Ada pelakon yang bersetuju buka tudung semata untuk berlakon. Zila Bakarin terus bagi komen mengejut tentang hal itu

Artis

Terbaru Zila Bakarin yang merupakan pelakon,akui pernah ditanya oleh pekerja belakang tabir sama ada dia rela untuk membuka tudung semasa berlakon. Zila menjelaskan bahawa soalan itu sering muncul apabila beberapa artis mula bertudung dan bersetuju membuka tudung semata untuk menjayakan watak yang diberikan.

Tanpa ragu, Zila merespon “Jawapan saya, kalau nak kena buka tudung, cari orang lain,” .Menurut Zila, dia tidak mengetahui jika situasi sebegitu wujud di dalam industri.“Saya sendiri pun tak tahu yang situasi ini memang berlaku. Apabila dimaklum dan diajukan soalan begitu, baru saya tahu.

“Tapi, sampai ke hari ini saya masih tak tahu siapakah pelakon yang dimaksudkan,” katanya.Ditanya mengenai perkara itu, Zila berpendapat, dia tidak ada hak untuk memberikan sebarang komen.“Saya pun tak pandai sangat dan masih belajar. Kalau mereka terbuka untuk mnanggalkan tudung ketika berlakon, itu hak mereka.“Tapi, kalau tanya saya, saya tak mahu dan kalau terpaksa tolak tawaran itu, saya akan tolak dan anggap ia bukan rezeki saya,” katanya.

Walaupun Sekarang Dah Pakai Tudung Tapi Zila Bakarin Masih Jadi Ingatan Warganet Dengan Imej Menjolok Mata. Akhirnya Zila Bakarin Tampil Bersuara Dedahkan Benda Buat Warganet Terkedu.

Walaupun kini sudah berhijab, namun pelakon Zila Bakarin masih manjadi ingatan para peminat sebagai salah seorang selebriti dengan imej menjolok mata. Manakan tidak, pada usia remaja nya, dia sering berpenampilan menjolok mata dan menggda jika dia menghiasi dada majalah serta akhbar tempatan.

Mengimbau kembali zaman mudanya itu, Zila akui dia memang suka berpenampilan menjolok mata dan menjadi aktres Pamela Anderson sebagai inspirasi. “Memang sejak remaja saya suka berpakaian menjolokmata.

Saya peminat tegar Pamela Anderson. Apa yang dia pakai mesti saya ikut. Saya pula jenis yang tak kisah kalau orang nak mengata, janji saya tak kac4u hidup orang lain.”- katanya kepada Utusan Malaysia. Menurut Zila, ibunya selalu juga menegurnya berpakaian menjolok mata setiap kali dia keluar rumah.

Walaubagaimanapun dengan imej sebegitu, dia mengaku tidak pernah merokk, melepk di kelab ataupun mengambil bahan-bahan terlarang pada usia remaja nya. “ibu dulu memang bising setiap kali saya keluar rumah. Dia akan komplen kata saya pakai baju tak cukup kain.

Tapi saya hanya berpakaian menjolok mata. Saya tak melepak di kelab, merkok, ambil bahan terlarang macam orang lain. Nakal saya cuma berpakaian menjolok mata,” Katanya. Bercakap soal pemakaian tudung, Zila memberitahu bahawa keputusannya itu bukannya faktor usia serta mengikut trend terkini..

Zila menegaskan semua itu adalah ketentuan dari Allah SWT.  Niatnya jelas ikhlas tanpa paksaan dan dorongan pihak lain. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: MURAI.MY

Dah bertudung, Zila Bakarin kena ‘reject’ pula

PELAKON Zila Bakarin, 45, mengakui pernah beberapa kali ditolak syarikat produksi selepas dia tampil dengan imej bertudung sejak Februari lalu. Zila berkata, kebanyakan tawaran lakonan itu ditawarkan sebelum dia bertudung dan selepas berbincang, dia terpaksa melepaskan tawaran itu dengan hati terbuka.

“Ada beberapa tawaran yang saya terima pada awal tahun ini ketika saya belum bertudung. Jadi, apabila saya bertudung ada beberapa tawaran dibatalkan kerana mereka mahukan Zila Bakarin yang dahulu untuk disesuaikan dengan watak,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia berlapang dada walaupun tawaran lakonan buatnya terpaksa dibatalkan kerana imej terbarunya ini. “Apabila mereka terpaksa batalkan tawaran itu kerana saya bertudung, saya berterima kasih kepada Allah kerana Dia yang memberikan rezeki. Saya sentiasa yakin bahawa rezeki Allah itu luas.

“Pada peringkat awal saya bertudung, timbul rasa bimbang juga sekiranya ini akan memberi kesan kepada karier lakonan saya. Tapi, saya buka mata saya dan reda walaupun beberapa bulan tak ada tawaran memandangkan kita pun berdepan dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ketika itu,” katanya.

Bercerita mengenai watak yang akan diterimanya selepas ini, Zila berkata, dia masih lagi terbuka sekiranya ditawarkan watak jahat. “Walaupun bertudung, kita kena terima hakikat bahawa tak semua orang yang bertudung itu baik.

Jadi, tak menjadi masalah untuk saya melakonkan watak jahat walaupun sekarang saya sudah bertudung,” katanya yang baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Lelaki Itu Untukku 2 bersama Nur Risteena, Johan As’ari, Dotty dan ramai lagi.

Zila selesa jadi diri sendiri

Katalah apa saja mengenai imej dan penampilan menjolok mata yang sering mengundang perhatian ramai, ia tidak sedikit pun menjadi kudis di hati. Bagi pelakon Zila Bakarin, 41, sepanjang dua dekad berkecimpung dalam bidang lakonan dia selesa menjadi diri sendiri.

“Saya berlakon kerana minat dan ingin membantu meringankan beban suami menyara keluarga. “Maklumlah, kami ada anak yang sedang membesar dan suami bukan lahir dalam keluarga berada. Dia bekerja sebagai jurukamera.

“Namun, saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan menyokong kerjaya seni saya.“Walaupun hidup sederhana, rumah tangga kami tetap bahagia bersama anak,” katanya. Hasil perkongsian hidup dengan Azri Izhar, 42, Zila dikurniakan dua zuriat, Kaseh, 7 dan Chinta, 4.

Bagaimanapun, Zila tidak menafikan ada segelintir pihak menganggap dia hidup mewah kerana penampilannya. “Lebih teruk lagi, ada yang ingat saya janda dan isteri kedua golongan kenamaan. “Sebenarnya, saya suka bersederhana dan tidak mengejar barangan berjenama. “Malah, saya tidak kisah memakai baju yang tiada jenama asalkan ia cantik digayakan,” katanya.

Sinonim dengan watak jahat

Bukan saja imej menjolok mata, Zila juga sering melakonkan watak antagonis. “Saya percaya bukan semua pelakon boleh melakonkan karakter jahat dengan berkesan. “Jumlah pelakon seangkatan saya yang boleh menjiwai watak sebegini boleh dikira dengan jari.

“Sebab itu, saya tidak kisah apabila penerbit dan pengarah asyik tawarkan watak jahat. Mereka percaya dengan kebolehan saya sebagai pelakon senior,” katanya. Mengulas pembabitannya dalam drama bersiri Memori Cinta Suraya (MCS), Zila berkata dia menimba pengalaman berharga sepanjang penggambaran.

“Gara-gara karakter dalam drama ini, ramai peminat panggil saya ‘mummy jahat’.“Sebagai pelakon, saya bangga kerana MCS bukan saja berjaya mencecah rating 2.2 juta, tetapi kini turut ditayangkan di Indonesia. . “Walaupun drama ini sudah berakhir, hubungan pelakon dan kru rapat sampai sekarang,” katanya. Selepas MCS, Zila terikat dengan penggambaran drama 13 episod, Jasmin untuk TV3 dan Aku Pilih Kamu. Antara drama lakonannya sebelum ini ialah Permata, Romeo, Kurma Ajwa Untuk Najwa.