Dah 2 tahun tiada tawaran kerja. Sekali Yonnyboi terpaksa gunakan platform ini.

Viral

Yonnyboii rindu beraksi depan peminat. Dua tahun berdepan pandemik CvdI9, penyanyi Yonnyboii mengakui terlalu rindu untuk kembali beraksi di hadapan peminat. Menyedari impiannya untuk membuat persembahan pentas masih samar, Yonnyboii atau nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, berkata dia terpaksa menggunakan media sosial bagi berinteraksi bersama peminat muzik.

“Kerinduan nak buat persembahan dengan khayalak ramai hingga kini terus membuak-buak tapi semua itu nampak masih samar dengan keadaan kes harian CvdI9 yang turun naik. Saya kini membiasakan diri dengan komuniti atau peminat muzik dengan menghasilkan kandungan kreatif dalam laman sosial. Saya kena anggap rakam persembahan di rumah atau secara virtual seperti membuat persembahan pentas. Begitu juga dengan impian mengadakan konsert yang belum menjadi kenyataan. Besar harapan saya agar keinginan itu direalisasikan. Malah saya membayangkan konsert penuh dengan peminat yang sama-sama menyanyi setiap bait lirik lagu Yonnyboii,” katanya.

Yonnyboii mahu buat konsert untuk peminat.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Salahku ini turut mengakui terkesan apabila tiada sebarang persembahan pentas sejak dua tahun lalu, namun dia memilih untuk kekal positif berdepan ujian itu. “Saya juga cuba mengimbangi hal fizikal dan mental sebaik mungkin. Ada ketikanya rasa lemah semangat itu menerpa tapi saya cuba untuk tidak terlalu melayan. Masa down itu macam-macam dalam fikiran termasuk fikir tiada tawaran kerja bagaimana nak survive, namun saya percaya rezeki itu ada dengan izin-Nya.

Jika ada artis yang berkira-kira nak lancarkan album, kenapa tidak saya melakukannya.

“Saya pun menyara keluarga… mujur adik nombor dua tinggal dengan saya, jadi adalah peneman,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Yonnyboii bakal melancarkan album penuh berjudul Yonny (Deluxe Version) menghimpunkan sembilan karya dari EP terdahulu selain dua lagu baharu sebagai trek bonus, Tak Sangka dan Angel.

Yonnyboii lancar buah tangan terbaharu untuk peminat.

“Tak sangka sebenarnya dari album EP ke penuh ini, saya melancarkan di era pandemik. Bagi saya ia bukan satu kesalahan kerana di saat ini muzik kekal jadi terapi buat kita semua. Ramai yang terus mendengar muzik, selain menonton pelbagai medium hiburan. Saya tak kisah melawan arus. Jika ada artis yang berkira-kira nak lancarkan album, kenapa tidak saya melakukannya. Saya selesa mencabar diri melawan arus kebiasaan. Selama ini pun saya sering dilihat unik, sekurang -kurangnya saya ada kenangan melancarkan album pada waktu sebegini,” katanya. Yonny (Deluxe Version) boleh didengari di semua platform digital bermula Jumaat, 8 Oktober ini. Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.