Terkilan sebab hasil karya tak dipandang, Ziela Jalil nekad untuk tutup sementara syarikat produksi

PELAKON dan penerbit Datuk Ziela Jalil memberitahu dia kini akan hentikan seketika untuk menjalankan gerak kerja syarikat produksi filem miliknya iaitu Pena Creactive Picture kerana faktor kurang mendapat tawaran menerbitkan drama daripada stesen televisyen. Ziela atau nama sebenarnya Norazilah Abdul Jalil, 53, berkata keputusan itu dibuat kerana mengakui sedikit terkilan apabila hasil karya syarikatnya tidak dipandang dan seolah tidak dihargai sejak lima tahun lalu.

“Syarikat saya tidak lagi hasilkan karya selama lima tahun atas banyak cerita dan faktor dan kini saya kalau rindu untuk beraksi hanya menumpang produksi kawan-kawan saja seperti Erma Fatima. Saya agak sedikit terkilan dengan industri lagi pun syarikat saya sudah lama berada dalam industri dan banyak proposal yang kami berikan semuanya ditolak sedangkan hasil kerja kami bermutu tinggi dan pernah menang banyak anugerah sebelum ini.

“Tapi tak apa saya tahu rezeki Allah tu ada kalau ada masa nanti mungkin akan kembali semula aktif cumanya buat masa ini nak tenang dulu dengan keluarga saja la,” kata Ziela. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.