Warganet mula kritik baju kurang sopan yang dipakai Janna Nick. Ternyata ini antara komen padu yang peminat dia tinggalkan

Artis

Pada awal Februari yang lalu, Janna Nick telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun IGnya. Antara isu yang membuatkan dia tidak sebegitu disebabkan perbalahannya dengan warganet di Twitter pada bulan Januari. Sudah lumrah bila menjadi anak seni segala gerak geri diperhatikan ramai dan pastinya ramai yang akan kritik segala tindakan

Terbaru,gambar yang dikongsi oleh Janna di akaun IG sekali lagi mnadapat perhatian dan kritikan oleh warganet kerana ramai merasakan ianya terlalu kurang sopan. Janna memakai baju tersebut ketika mengacarakan program hiburan Melodi di TV3 namun ada peminat mengatakan Janna melindunginya denagn duduk juga berselindung di sebalik meja atau prop yang ada.

Dapat dilihat di ruangan komen, rata rata peminatnya memberi nasihat agar Janna lebih sopan dalam berpakaian kerana kelihatan tidak manis bagi seorang yang beragama islam berpakaian sedemikian.

Rupanya Langsung Tak Larat Nak Angkat Janna Nick. Akhirnya Terbongkar Cara Menarik Sampai Andi Bernadee Boleh Angkat Janna

Siapa kata orang kurus tak mampu nak angkat sesuatu yang melebihi daripada berat badan dia? Baru baru ini pelakon dan penyanyi ANdi Bernadee dikatakan sanggup mengangkat Janna Nick ketika menjayakan satu babak di dalam drama Melastik ke Hatimu walaupun pada hakikatnya ada yang membantu dari tepi.

Menerusi video behind the scene drama tersebut yang dikongsikan oleh akaun IG Drama Sangat,ramai penonton terhibur melihat aksi mereka.Jika dilihat mungkin kita dapat menganggap bahawa Andi ‘tak cukup kuat’ untuk mengangkat Janna tetapi demi menjayakan bab4k berkenaan, mereka terpaksa mendapatkan bantuan tangan ‘gh4ib’.

Dapat dilihat, Terdapat dua orang krew dilihat mengangkat kerusi yang menjadi penahan untuk Janna supaya dapat memudahkan Andi untuk mengendong pelakon berusia 26 tahun itu.Ramai terhibur melihat gelagat mereka dan turut berharap agar ada sambungan kedua untuk drama ini.

Bila tengok dekat TV, nampak macam Andi sendiri yang angkat Janna, rupa-rupanya kita ‘ditpu’ ya!Apa pun itu merupakan pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang pelakon itu demi menjayaka watak yang diberikan.

Janna Nick Muat Naik Permohonan Maaf Kepada Warganet. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca Dia Buat Permohonan Maaf Tu.

Pelakon dan pengacara Janna Nick telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua warganet terutamanya mereka yang menonton video tersebut yang dimuatnaik menerusi IGTV nya malam tadi. Akui akan kekhilafannya sebelum ini, menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner dia berasakan tahun 2021 ini telah dimulakan dengan pelbagai unsur negatif. Malah dia turut berasakan tidak sepatutnya berg4duh dengan warganet sebelum ini di media sosial.

“Hari ini 1 Februari 2021, saya buat video ini untuk buat permohonan maaf secara terbuka kepada semua yang menonton video ini, kepada semua yang sakit hati dengan Janna Nick, jadi saya minta maaf sangat-sangat sebab tak tahulah saya rasa saya mulakan tahun 2021 ini dengan negatif, faham tak? brbalah dengan warganet, bdhnya aku ini. Saya mengaku saya bdh. Saya mengaku sayalah ‘loser itu’. Saya tak patut brbalah dengan warganet” luah Janna

Janna Menangis Terharu

Dalam pada itu, Janna turut dilihat mengalirkan airmata setelah berasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh warganet terhadap drama lakonannya yang mendapat sambutan hangat biarpun sebelum ini terdapat perselisihan faham dengan mereka.

“Sebab bila drama saya keluar, bila anda sokong drama itu, trending kan drama itu dan betul-betul sukakan drama itu, saya rasa macam sedlh sangat. Aku ni gadh dengan orang, gadh dengan peminat, gadh dengan orang yang support aku tapi akhirnya korang juga yang support drama saya” tambahnya

Di kesempatan itu, Janna turut memohon maaf atas kenyataannya sebelum ini yang telah mencetuskan kontroversi dikalangan warganet dan enggan lagi mempunyai masalah. Janna berharap agar orang ramai dapat memaafkannya serta ingin memulakan tahun ini dengan positif

“Janna 1, Warganet 0 itu memang bull****.I’m so sorry and truly sorry. Saya tak nak brblah lagi dengan korang. Statement yang pasal saya ada cakap orang biasa dengan artis itu betul-betul tak ada niat nak bezakan artis dengan orang biasa. Tapi saya tetap mengaku salah saya”

“Saya nak bagitau yang orang biasa, artis itu pun orang biasa. Saya orang biasa, saya buat salah dan saya minta maaf. Jadi saya dekat sini, semua sekali maafkan saya. Siapa yang kenal saya, tolong maafkan saya. Saya cuma nak mulakan tahun 2021 ini dengan posltif okay?” katanya lagi

Terdahulu, Janna telah brbalah dengan warganet mengenai kepentingan penaplsan filem sebelum dia dikritik hebat oleh segelintir daripada mereka yang tidak bersetuju dengan pandangannnya. Difahamkan, isu tersebut tercetus selepas pengacara

Melodi itu menyalahkan filem The Purge sebagai punca serangan penyokong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di bangunan Capitol pada awal Januari lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://murai.my/2021/97499/janna-nick-menangis-mohon-maaf-kepada-

Isu Pergolakan Rumah Tangga Shuk Sahar Tengah Hangat Diperkatakan. Sekali Janna Nick Tampil Sound Warganet Suapaya Tak Campur Urusan Peribadi Shuk Sahar.

ISU pergolakan rumah tangga yang sedang dihadapi pelawak Shuk Sahar masih terus hangat diperkatakan dalam kalangan warganet. Perkara itu turut menarik perhatian pelakon Janna Nick yang mempunyai pendapat tersendiri berhubung kisah yang melibatkan kehidupan peribadi rakan selebriti itu.

Janna yang meluahkan pandangannya di laman Instagram meminta agar masyarakat tidak perlu mencampuri urusan peribadi seseorang artis berbanding dengan kerjaya mereka. “Bukan nak backup Shuk, tapi kita tidak tahu perjalanan hidup kita ni macam mana. Ramai lagi orang di luar sana yang ada orang lain semua, bezanya mereka bukan artis.

“Tak perlu campur urusan peribadi dia dengan kerjaya.“Ni sembang lebih-lebih, satgi kena marah…” katanya. Isu-isu dalam kain ini kita tidak tahu siapa betul, siapa salah. Kena batang hidung sendiri baru kita nak sedar. Janna berkongsikan pendapatnya di Instagram.

Menurut Janna lagi, orang luar tidak perlu melontarkan komen buruk mengenai kisah peribadi artis kerana risau ia akan memakan diri satu hari nanti. “Isu-isu dalam kain ini kita tidak tahu siapa betul, siapa salah. Kena batang hidung sendiri baru kita nak sedar.

“Jadi lebih baik kita doakan yang baik-baik. Kita dok pulun kutuk sana kutuk sini pun tak guna. “Silap-silap esok-esok mereka suami isteri baik balik,” ujarnya. Menerusi laporan mStar pada Sabtu, isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mengatakan suaminya berlaku tidak setia sekali lagi dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Bagaimanapun menerusi pengakuan secara eksklusif kepada mStar, Fara berkata hubungannya dengan Sudah lama berakhir sejak kali pertama isu tidak setia antara mereka dihidu pihak media. Untuk rekod Fara adalah individu yang sama dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Shuk sekitar Julai 2020.

Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Dini Bongkarkan Status Sebenar Hubungannya Dengan Janna Nick. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi

KUALA LUMPUR: Pelakon kacukan Melayu-Switzerland, Dini Azan Schatzmann menafikan hubungan cinta dengan Janna Nick, sudah berakhir. Dini berkata, dia dan Janna masih bersama, malah ketika ini, mereka digandingkan dalam drama arahan Micheal Ang.

“Kami masih bersama dan bahagia. Kami sedang menjalani penggambaran drama adaptasi novel, Marry Me Senorita nukilan Suri Ryana. “Sudah lebih tiga minggu penggambaran drama ini berlangsung. Ini kali pertama saya digandingkan sebagai teraju utama dengan Janna,” katanya kepada BH Online.

Dini mengaku kurang berkongsi foto bersama Janna di laman sosial. “Kami tidak mahu terlalu berkongsi foto kerana bimbang ramai pengikut jelak. Lagipun, drama lakonan kami akan disiarkan di televisyen (TV) kelak. “Sebelum ini, kami sering berkongsi foto dan ada yang suka melayangkan kritikan.

“Apabila jarang muat naik foto pula dikatakan sudah putus… Serba tidak kena jadinya,” katanya. Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Universiti of British Columbia, Kanada ini juga menafikan menerima tawaran Michael selepas dipengaruhi Janna.

“Saya hadir sesi uji bakat. Karakter dan watak yang saya lakonkan sebagai pemain tenis campuran bernama Isa Alejandro membuatkan saya jatuh hati. “Watak dilakonkan berbeza kerana Isa yang campuran Melayu-Sepanyol sangat berlagak,” katanya yang sering melakonkan watak pemuda baik.

Tambah Dini, biarpun berlakon bersama, dia dan Janna meletakkan paksi profesional di tangga teratas. Dini yang sudah dua tahun menceburi dunia lakonan cuba membina nama dengan sebaik mungkin. “Bakat Janna sangat bagus. Janna tidak lokek berkongsi ilmu, pengalaman dan nasihat,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan berkahwin, Dini mengaku fokusnya lebih kepada mencari rezeki dan mengukuhkan nama sebagai pelakon. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

sumber berita harian

Baru Sahaja Tular Mengenai Isu Media Sosial. Kini Janna Nick Sekali Lagi Meraih Perhatian Warganet Apabila Pendapatnya Melalui Satu Posting Ini Mendapat Sambutan Hangat Orang Ramai.

Pengacara dan pelakon, Janna Nick menyeru orang ramai supaya sentiasa meraikan pendapat orang lain meskipun kadang kala ia bercanggah dengan pendirian kita. Menurut Janna, kita tidak boleh terlalu mementingkan diri sendiri sehingga menganggap pendapat orang lain adalah salah.

“Kau rasa pandangan kau selalu betul? Habis tu kau agak pandangan orang lain semua salah la eh? Kalau tanya aku, aku rasa semua betul. “Ye la..kita tengah cakap pasal pandangan. Bukannya fakta. “Soal pasal apa yang kau rasa betul dan apa yang kau rasa mungkin salah.

“Sudah sudah la, fikir berpaksi kan otak kau je. Lepas tu bila pandangan orang lain bercanggah, kau rasa jijik & kau rasa menympah,” tulisnya. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon telefilem Pasal Kau itu menerusi akaun Instagram miliknya. Dalam pada itu, Janna turut menyifatkan persekitaran yang berbeza juga banyak mendorong kepada cara seseorang itu berfikir.

“G1la ke apa, tu sebab aku cakap pandangan semua orang betul. Sebab semua orang tak membesar dalam rumah kau. “Semua orang tak berpeluang macam kau. Semua orang takde ilmu yang sama macam kau. “Hidup ni singkat kalau kau nak perjuangkan & nak paksa orang hidup cara kau. Pasal bukan mak bapak kau yang ajar diorang cara hidup. Pasal bukan semua ada mak bapak masa hidup,” kongsinya lagi. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersependapat dengan apa yang diperkatakan oleh Janna itu.

Sumber: Instagram Janna Nick, MH

Paling teruk bila hilang rasa bersyukur. Akhirnya Janna Nick buka mulut tentang impak penggunaan lama sosial sehingga buat ramai terkedu dengan tegurannya itu.

Lamansosial menjadi pilihan untuk semua golongan tidak kira usia mencari kenalan baharu, berkomunikasi dengan rakan dan berkongsi foto serta video aktiviti harian. Biarpun ia sesuatu yang baik namun pelakon dan pengacara Janna Nick menganggap media sosial itu juga memberi impak yang negatif terhadap kehidupan seseorang.

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 25, seseorang itu juga akan mula membuat perbandingan disebabkan terlalu memerhatikan perkongsian orang lain di platfrom tersebut. “Media sosial ini yang toksik sebenarnya… kau scroll IG, duk tengok kehidupan orang. Lepas itu insecure sendiri. Mulalah bandingkan kehidupan kau dengan orang itu.

“Mulalah bandingkan kejayaan orang itu dengan setakat apa yang kau mampu capai. Paling teruk bila hilang rasa bersyukur kau itu,” kata Janna menerusi laman Instagram miliknya. Rata-rata wargenet di ruang komen perkongsian tersebut turut bersetuju dengan pandangan Janna mengenai keburukan laman sosial di masa kini.

Tapi siapa yang nak upload cerita dvka? Siapa yang nak kongsi kisah luka?

Malah rakan selebriti seperti Eyka Farhana, Idzham Ismail, Nazrief Nazri, Ramona Zam Zam, Fadlan Hazim dan Alvin Chong juga bersetuju dengan pendapat itu. Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Bukan Cinta Aku ini turut berkata, kebanyakan apa yang dikongsikan di laman sosial sekadar permainan dunia saja.

Kata Janna, tiada siapa yang mahu memuat naik perkara yang sedih atau berkongsi cerita dvka kepada umum dan turut menasihati pengikutnya agar bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang. “Kau ingat semua yang orang tayang itu, betul-betul berjaya? betul-betul bahagia? betul-betul kaya? Ini semua permainan dunia. Bukan nak kata semua itu dvsta semata. “Tapi siapa yang nak upload cerita dvka? Siapa yang nak kongsi kisah luka? Dah… dah, jangan fikir negatif. Jangan rasa diri kau itu kecil. “Bersyukur saja dengan apa yang kau dah ada #JNbermadah,” ujarnya.- MSTAR

‘Kasihan Dini tak biasa gosip liar’ – Janna Nick

Terdahulu, pelakon, penyanyi dan pengacara, Janna Nick, 25, berkocak seketika apabila berita mendakwa berkahwin lari dengan kekasihnya, Dini Azan Schatzmann, 26, di Satul, selatan Thailand pada Jun tahun lalu tersebar.

Kisah kahwin lari hangat diperkatakan menerusi pendedahan seorang pengguna laman Twitter yang memuat naik keratan memaparkan maklumat peribadi Janna dan Dini. Terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran berhubung kontroversi itu. Enggan terus membiarkan spekulasi, aktres yang mencetuskan fenomena menerusi drama Syurga Nur dan Kau Aku Kita itu meleraikan tanda tanya.

Saat dihubungi, si pemilik nama lengkap, Nurul Janna Muner ini hanya tergelak besar, sekali gus memberi petanda berita yang tersebar hanya sekadar khabar angin. Lapan tahun berada dalam dunia seni, Janna berkata, cerita kahwin lari sama seperti pelbagai gosip lain yang pernah melanda dirinya sebelum ini. “Isu dan dakwaan kahwin lari tak benar sama sekali. Sebagai artis, saya sudah lali dengan gosip seperti ini. Keluarga saya pun faham dan tahu situasi sebenar kerana saya tinggal bersama mereka.

“Cuma, saya kasihan pada Dini. Dia masih baharu dan tidak biasa dengan gosip liar seperti ini. Apabila kontroversi ini timbul, Dini menghubungi saya untuk membincangkan perkara ini. Saya tahu dia bimbang dengan penerimaan keluarga dan sanak saudara kerana mereka tidak biasa. Apa yang boleh saya lakukan hanyalah menasihatinya supaya tenang dan bersikap rasional.

“Jika ada media yang mahu menemubual untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini, bagi saja kenyataan. Leraikan persoalan dan jangan melarikan diri. Berani kerana benar,” katanya kepada BH Online. Pelakon yang diangkat Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu berkata, dia tidak pernah terlintas dalam hati mahu berkahwin lari atau menyembunyikan hari bahagia kerana perkahwinan adalah satu perkara yang baik dan harus dikongsi bersama mereka yang tersayang.

“Perkahwinan adalah penyatuan dua hati dan keluarga kedua-dua pihak. Jadi mengapa perlu nak merahsiakannya? Insya-Allah jika ada perancangan ke arah perkahwinan, kami akan berkongsi kegembiraan dengan semua pihak,” janjinya. Dalam temubual itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Mungkin Saja dan Akan Bercinta itu turut meluahkan perasaan terkilan apabila maklumat peribadinya didedahkan kepada umum.

Tegas Janna, tindakan susulan akan diambil kepada individu yang menyebarkan maklumat peribadi dirinya. “Saya sudah berbincang dengan peguam dan tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa atas penyebaran maklumat peribadi di bawah Akta Hak Perlindungan Peribadi,” katanya.

Mengulas hubungannya dengan pelakon drama Bukan Cinta Aku itu, Janna berkata, ia masih berjalan seperti biasa. Cuma tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan membataskan mereka untuk bertemu. “Hubungan masih baik, macam biasa. Lama juga kami tak jumpa sejak tempoh PKP dikuat kuasa. Rindu sangat-sangat. Hanya telefon dan panggilan video menghubungkan kami,” ujar pengacara Melodi itu.

Sekarang makin berjaga jaga dan patuh arahan yang ditetapkan. Terkedu Janna Nick luahkan sesuatu di laman sosialnya mengenai kerjayanya ketika musim pandemik ini.

KUALA LUMPUR: Perkongsian Janna Nick berhubung penularan COVID-19 menyebabkan dirinya takut kembali ke lokasi penggambaran, menarik perhatian peminat. Melalui Twitter, Janna yang tercalon dalam tiga kategori Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, menyebut:

“Takutlah nak ‘penggambaran’, saya tidak mahu menjadi pembawa wabak atau pun dijangkiti.” Bertanya Janna atau nama sebenar, Nurul Jannah Munir mengenai kebimbangannya itu, pelakon dan pengacara ini berkata: “Saya akan memasuki set drama Melastik Ke Hatimu untuk slot Lestary, TV3, minggu depan.

“Melihatkan angka jangkitan yang melonjak setiap hari, saya takut. Bukan apa, saya tinggal bersama keluarga. Jadi saya tidak mahu ibu dan adik-adik terkena jangkitan. “Memang saya sentiasa berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) disarankan kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak.

“Langkah itu boleh diambil di luar set penggambaran. Tetapi tidak mungkin kami akan memakai pelitup muka ketika sedang berlakon. Jadi itu yang merisaukan saya,” katanya. Sementara itu, mengulas mengenai pencalonannya dalam tiga kategori ABPBH 33 iaitu Pelakon TV Wanita Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Versatil Popular, Janna berterima kasih kepada penganjur kerana masih mencalonkannya.

Janna yang memenangi kategori Artis Versatil Popular ABPBH 32 bagaimanapun tidak mempunyai strategi untuk mengekalkan trofi berkenaan. “Tahun ini, saya tiada strategi. Lagipun, dalam keadaan sekarang, agak sukar untuk saya bertemu peminat.

Jadi, saya hanya dapat berkomunikasi dengan mereka melalui Telegram. “Biarpun dalam norma baharu, saya yakin ABPBH 33 tetap meriah,” katanya yang pernah merangkul trofi kategori Pelakon TV Wanita Popular pada ABPBH 30.-BHONLINE

Terdahulu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ada memaklumkan bahawa aktiviti pengambaran adalah dibenarkan di kawasan yang dikuatkusakan PKPB. Bagaimanapun, pihak produksi hendaklah mematuhi segala garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Malah, pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid turut mengumumkan FINAS telah pun memperkenalkan Insentif Saringan Prihatin bagi membolehkan syarikat produksi membuat tuntutan caj ujian saringan ke atas pelakon dan kru yang menjalani penggambaran sepanjang tempoh PKPB.- MediaHiburan

Ohh macam tu kisahnya, patutlah Janna Nick takut nak datang penggambaran dia dengan kes yang makin melonjak sekarang tapi ada SOP yang dikenakan untuk aktiviti penggambaran di kawasan PKPB. Kalau nak tau, boleh baca sampai habis dan jangan lupa untuk like dan share page kami Kucing Media Online untuk isu semasa sekarang dan banyak lagi kisah menarik.