Warganet yang rata ratanya menganggap beliau memilih bulu dalam memberi nasihat. Dr Noor Hisham sekali lagi kena kritik dengan sesetengah warganet selepas memberi satu ciapan nasihat

Berita

Siapa sahaja yang tidak mengenali Dr. Noor Hisham bin Abdullah, beliau memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia dan memainkan peranan besar dalam memerangi pandemik Covid-19 di Malaysia.

Setiap hari, wajah beliau akan terpampang di televisyen untuk hebahan kemas kini jumlah jangkitan Covid-19 dan isu-isu penting yang berkaitan.Meskipun sumbangan beliau sangat besar kepada Malaysia, harus kita akui beliau tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Kesannya, baru-baru ini Dr. Noor Hisham ada menerima kecaman daripada netizen.

Semuanya bermula apabila beliau memuat naik satu ciapan nasihat kepada rakyat Malaysia agar duduk di rumah dan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.Beliau juga menegaskan bahawa perkara lebih buruk akan muncul jika kita semua tidak menggunakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan sebaik-baiknya.

Dalam satu ciapan lain pula, beliau meminta agar rakyat Malaysia patuh kepada arahan yang dihantar secara harian oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).Bagaimanapun, ciapan berbentuk nasihat itu menerima maklum balas negatif daripada warganet yang rata-ratanya menganggap beliau memilih bulu dalam memberi nasihat. Ada juga yang berkongsikan keperitan mereka dalam mengharungi hari-hari dengan keadaan ekonomi yang tenat.

Apa pendapat anda tentang isu ini? Meskipun beliau berjasa besar kepada negara, namun masih ada golongan yang kurang senang dengan sikapnya yang didakwa memilih bulu dalam memberi teguran.Semoga Dr. Noor Hisham terus diberi kekuatan untuk memimpin barisan hadapan dalam menyelamatkan Malaysia daripada Covid-19. Buat anda yang membaca artikel ini, duduk di rumah okay!

Mengagumkan Doktor Muda Kelahiran Malaysia Dapat Pujian Dr Noor Hisham . Inovasi Hijab Diiktiraf Peringkat Antarabangsa Dan Dicalonkan Untuk British Muslim Award

USAHA doktor muda kelahiran Malaysia di United Kingdom (UK) yang mencipta hijab pakai buang untuk para petugas barisan hadapan wanita Muslim, benar-benar membanggakan ramai.Inisiatif Dr Farah Shaheera Roslan mendapat pujian daripada banyak pihak, termasuk Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Tidak ada yang mustahil jika kita bersama, terus berinovasi dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam pembedahan.”Semuanya bermula dengan niat ikhlas kita untuk mencipta perbezaan besar untuk kemajuan dalam operasi dan penjagaan kesihatan,” katanya dalam catatan Facebook pada Jumaat.

Dr Noor Hisham turut berkongsi pautan wawancara video di mana Dr Farah berkongsi pengalamannya dalam mencipta hijab pakai buang ketika dia bekerja di Hospital Royal Derby sebelum ini.”Wanita Muslim Malaysia, apabila diberi peluang, dapat melakukan keajaiban. Alhamdulilah

“Saya harap video ini dapat memberi inspirasi kepada lebih banyak wanita Muslim untuk menjadi pakar bedah pada masa depan,” katanya.Idea untuk mencipta hijab pakai buang pertama kali tercetus ketika Dr Farah bertugas sebagai doktor pelatih, di mana dia dikecualikan untuk memasuki bilik pembedahan kerana memakai tudung disebabkan polisi aspek kebersihan yang ketat.

Ketika itulah dia melihat perlunya ada penyelesaian kepada situasi tersebut, di antara kos pakaian hospital dengan kepercayaan agama para petugas.Didorong oleh mentornya, Dr Gillian Tierney, doktor muda itu kemudian menghubungi rakan dan pembekal di Malaysia untuk mendapatkan idea mengenai hijab pakai buang, sebelum berjaya mendapatkan pembekal di UK.

Selepas rekaan hijab pakai buang diluluskan, ia kemudian dibekalkan ke semua bilik operasi di bawah University Hospitals Derby dan Burton Trust.Atas usaha dan sumbangan tersebut, Dr Farah dianugerahkan NHS Leadership Academy Award dan dicalonkan untuk British Muslim Award.Kini berkhidmat dengan Northampton General Hospital, Dr Farah juga bekerjasama dengan British Islamic Medical Association berhubung garis panduan penggunaan hijab untuk kegunaan klinikal. – THE STAR

Tan Sri Dr Noor Hisham Dan Ustaz Ebit Lew Terima Anugerah Khas Meletop Era Dan Ini Ucapan Komen Mereka Setelah Peroleh Anugerah Tersebut

Bagi menghargai jasa dan pengrbanan petugas barisan hadapan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas MeleTOP ERA 2020 (AME 2020) semalam anugerah khas tersebut merupakan pengiktirafan tertinggi dalam rancangan yang bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menurut Noor Hisham, beliau mengakui terkejut selepas diberitahu bakal menerima anugerah khas berkenaan.“Anugerah ini bukan usaha saya sendiri. Pengiktirafan ini juga penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang sudah memerah keringat hampir setahun.

“Anugerah ini juga saya tujukan buat semua rakyat Malaysia yang sudah bersama-sama dengan kami memerangi penularan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu rakaman video sebentar tadi.Sebuah lagi anugerah khas ialah Anugerah Wira AME2020 yang diberikan kepada Ebit Lew.

Menurut pendakwah bebas terkenal itu, beliau akan terus membantu golongan memerlukan terutama mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.“Tahun ini sangat mencabar kepada semua orang ekoran negara dilanda pandemik Covid-19.“Tetapi saya percaya semua yang terjadi ini kerana Allah SWT sayang kita. Dia mahu semua lebih dekatkan diri kepada-Nya,” katanya.

Ebit juga mahu usaha murninya menjadi ikutan ramai untuk terus membantu setiap individu di atas muka bumi tanpa mengira agama, jantina dan budaya.Kedua-dua tokoh kesayangan Malaysia itu membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 sumbangan Astro.AME2020 dihoskan oleh pengacara Nabil Ahmad, Jihan Muse serta Zizan Razak. – K! ONLINE

Terima Sejambak Bunga Dan Pantun.Dr Noor Hisham Dedah Terima Sejambak Bunga Beserta Pantun Dari Satu Pusat Ini Dan Ternyata Ia Mendapat Perhatian Dari Warganet

Terbaru, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima sejambak bunga dan pantun sebagai motivasi untuk terus berjuang membanteras COVID-19.Jambangan bunga serta empat rangkap pantun berjudul ‘Kita Jaga Kita, Kita Jaga Tan Sri’ itu dihadiahkan Perkhidmatan Psikatri dan Kesihatan Mntal, Kementerian Kesihatan (KKM), petang semalam.

Dr Noor Hisham turut memuat naik gambar jambangan bunga dan pantun berkenaan di laman Facebook rasminya, selain berdoa supaya semua urusan membanteras COVID-19 dipermudahkan Allah.”Semoga dipermudahkan Allah SWT, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakkal kepada Allah SWT,” katanya.Entri berkenaan menerima 22,000 reaksi daripada orang ramai, selain turut dikongsi siar hampir 600 warganet dan mendapat kira-kira 1,000 komen berbentuk motivasi, setakat jam 10 pagi tadi.

Berkat Usaha Dalam Menangani COVID19. Mengagumkan Dr Hisham Sekali Lagi Dianugerahkan Pengiktirafan Tertinggi Dari Satu Satu Kelab Ini Sekaligus Mengharumkan Nama Negara

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah malam ini diberi satu lagi pengiktirafan atas sumbangan besar beliau dalam memerangi COVID-19.Dr Noor Hisham dipilih sebagai penerima anugerah Paul Harris Fellow, pengiktirafan tertinggi diberikan oleh Kelab Rotary kepada individu yang banyak menyumbang jasa untuk tujuan baik.

Anugerah itu disampaikan kepada beliau pada majlis Pemasyhuran Presiden dan Gala Kutipan Dana Tahunan Ke-93 Kelab Rotary Kuala Lumpur Diraja (RCKL) di sini, malam ini oleh presiden kelab itu yang baru dimasyhurkan Prabagaran Vythilingam.

“Anugerah ini sebagai tanda penghargaan, jasa dan komitmen ditunjukkan oleh petugas barisan hadapan dalam mendepani pandemik global yang tidak pernah berlaku sebelum ini, mereka telah memenangi hati dan minda negara,” kata Dr Noor Hisham dalam ucapannya semasa menerima anugerah itu.

Antara tokoh terkemuka yang telah dipilih sebagai penerima anugerah Paul Harris Fellow ialah Presiden Amerika Syarikat Ke-39 Jimmy Carter (James Earl Carter, Jr.), angkasawan James Lovell, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Javier Perez de Cuellar dan pencipta vaksin polio Jonas Salk.

Diwujudkan pada 1957, anugerah itu bagi mengiktiraf individu yang telah memberi sumbangan besar dan menyokong usaha dermawan seperti imunisasi kanak-kanak daripada polio dan menyediakan air bersih ke kawasan miskin di seluruh dunia.

Kementerian Kesihatan turut diberi pengiktirafan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Rotary manakala RCKL Diraja dipilih sebagai penerima anugerah The Brand Laureate International Premier Award 2020 bagi kepimpinan dalam perkhidmatan kemasyarakatan.Sumber: BERNAMA

Sempena Hari Keputeraan Rasmi YDPA. Dr Hisham Antara Penerima Anugerah PSM Dan Akhirnya Dia Menerima Satu Gelaran Ini

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Arshad Ayub mendahului senarai 829 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020, hari ini. Tengku Maimun dan Dr Arshad merupakan tokoh utama dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’.

Gelaran tersebut dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Mereka antara 31 individu yang akan menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.

Empat lagi tokoh utama menerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’. Tokoh berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Seramai 12 lagi menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran ‘Tan Sri’, manakala 29 orang menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) dan lima penerima Darjah Panglima Setia Diraja (PSD), masing-masing membawa gelaran Datuk.

Penerima PSM ialah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad, bekas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Turut menerima PSM ialah Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) Datuk Ahmad Nizam Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif The Lotus Corporation Berhad Datuk R. Doraisingam, Presiden Sunway Group Berhad Datuk Chew Chee Kin, Pengarah Urusan Platinum Victory Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Gan Yu Chai, Pengasas dan Pengarah Urusan SENA Group of Companies yang juga Pengasas dan Pengarah Optimax Holding Berhad Datuk Tan Boon Hock.

Penerima PJN antaranya ialah Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong dan Hakim Mahkamah Rayuan Ravinthran N. Paramaguru.

Turut dianugerahkan PJN ialah Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd Rabin Basir, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lokman Hakim Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Datuk Dr Mohd Gazali Abas.

Penerima lain PJN ialah Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah, Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki, Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Nazir Mami dan Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) Laksamana Madya Datuk N. Ganesh.

Di samping itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Leftenan Jeneral Datuk Dr Md Amin Muslan, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah dan Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan juga menerima PJN.

Turut dianugerahkan PJN adalah Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Mohamed Farid Abu Hassan, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abd Rahim Jaafar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed dan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Datuk Zamri Yahya.

Antara penerima PJN yang lain ialah Naib Pengerusi CRSC Holdings Berhad Datuk Mohamed Salleh Bajuri, Ahli Lembaga Amanah Tekun Nasional Wan Mohd Shaharir Wan Abd Jalil, Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Prof Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Low Yat Group Low Gee Teong.

Penerima PSD pula ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri Mohammad Ismail, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri Roziah Abudin, Ketua Unit Endokrin Hospital Putrajaya Dr Zanariah Hussein, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur Dr Mahathar Abd Wahab dan Pengarah Cawangan Tenaga Kerja ATM Briged Jeneral S. Suriakala.

Selain itu, seramai 27 individu dikurniakan Johan Mangku Negara (JMN) antaranya Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Zulkifli Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Mohamed Zaini Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia Azlikamil Napiah.

Sementara itu, antara  ‘orang kuat’ barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Dr Norhayati Rusli dikurniakan Johan Setia Mahkota (JSM) bersama 37 individu lain.

Antara tersenarai dalam 147 penerima Kesatria Mangku Negara (KMN) ialah Pengarah Bahagian Program TV Radio Televisyen Malaysia (RTM), Lokman Muda manakala penyampai berita dan wartawan penyiaran Media Prima Pang Chinn Fei serta personaliti TV Terrence Joseph Dass masing-masing tersenarai dalam 182 penerima Ahli Mangku Negara (AMN).Tahun ini juga menyaksikan seramai 11 individu dianugerahkan Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD),  328 Pingat Pangkuan Negara (PPN) dan 44 Pingat Bentara Setia Diraja (BSD).Sumber: BERNAMA, RTM

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Tular Majlis Perkahwinan Yang Berlangsung Di Amerika Syarikat. Majlis Tersebut Terus Jadi Super Spreader Sehinggakan Lebih 100 Orang Terkena COVID19 Malah Kes Pemergian Juga Direkodkan

Sekurang-kurangnya tujuh pemergian manakala 177 yang lain disahkan dijangkiti virus Covid-19 selepas hadir satu majlis perkahwinan yang diadakan di Millinocket, Maine, Amerika Syarikat, lapor CNA.Majlis perkahwinan yang diadakan pada awal bulan Ogos lalu telah dihadiri oleh 65 orang tetamu yang secara tidak langsungnya telah melnggar had rasmi yang ditetapkan kerajaan iaitu 50 orang.

Menurut CNA, majlis tersebut telah berlangsung di sebuah gereja dan kemudiannya diikuti dengan majlis resepsi di Big Moose Inn.Sepuluh hari kemudian, berpuluh-puluh orang yang hadir majlis perkahwinan tersebut telah disahkan positif Covid-19. Susulan daripada itu Pusat Kawalan dan Pencegahan Pnyakit (CDC) di Maine segera membuka siasatan berkenaan perkara itu.

Pengarah CDC Maine, Nirav Shah pada hari Khamis (18 September) telah mengeluarkan perincian berkenaan kes tersebut sambil menambah bahawa tujuh orang yang sudah tiada itu tidak menghadiri majlis perkahwinan berkenaan.Siasatan awal mendapati bahawa seorang warden pnjara yang bertugas di sebuah pnjara yang mempunyai lebih 80 kes positif Covid-19 terletak 370km daripada lokasi majlis perkahwinan itu telah dijangkiti sebelum dia hadir ke majlis terbabit.

10 kes lain pula ditemui di sebuah gereja Baptis di kawasan yang sama, sementara 39 jangkitan – dan enam pemergian – didapati di sebuah rumah jagaan 161km dari Millinocket.Bagi penduduk setempat yang telah menerapkan peraturan penjarakkan sosial seperti yang diperkenalkan pada awal krisis, berita itu telah mengejutkan mereka.“Ketika kami mendengar wabak tersebut tercetus … semua orang benar-benar berasa sedih,” kata Cody McEwen, ketua dewan bandar.

“Sebaik sahaja wabak itu tercetus, kami terus menutup bandar ini kembali sepenuhnya.”Sesetengah penduduk jelas berasa berang dengan penganjur majlis berkenaan.“Saya rasa mereka tidak seharusnya mengadakan majlis perkahwinan. Saya rasa ia seharusnya dihadkan seperti yang sepatutnya,” kata Nina Obrikis, seorang ahli gereja Baptis di mana majlis itu diadakan.“Kami tidak dapat pergi ke mana-mana atau melakukan apa-apa kini,” katanya.

Gabenor Maine, Janet Mills pada hari Khamis telah mengeluarkan amaran kepada 1.3 juta penduduk negeri itu.“COVID-19 bukan berada di sebelah pagar sana, tetapi ianya sedang berada di kawasan halaman kita kini.”Sejak tercetusnya wabak pada awal tahun ini, kejadian superspreader yang serupa telah dilaporkan di seluruh dunia.

Yang pertama berlaku di Amerika Syarikat adalah pada persidangan bioteknologi di Boston pada bulan Februari yang dihadiri sekitar 175 orang, dan satu majlis persemadian di Georgia di mana lebih daripada 100 dijangkiti dengan virus tersebut.Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kluster jangkitan seperti itu dapat dilihat tercetus du kampus universiti sehingga memaksa pelajar mengosongkan kawasan universiti.

Universiti Oneonta, di utara New York, mempunyai lebih daripada 670 kes Covid yang disahkan dalam satu bulan.Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut berkongsikan tentang perkara ini.“Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, tujuh individu yang sudah tiada tidak menghadiri majlis perkahwinan ini”Sumber: CNA