap agar masalah yang berlaku dapat diselesaikan. Mereka juga meluahkan rasa geram diatas tindakan suaminya yang dipercayai bermain kayu tiga dengan wanita tersebut.

Pada tahun lalu, Shuk Sahar pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan mempunyai hubungan dengan wanita lain selepas didedahkan oleh warganet. Walau bagaimanapun, penyampai radio itu tidak memberikan sebarang komen dan mengakui masih bahagia bersama isteri dan anak-anak.

Sumber: Rossa.seraa

Baru Je Pindah Rumah Di Kawasan Baru. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Ada Suara Wanita Menangis Dalam Live Ig Shuk Sahar. Sekali Shuk Sahar Dedahkan Cerita Sebenar Buat Warganet Terkejut.

PELAWAK Shuk Sahar terkejut apabila dimaklumkan oleh pengikut mengenai kehadiran bunyi misteri seakan-akan wanita menangis semasa dia sedang bersiaran langsung di laman Instagram. Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, berkata semasa kejadian dia tidak menyedari sebarang bunyi misteri kerana terlalu fokus melayan pengikut.

“Saya betul-betul tak perasan dengan suara yang masuk dalam live saya… saya memang tak dengar apa pun waktu live tu. “Mula-mula saya live biasa je… lepastu kami main teka-teka umur dan nama… siapa menang dia dapat duit RM150.

“Kemudian saya tengok kat ruangan komen semua kata ada suara orang menangis, padahal saya tak dengar apa pun!” katanya. Bunyi wanita menangis dikesan semasa Shuk Sahar buat siaran langsung di Instagram. Penyampai radio Hot FM ini berkongsi mengenai kejadian misteri itu menerusi Instagram miliknya pada malam Khamis.

Dia turut memuat naik rakaman berdurasi 12 saat memperlihatkan dirinya bersama seorang teman yang turut berada dalam video tersebut. Saya cuba panggil ustaz untuk tengok benda apa sebenarnya!Lebih menakutkan apabila ada pengikut yang sempat merakam bunyi misteri itu dan menghantar kepadanya sejurus selesai bersiaran langsung.

“Bila orang hantar screen recorder dekat saya, baru saya perasan memang ada bunyi orang menangis, ” ujarnya. Shuk dan keluarga baru mendiami kawasan tersebut. Sementara itu, Shuk berkata pada malam itu dia bersiaran langsung di rumahnya yang baru sahaja didiami.

“Jujur saya cakap rumah saya ni baru duduk dan belum sempat buat doa selamat lagi.“Tak apa esok saya cuba panggil ustaz untuk tengok benda apa sebenarnya,” katanya. Dalam pada itu, rata-rata pengikut yang turut menyertai siaran langsung itu mengesahkan kehadiran suara misteri itu.

“Dari awal live lagi saya dengar tapi buat tak endah saja, mula-mula masa teka beg tu, masa tu dah dengar bunyi menangis tapi buat tak tahu je… seram!“Seriuslah! Tadi saya ingat ada orang main-main sebab Abang Shuk buat macam tak kisah je. “Saya dengar tadi masa Shuk nak video call pemenang tiba-tiba dengar suara perempuan menangis… dengar benda yang sama, lepas itu semua cakap benda sama,” antara komen pengikut.

Kali Ni Giliran Shuk Sahar Pula Ke Pejabat SPRM. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca Dia Ke Pejabat Tersebut Buat Ramai Terkedu.

Kebelakangan ini kita digemparkan dengan kes ‘Macu Scm’ yang melibatkan golongan selebriti bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram. Menurut laporan Berita Harian, ramai lagi rakan selebriti yang akan dipanggil kerana mereka diperlukan untuk membantu siasatan berhubung kes penggubahan wang yang dikaitkan dengan sindiket Mcu Skemm dan jdi dalam talian.

Terbaharu, Shuk pula dipanggil ke pejabat (SPRM) TETAPI bukan kerana kes pengubahan wang harm, sebaliknya untuk merakamkan muzik video mengenai pencegahan rsuah. Haa terkejut bukan? Memandangkan kes rsuah di Malaysia semakin berleluasa, pihak SPRM terpanggil untuk membuat satu muzik video untuk memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia tentang bah4ayanya benda ini.

Untuk anda yang tidak tahu apa itu rsuah, ia adalah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan kepada seseorang individu, yang melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan, yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah ataupun diskaun.

Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan. Muzik video ini juga menampilkan Fizie dari Geng Pagi Hot sebagai penyanyi utama selain Shuk. Jom tonton!

Jadi untuk semua masyarakat di luar sana, anda tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rsuah. SPRM sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat yang diberikan dan pemberi maklumat akan dilindungi serta tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HOT.FM

Lama Menyepi Tiba Tiba Isteri Shuk Sahar Dedahkan Rumahtangga Masih Diganggu Orang Ketiga. Tergamam Ini Tindakan Isteri Shuk Bila Perempuan Tu Masih Ganggu Lagi Rumahtangga.

Isteri kepada penyampai radio Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah meluahkan rasa marah terhadap individu yang difahamkan Fara Salleh yang sebelum ini pernah didakwa bermain kayu tiga dengan suaminya.

Menurut Rossalennah, terdahulu dia pernah berjumpa dengan Fara namun wanita itu masih tetap menganggu keluarganya. “Aku dah penah jumpa kau elok-elok. Aku bercakap dengan kau elok-elok.  “Tapi lama-lama kau marah dengan aku. Kau sakitkan aku balik. Kau screenshot macam-macam.

“Kau sakitkan aku masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kau sedar tak Fara. Kau dah sakitkan aku lama sangat-sangat.  “Aku tak pernah minta kau hadir dalam rumah tangga kami ni. Kau yang hadir dan kacau keluarga ni, kau kacau aku, maki aku dengan anak-anak aku. “Mana akal kau Fara? Antara kau dengan laki aku itu hal kamu,” dakwanya.

Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah entri yang disertakan dengan screenshot kiriman mesej yang dihantar Rossalennah di Instagram (IG) miliknya. Tegas Rossalennah, dia tidak akan berpisah demi kebahagiaan Fara.

Malah, Rossalennah berharap agar Fara meneruskan hidup tanpa suaminya. “Minta maaf, jangan block unblock apa yang kau hantar semua tu. Aku tetap tak akan berpisah. “Minta maaf sangat-sangat. Aku harap kau move on juga. Doa la banyak-banyak Fara semoga Allah terima taubat. Aku maafkan dosa-dosa kau dengan Shuk,” dakwanya lagi.

Walaubagaimanapun, posting itu telah dipadam selepas dikongsikan. Gempak juga sudah menghubungi Syuk dan Rossalennah melalui kiriman mesej di WhatsApp, namun masih menanti jawapan dan pencerahan. Selain Shuk, Fara juga didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Shah Jaszle dan Kecik Ogie sebelum ini.

Pada bulan Julai lalu, beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakwaan mengenai sikap buruk Shuk yang dituduh bermain kayu tiga. Shuk mengakui pernah mengenali wanita yang dikaitkan dengan dirinya namun enggan mengungkit lagi kisah terbabit.

Setelah Sekian Lama Menyepi Lepas Tular Isu Ada Perempuan Lain Kali Ni Shuk Sahar Tampil Bongkarkan Sesuatu Tentang Perkahwinannya. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Antara Dia Dan Isteri.

SELEPAS lama mendiamkan diri, penyampai radio Hot FM iaitu Shuk Sahar akhirnya tampil menjelaskan dakwaan berlaku tidak setia terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah. Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, mengakui pernah mengenali wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh dan isterinya mengetahui tentang perkara itu.

Menurut Shuk, dia dan isterinya sudah berbincang untuk tidak memberi sebarang kenyataan lebih lanjut lagi mengenai isu tersebut kerana fokus utamanya kini hanya keluarga serta kerjaya. Shuk belajar daripada kesilapan dan akan lebih berhati-hati di masa kelak.

“Saya mengaku yang saya pernah kenal insan terbabit dan isteri pun mengetahui perkara itu. Sebenarnya masalah tersebut sudah lama selesaikan. “Tapi saya tak tahu apa niat individu yang menyebarkan perkara itu. Saya pun dah berbincang dengan isteri dan ambil keputusan untuk tidak mengulas lebih lanjut.

“Apa yang berlaku sudah berlalu dan saya nak fokus kepada keluarga serta kerjaya sahaja sekarang ini,” kata Shuk kepada mStar. Pengacara dan pelawak terkenal itu ditemui ketika media night bersama HotFM & KoolFM di Red Box, The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sebelum ini, Shuk didkwa berlaku tidak setia dan mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh. Kisah tersebut menjadi tular pada awal Ogos lalu selepas seorang pengguna di Twitter mendedahkan beberapa bukti. Malah individu tersebut juga membuat pelbagai dkwaan bruk terhadap Shuk dan Fara.

Dalam pada itu, anggota kumpulan lawak Balas ini menjelaskan dia mengambil keputusan untuk berdiam diri ketika itu kerana sedang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Shuk akui mengenali wanita yang didkwa kekasihnya.

Shuk meluahkan rasa syukur kerana hubungannya dengan isteri sentiasa baik malah mereka tidak berenggang sepanjang kontroversi itu hangt diperkatakan. “Ketika benda itu (isv tidak setia) berlaku, saya dan isteri serta anak dalam perjalanan pulang ke kampung di Pulau Pinang untuk sambut hari raya sebab itu saya ambil keputusan untuk berdiam diri.

“Sepanjang waktu itu, isteri dan saya tak pernah berenggang dan Alhamdulillah, hubungan kami baik saja. Sebagai seorang lelaki, ketua keluarga dan suami… kita tak mungkin lari daripada buat kesilapan. “Itu keluarga saya dan saya akan cuba pertahankan sampai bila-bila. Saya belajar daripada kesilapan dan akan lebih berhati-hati selepas ini,” ujarnya.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Apam Pink

Sumber : Mstar