Bangga dinobatkan sebagai penyanyi no 1 negara. Sekali tiba tiba Zizan masuk komen buat ramai yang geli hati.

Artis

SELEPAS kejayaan lagu Jom Raya pada tahun 2019, usahawan kosmetik yang juga bergelar penyanyi iaitu Datuk Seri Aliff Syukri tampil pula dengan lagu baharu sempena Aidilfitri ini. Menurut Aliff atau nama sebenar Aliff Syukri Kamarzaman, 34, dia nekad merakamkan lagu raya baharu selepas menyedari ramai peminat merindui suara lunaknya itu.

Lagu berjudul La La Raya 2021 itu merupakan hasil ciptaan Amy Ukays bersama isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid. Pada tahun 2019, Aliff menyanyikan lagu Jom Raya bergandingan bersama Bella Astillah dan Zizi Kirana. Lagu pertamanya itu menerima pelbagai reaksi pendengar dan rata-ratanya terhibur melihat aksi bersahaja jutawan kosmetik ini.

Bosan mak tiap tahun nak buat lagu raya… memang hati kebal budak ni, malas nak layan! Sementara itu, menerusi laman Instagram Aliff meminta pandangan orang ramai mengenai perancangan untuk tampil dengan single baharu itu. Komen seorang warganet teryata jadi perhatian Dato Aliff kerana dia telah dinobatkan sebagai penyanyi no satu negara menggantikan Dato Siti hanya kerana kes langgar SOP

Jika dilihat hari demi hari ada sahaja individu yang ingkar SOP, tidak kira rakyat biasa, golongan selebriti, golongan kenamaan atau siapa sahaja. Tertarik dengan satu twit oleh seseorang itu, usahawan jutawan Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik posting tersebut yang menunjukkan pujian ke atas dirinya. Twit itu menyebut tentang sikap positif Aliff yang tidak pernah mempunyai isu ingkar SOP seperti mana-mana selebriti atau golongan kenamaan yang lain.

Lebih menarik lagi, twit tersebut turut mengatakan beliau sesuai jika dijadikan penyanyi nombor satu Malaysia! “Serius kee i penyanyi no 1.. segan lahh awak byk lagi sy kena beajar dengar @ctdk syukurr trending no1 di maalysia.. dengar citer dah tembus indonesia,brunei dan singaporee.. inyallah lps ni sy buat show utk hiburkan korang okey” tulis Dato Aliff

Walaupun terkejut dengan twit tersebut tetapi Aliff tetap berasa segan selepas menerima pujian tersebut. Para pengikutnya turut meninggalkan pujian dengan sikap bagus yang ditunjukkan olehnya. Tidak mahu ketinggalan, Datin Seri Shahida turut meninggalkan komen pada posting tersebut dan mengatakan bahawa beliau ‘tidak sanggup’ untuk mendengar suaminya menyanyi dengan lebih rancak dirumah. Namun komen dari pelawak terkenal, Zizan Razak ternyata mencuri tumpuan ramai sehinggakan di balas dengan emoji kecewa oleh Dato Aliif

Apa pun, semoga beliau tetap tidak tergolong dalam kalangan mereka yang ingkar SOP. Terdahulu Dato Siti telah memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan kejadian itu. “Kesempatan ini juga kami ingin memohon maaf jika apa yang berlaku ini menerbitkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak.

“Kami memahami dan berlapang dada dengan setiap teguran yang diberi. Kami juga bersedia memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan. “Ini adalah kenyataan terakhir daripada kami mengenai isu ini. Saya ingin fokus berpantang selepas melahirkan Muhammad Afwa dan berharap agar perkara ini dapat diselesaikan serta difahami dengan baik,” katanya.

Kontroversi tercetus selepas tular beberapa foto memaparkan seorang menteri dan pendakwah bebas terkenal dilihat hadir ke majlis tahnik yang dianjurkan di kediaman Siti. Susulan daripada itu, warganet mempersoalkan bagaimana salah seorang pendakwah yang dipercayai menetap di Terengganu, dibenarkan merentas negeri untuk hadir ke majlis berkenaan. Malah, ada warganet terkilan dengan penganjuran majlis berkenaan ketika rakyat Malaysia dilarang merentas negeri selain atas tujuan kecemasan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kecoh Tentang Mv Dato Aliff Syukri Gara Gara Masuk Rumah A Aida Tanpa Izin. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Dato Aliff Syukri Tampil Bersuara Bongkarkan Cerita Sebenar.

SELEPAS kecoh dituduh masuk tanpa izin rumah persinggahan penerbit drama Datuk A. Aida untuk penggambaran video muzik (MV) lagu raya, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan perkara sebenar. Menurut Aliff, 34, terdapat salah faham antara pihaknya dengan penerbit itu berikutan dia sudah pun mendapatkan kebenaran daripada kakitangan pekerja di homestay berkenaan sebelum memulakan penggambaran.

Tambahnya, dia juga ada beberapa kali menghubungi A.Aida bagi memaklumkan perkara itu namun panggilannya tidak dijawab. “Kakitangan tu kata boleh, tapi mungkin ada salah faham, boleh tu maksudnya boleh penggambaran tapi tidak boleh masuk di rumah. “Saya ada empat, lima kali hubungi dia untuk maklumkan tapi tak dapat, tiba-tiba dah viral pula.

“Ya, kami ada shoot di tepi beranda, kami tak masuk tanpa izin rumah pun dan memang tak masuk dalam rumah, tak guna elektrik, tak masuk tandas pun. “Kalau nak kata masuk tanpa izin, kitorang ada 20 orang team kot, bukan seorang, tak manislah kalau kata kami masuk tanpa izin. “Saya nak jelaskan tempat penggambaran saya tu 99 peratus Homestay Angsana Resort, lima peratus di rumah flat dan 0.1 peratus sahaja dilakukan di rumah Datuk A. Aida,” ujarnya kepada mStar.

Aliff ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelancaran muzik video Lala Raya di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam pada Khamis. Dalam pada itu, Aliff memohon maaf sekiranya perbuatan tersebut membuatkan pihak A.Aida tergores hati atas salah faham yang berlaku. Dia juga sedia untuk membayar ganti rugi sekiranya ada sebarang kerugian yang ditanggung oleh pihak penerbit drama tersebut dan berharap perkara ini tidak dibesarkan. “Saya akui kesilapan dan saya ingin memohon maaf mungkin ada berlaku misscomunication antara wakil saya dan wakil penerbit tersebut.

“Sekiranya dengan salah faham yang berlaku ni ada melibatkan kerugian yang berlaku, saya bersedia untuk membuat ganti rugi. “Saya pun tak sangka benda ni berlaku, saya mohon maaf kepada A.Aida kalau rasa kecewa dan mohon benda ni tidak dibesar-besarkan,” ujarnya.

Pada Isnin lalu, A.Aida meluahkan rasa terkejut ketika menonton muzik video hari raya Aliff Syukri yang menggunakan lokasi rumah persinggahannya iaitu di Tuah D’Manggis di Janda Baik, Pahang. A.Aida mendakwa ahli perniagaan itu menceroboh dan melakukan penggambaran di beranda dan belakang kediaman tersebut tanpa meminta izin daripadanya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Menari Sakan Buat Mv Lagu Raya Terkejut Rupa Rupanya Dato Aliff Syukri Masuk Rumah A Aida Tanpa Izin Untuk Mv Tu. Sekali Ini Respon Dari A Aida Buat Warganet Terkedu.

PENERBIT drama, Datuk A. Aida terkejut tatkala menonton sebuah muzik video (MV) hari raya dengan aksi seorang usahawan kosmetik berjoget riang dengan menggunakan lokasi dikenali. Selepas diamati betul-betul, sah, itu rumah persinggahan A. Aida iaitu Tuah D’Manggis di Janda Baik, Pahang yang digunakan oleh Datuk Seri Aliff Syukri untuk penggambaran MV lagu berjudul Lala Raya tanpa izinnya.

Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 51, mendakwa ahli perniagaan itu masuk tanpa izin dan melakukan penggambaran di beranda dan belakang kediaman tersebut. “Tadi pengurus saya call… dia tanya tahu tak yang Aliff guna rumah saya di Janda Baik itu untuk MV lagu raya dia. Memang saya terkejut la apabila tengok MV itu, sebab saya tak tahu apa-apa.

“Saya tanya pekerja saya macam mana Aliff boleh masuk rumah itu dan siapa benarkan dia masuk. Kata pekerja saya, Aliff memang beritahu nak datang untuk tengok tempat. “Ketika itu tak ada siapa dekat situ… malah pekerja saya kata, Aliff panjt untuk pergi ke beranda rumah saya tu. Itu dah kira masuk tanpa izin! Aliff menggunakan rumah itu tanpa pengetahuan dan izin saya,” katanya kepada mStar.

Hasil pemeriksaan mStar pada MV lagu nyanyian Aliff yang dilancarkan di YouTube pada Isnin itu jelas menunjukkan beberapa scene dia bersama beberapa penari latar berada di beranda dan belakang rumah tersebut. Dalam pada itu, penerbit drama Andainya Takdir ini memberitahu Aliff tidak pernah menghubunginya untuk meminta izin sedangkan mereka saling mengenali antara satu sama lain.

Jelas Aida, dia sememangnya tidak membenarkan sebarang rakaman atau penggambaran di rumah percutiannya itu kerana ia eksklusif untuk produksi miliknya iaitu A. Aida Production sahaja. “Yang saya sakit hati, dia langsung tak hubungi saya… bukannya dia tak kenal saya dan dia tahu itu rumah saya! Dah la tak minta izin, tak ada langsung letak kredit penghargaan nama resort saya itu.

“Saya memang tak beri mana-mana produksi jalani penggambaran di rumah itu sebab memang eksklusif untuk produksi saya sahaja. Saya mahu jadikan tempat itu eksklusif. “Sebelum ini, ada beberapa produksi minta izin nak guna rumah itu tapi saya tak benarkan. Tapi dia boleh senang-senang masuk tanpa izin! Saya nak Aliff beri penjelasan mengenai perkara ini,” ujarnya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Siapa Sangka Datuk A Aida Merupakan Selebriti Pertama Yang Dapat Suntikan Vaksin. Rupanya Ini Sebab Dia Dapat Keistimewaan Tersebut.

Siapa sangka, penerbit popular Datuk A Aida menjadi artis tempatan pertama di Malaysia apabila selesai menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech menerusi proses vaksinasi di Dewan Sri Seroja, Putrajaya hari ini. Menurut laporan Harian Metro, pemilik nama Zaidah Awang itu disuntik berikutan keanggotaannya dalam pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berpangkat Kolonel Bersekutu.

Penerbit berusia 51 tahun itu berkata, dia tidak takut untuk disuntik selepas mendapat tahu namanya ada dalam senarai bagi menerima vaksin Covid-19. “Apabila nama tersenarai untuk mendapat suntikan vaksin hari ini, saya okay dan tidak ada apa perlu ditakutkan. Bagi saya, takut itu subjektif dan setiap orang berbeza pandangan.

“Malah kalau ada fikir apabila kena vaksin nanti akan mti, apa boleh dicakap adalah mti itu memang pasti dan bila-bila saja. “Tak perlu suntik pun kalau sudah ajal akan mati juga. Cumanya, apabila kita mengambil suntikan vaksin sekurang-kurangnya dapat meningkatkan imunisasi badan kita,” katanya.

Cumanya, apabila kita mengambil suntikan vaksin sekurang-kurangnya dapat meningkatkan imunisasi badan kita,” katanya kepada Harian Metro. Sebelum ini, pelakon dan anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin bersama suaminya Sirhan Wahab menerima suntikan vaksin Covid-19 buat kali kedua di Emirates Field Hospital, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada Januari lalu.

Sasha mereka menerima suntikan vaksin Sinopharm yang kedua itu selepas 21 hari mengambil suntikan pertama. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : HMETRO ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Penat Jaga Badan Tapi Bila Ada Yang Tawarkan RM20 Juta Pada A Aida Dia Sanggup Tolak. Tergamam Ini Alasan Padu Yang Dia Bagi.

Enggan berkongsi kasih dan dimaduk4n, A Aida mendakwa dia sanggup menolak “lamaran” bernilai RM20 juta daripada seorang lelaki yang ingin menjadikannya isteri nombor dua. Kata penerbit drama popular itu, sememangnya dia akan menolak lamaran sedemikian kerana enggan mengambil risiko untuk jatuh hati pada seseorang yang berstatuskan suami orang.

“Sejujurnya, memang betul ada beberapa lelaki nak masuk meminang. Sampaikan ada seorang tu ingin melamar dengan buat transaksi wang RM20 juta ke dalam akaun saya sekiranya bersetuju berkahwin dengan dia. “Tapi dia bukanlah orang bujang sebaliknya lelaki yang sudah berkahwin, dan dia mahu menjadikan saya sebagai isterinya yang kedua.

“Justeru, saya terpaksa menolak lamarannya itu secara baik,” katanya ketika ditemui pada majlis Mikaseries by Zoey Rahman di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur hari ini. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang itu berkata demikian ketika ditanya siapakah gerangan yang berjaya menambat hatinya selepas kembali solo sejak tahun lalu.

Dia mendakwa kejadian dilamar itu baru saja berlaku, iaitu sekitar tiga bulan lalu. Katanya lelaki berkenaan berhasrat untuk menambah nilai wang tawarannya jika jumlah yang ditawarkan itu masih belum mencukupi.

Rasa tak layak bermadu

Bagaimanapun, tawaran berkenaan tetap ditolak Aida kerana yakin lelaki yang kaya-raya bukanlah kriteria calon suami yang dicarinya. “Lebih selesa untuk berkawan saja sekarang, tapi dalam pada berkawan tu juga saya menjadi semakin terbiasa menjalani rutin kehidupan sekarang, pergi pejabat, balik rumah tulis skrip dan berehat tenangkan fikiran cari ilham di beranda.

“Namun, jika berjodohan, saya tak cari lelaki kaya pun. Cukuplah jika dia boleh membimbing saya dunia dan akhirat,” katanya. Penerbit Andainya Takdir itu sebelum ini pernah berkahwin empat kali. Perkahwinan pertamanya ialah dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng, pada 1994 dan rumah tangga mereka berkekalan selama sembilan tahun.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 23, dan Wan Azevanatassha, 18. Aida, 50, juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis, namun butiran mengenai perkahwinan keduanya itu tidak dijelaskan.

Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan seorang lagi anggota polis, Sufian Sulaiman, pada 2007, namun berpisah enam tahun kemudian. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 12. Dan 18 Jun tahun lalu, Aida rasmi berpisah talak satu selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ariff Aziz.

Bagi Aida, tidak wajar untuknya menjadi isteri nombor dua selepas bersusah-payah dia ‘memasang badan’. “Macam mana pun, saya bagitau pada dia, saya tak rela dan tak suka bermadu sebab tak rasa layak dimadukan.

“Penat saya jaga badan, boleh kalah anak dara sebab pergi ke gim setiap hari. Takkan saya nak bermadu. “Tapi kalau terjumpa lelaki bertubuh sasa atau sado, saya tak menolak, dia tak ada wang pun tak apa,” katanya sambil tertawa.

A Aida nak ‘sado’ sampai tua

“KALAU boleh apabila berusia 60 tahun nanti pun saya mahu kelihatan ‘sado’,” kata penerbit drama, Datuk A Aida, 49, yang kini giat melakukan senaman di gimnasium bagi mendapatkan bentuk tubuh sasa dan ‘six pack’.

Aida berkata, dia mahu mendapatkan semula bentuk tubuh ketika zaman remaja. “Kalau nak tahu sejak remaja lagi saya memang suka ke gimnasium. Kemudian, saya berhenti tapi kembali aktif sejak beberapa tahun ini. Fokus saya sekarang mahu mendapatkan semula bentuk tubuh ketika remaja,” katanya.

Aida berkata, dia mengambil inspirasi daripada selebriti Hollywood yang kebanyakannya mengamalkan cara hidup sihat. Menurut Aida, bentuk tubuhnya ketika remaja adalah seperti watak Lara Croft dalam filem Tomb Raider lakonan Alicia Vikander. Jadi, tidak ada masalah untuk dia mendapatkan semula bentuk badan begitu semula.

“Saya tidak mahu apabila umur kian meningkat, badan pun menggelebeh,” katanya. Aida berkata, bentuk tubuh dimiliki sekarang membuatkan dia lebih yakin selain penampilan yang tampak lebih menarik. Dalam masa sama, Aida mahu memberi inspirasi kepada wanita supaya mementingkan penjagaan tubuh dan kesihatan.

“Saya bukannya nak dapatkan tubuh seperti lelaki tapi lebih kepada bentuk ideal wanita. Apabila kita berpakaian pun kelihatan cantik dan terletak saja. “Selain itu saya tidak mahu dijangkiti penyakit. Doktor memaklumkan bersenam dan menjaga pemakanan adalah ubat segala penyakit. Jadi, saya tak nak ada bp tinggi, kencing manis dan lain-lain.

Itu yang doktor selalu pesan. Alhamdulillah, sampai sekarang saya sihat. Paling penting juga, apa saya buat sekarang ini memberi inspirasi kepada orang lain termasuk dua anak perempuan saya. Ramai rakan artis wanita dan lelaki yang mahu ikut sama dan saya menjadi jurulatih mereka,” katanya.

Aida turut berpesan kepada wanita lain bahawa penjagaan kesihatan dan bentuk badan sangat penting. “Untuk wanita, mari kita sama-sama jaga badan. Jangan apabila usia makin meningkat, kita tidak ‘fit’. Seperti kelapa, makin lama makin banyak santan. Begitu juga wanita. Walaupun berusia, tapi badan mantap dan sihat. Biar kita ada kelebihan di situ,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : trendingsangat.pw via MediaViral