Taknak terlalu cerita pasal hamil takut gores hati orang lain, Yana Samsudin akui 6 bulan tak kerja sebab alahan teruk

PELAKON Yana Samsudin memberitahu sepanjang mengandungkan anak ketiga ini dia mengalami alahan agak teruk berbanding kehamilan sebelum ini. Yana atau Nurliana Samsudin, 39, memberitahu sepanjang enam bulan pertama kehamilan itu, dia hanya terbaring dan kerap berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan. “Anak pertama saya tak ada alahan langsung dan anak kedua pagi saja tapi malam tak ada sebab main game saja, macam normal tapi ketiga ni memang teruk sikit sebab hanya baring saja.

Tak boleh nak kerja dan muntah sepanjang masa, tak boleh nak makan serta minum dan mungkin ini adalah rasanya pengalaman para ibu hamil kot. Pergerakan saya sebelum ni semua suami yang lakukan dan hanya mampu terbaring dan kerap masuk hospital untuk dan untuk kali ini juga saya mungkin tak akan dedahkan apa-apa di media sosial sebab tak mahu guriskan hati sesiapa yang belum ada rezeki anak,” kata Yana.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.