Zizan muat naik gambar Uyaina dengan kapsyen tarik perhatian ramai. Sekali Kekasih Uyaina tampil balas komen memang buat Zizan tergamam.

Artis

Zizan muat naik gambar Uyaina dengan kapsyen tarik perhatian ramai. Sekali Kekasih Uyaina tampil balas komen memang buat Zizan tergamam.

Kepada yang mengikuti perkembangan pelakon dan pelawak Zizan Razak pasti tahu kebelakangan ini pelawak itu  sering digosipkan bersama pengacara Wanita Hari Ini iaitu Uyaina Arshad. Zizan sebelum ini dilihat sering memuat naik foto bersama Uyaina sehingga ramai yang beranggapan pelawak itu sedang mencuba mengambil hati pengacara wanita itu.

Terbaru, Zizan sekali lagi memuat naik foto mereka bersama di set penggambaran sebuah drama lakonan Uyaina. “Usu sakinah bersama usul periksa yang dia dah berpunya ke belom??? Ade warganet boleh info??? @uyainaarshad #sekadarbercanda”

Tampil berani dengan kapsyen seakan bertanya adakah Uyaina sudah berpunya atau pun tidak, nampaknya pertanyaan itu dijawab oleh pengacara jelita itu. Untuk yang mengikuti Uyaina pasti tahu beliau kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon baharu iaitu Raja Syahiran.

Apa yang lebih menarik perhatian warganet, apabila Raja Syahiran turut membalas hantaran yang di muat naik oleh Zizan di IG nya itu. Fuhhh pasrah betul komen Syahiran bila ‘buah hati’ kena usik ya! Sementara itu, Zizan dilihat membalas komen Syahiran dengan tenang mengatakan bahawa maksud bercanda yang ditulis di hantarannya itu adalah ditujukan kepada warganet, malah turut mendoakan kebahagiaan mereka.

Nampaknya macam dah terjawab persoalan kepada desas-desus perhubungan cinta Uyaina dan Syahiran ni. Kepada Zizan, It’s okay! Bunga bukan sekuntum. Kan? Kami di Hot FM mendoakan Zizan bakal berjumpa dengan buah hati tak lama lagi! Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HOT.FM

Takut Bila Kes Covid 19 Makin Meningkat. Mengejutkan Bila Zizan Dedahkan Sesuatu Yang Terjadi Masa Pkp. Rupa Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Jadi Pada Zizan Razak.

Jumlah penularan Covid 19 di Malaysia yang dilihat kembali naik dengan mencecah tiga angka  membuat banyak yang bimbang. Salah satu yang ikut meluahkan kebimbangannya setelah kes Covid 19 di negara merekodkan 150 kes baharu semalam dengan kes dikesan dari beberapa pusat beli belah terkenal di ibu kota, adalah aktor Zizan Razak.

“Kebelakangan ini sejak kerajaan mula memberi sedikit kebebasan semua boleh keluar atau melakukan aktiviti seperti biasa, kita lihat kes Covid 19 kembali naik. “Buat saya secara peribadi, ini adalah satu hal yang membimbangkan,” kata Zizan kepada Gempak.

Malah aktor itu mengatakan kebimbangannya terhadap musuh yang tidak kita nampak ini sempat membuat dia berasa tertekan saat perintah kawalan pergerakan atau PKP dilaksanakan kerajaan beberapa bulan lalu. “PKP yang berlaku tempoh hari buat saya tertekan. Ia membuat saya banyak berfikir tentang kehidupan.

“Jadi saya harap kepada rakyat Malaysia, apabila sudah diberi kebebasan sedikit ini, ikutlah SOP, pakai pelitup muka dan cuci tangan.  “Kita jaga kita, kita kawal balik keadaan. Jadikan Malaysia kembali kepada negara yang berzon hijau,” katanya.

Meski bimbang melihat angka kes Covid 19 yang kembali naik, Zizan kini tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelaku seni. Dia kini sibuk menjalani penggambaran filem terbaharunya, yang disutradarai oleh Afdlin Shauki, Baik Punya Ahlong.

Membawa watak sebagai Aloy, Zizan memberitahu penggambaran filem yang turut dibintangi oleh Adlin Aman Ramli dan sahabatnya, Johan ini masih dalam proses. “Setakat ini kami sudah melangsaikan sekitar 60 peratus penggambaran dan dijangka habis pada pertengahan bulan Oktober ini.

“Pengalaman bekerja di filem ini memang mengujakan, apa lagi saya memperoleh banyak ilmu dari aktor Adlin Aman Ramli dan Afdlin Shauki sendiri,” kata Zizan. Selain Baik Punya Ahlong, Zizan turut mempersiapkan diri untuk memasuki set penggambaran filem berjudul Juang.

Instagram: @zizanrazak869

‘Tak takut ke?’ – Zizan Razak

PELAWAK popular, Zizan Razak mempersoalkan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil dan ‘cuba-cuba’ pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri walaupun kerajaan melarang perjalanan merentas negeri bagi membendung penularan Covid-19.

Zizan berkata, rakyat Malaysia sepatutnya mengambil iktibar daripada pengalaman sebelum ini yang mana berpusu-pusu pulang kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru dilaksanakan. “Selepas terbaca petikan berita semalam dengan menyaksikan peningkatan kes baharu, adakah anda rasa berkeinginan untuk balik beraya di kampung lagi? Bukankah kita sudah diajar dari pengalaman lalu ketika mula-mula PKP dijalankan?

“Selepas ramai pulang ke kampung dan seluruh negeri di Malaysia terkena Covid-19, adakah ingin mengulangi kesilapan sama? Adakah anda mahu menjadi pembawa? Walaupun tidak pulang kampung kita masih lagi boleh beraya,” katanya. Zizan yang juga pelakon filem Polis Evo berkata, selain perlu memikirkan soal keselamatan diri sendiri dan keluarga, masyarakat juga perlu mengambil kira penat lelah petugas barisan hadapan.

“Fikirkanlah sekejap pada petugas barisan hadapan, polis dan tentera yang membuat sekatan jalan raya dan tak kira siapa yang bertugas ketika anda sibuk beraya. Tidakah berasa bersalah pada mereka? Tidakkah berasa akan membebankan diri dan negara ini lagi?

“Sudah lebih dua bulan kita bertahan dan penurunan kes nampak sangat bagus. Pujian diberikan dari negara luar buat kita sangat membanggakan dalam menangani penularan wabak ini. Adakah kita sendiri akan rosakan prestasi kita selama ini?” katanya.

Tiba Tiba Sahaja Rasa Sakit Semasa Melakonkan Watak. Zizan Dedahkan Punca Sakit Yang Dialaminya Dan Dia Beritahu Akan Bertemu Dengan Pakar Untuk Tahu Lebih Lanjut Dan Dia Harap Semua Doakan Dia Untuk Cepat Sembuh

Pelawak, pelakon dan penyanyi Zizan Razak mengalami luka pada bahagian kaki ketika melakukan babak aksi untuk filem terbaharunya, Baik Punya Ahlong. Ketika dihubungi Gempak, Zizan menyatakan rawatan

telah diberikan namun rasa sakit itu masih ada.“Semalam masa tengah scene berbalah tiba tiba rasa sakit. Tak tahu apa punca. “Medic ada bantu letak ubat. Abang yang buat stunt pun ada juga tolong tapi sekejap saja hilang rasa sakit. 

“Masa penggambaran rasa sakit tu datang balik. Insya-Allah takda apa-apa. Kalau sakit lagi saya terus jumpa pakar,” katanya.Sementara itu, Zizan juga mengaku terpaksa berjalan dalam keadaan terhincut-hincut dan meneruskan penggambaran seperti biasa.

“Saya boleh berjalan tapi terhincut-hincut sikit. Masa buat action memang macam orang tak sakit. Begitulah pengrbanan pelakon filem aksi,” katanya mengakhiri perbualan. Semalam, Zizan ada berkongsi beberapa keping foto terbaring sakit ketika di set penggambaran.

“Jackie Chan atau Jacky Sting aku yahoo mesti melalui proses seperti ini. Demi filem yang yang penuh dengan aksi untuk kepuasan anda. Semoga cepat sembuh Zizan Razak,” tulisnya di Instagram (IG).Dalam perkembangan lain, Zizan juga merupakan salah seorang juri di program terbaharu Astro Warna, The Masked Singer Malaysia.

Zizan bersama Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Nabila Huda, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak diberi penghormatan untuk menduduki kerusi juri tetap.Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.

The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.Program ini juga

boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral.Sumber: GEMPAK

Muat Naik Foto Emma Maembong Bersama Ank Tiba Tiba Wajah Ank Jadi Buah Mulut Warganet. Siap Kaitkan Dengan Zizan Razak Lagi. Rupa Rupanya Ini Punca.

Memaklumkan isterinya Emma Maembong telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 8 November lalu, suami kepada pelakon tersebut iaitu Shazlin Azhar tampil mendedahkan gambar cahaya mata sulung mereka di laman Instagram miliknya.

Perkhabaran itu meraih pelbagai kata pujian daripada pengikut pelakon tersebut dan tidak terlepas menzahirkan ucapan tahniah atas anugerah Allah SWT yang tidak ternilai itu. Malah perkongsian itu juga telah menamatkan segala teka teki dan tanda tanya peminat mengenai desas-desus isterinya dilaporkan sudah bersalin oleh beberapa portal media semalam.

Rentetan itu, sebaik sahaja pihak kami berkongsi semula foto zuriat mereka di laman Facebook BeautifulNara, ramai dalam kalangan warganet dilihat tidak henti-henti memuji kecomelan bayi tersebut. Selain menitip kata-kata pujian, ada pula yang tampil bersuara dan mengutarakan pendapat bahawa hidung anak lelaki mereka mirip bekas teman lelaki Emma iaitu pelawak Zizan Razak.

Bagaimanapun, wujud segelintir pihak seakan menyelar kenyataan itu dan menyatakan bahawa bayi tersebut mengikut rupa paras bapanya yang berhidung mancung. Terdahulu, Harian Metro melaporkan Emma Maembong sudah selamat bersalin dan mengadakan majlis doa selamat serta aqiqah bayi mereka. Untuk rekod, Emma telah sah berkahwin dengan Shazli di sebuah premis acara di Bukit Damansara, pada 20 Februari lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: beautifulnara

Lepas Je 3 Minggu Nikah Tak Sangka Pulak Saya Dah Jadi Macam Ini. Emma Maembong Dedahkan Sesuatu Ketika Memegang Bayi Di Atas Pangkuannya Sehingga Mendapat Perhatian Warganet.

Pelakon Emma Maembong mendedahkan dirinya selalu mengimpikan sebuah keluarga sendiri. Malah, rasa teruja itu sering hadir andai mendukung permata hati kakak atau abangnya yang baru lahir. Menitip kata di Instagram, Emma turut menzahirkan rasa syukur selepas dikurniakan rezeki zuriat selepas lebih tiga minggu mendirikan rumah tangga.

“I have always wanted a family of my own. Everytime i hold a newborn baby of my sister or brother mesti akan ada butterflies in my stomach. “Masa ni after 3weeks of my nikah i didn’t expect yg i dah pregnant and baru start rasa nausea n pening. all i really want to say is. “Alhamdullilah. We plan, and Allah plans..indeed Allah is the best of planner,” tulisnya pada perkongsian video yang merakamkan dirinya memangku bayi pada hari bahagianya.

Muat naik itu ditonton lebih 700,000 kali bersama ratusan komen yang rata-ratanya tidak sabar menantikan ahli keluarga baru dalam hidupnya selain mendoakan agar dipermudahkan urusan. Imbas kembali, Emma mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu.-MH

Foto: Instagram Emma Maembong

Emma Maembong buat satu pengakuan setiap hari jam 3 pagi dia akan bangun dan mintak benda ni dekat suami dia. Mengejutkan tk sangka sampai macam tu sekali perangai Emma.

Sedang meniti fasa tempoh kehamilan pasti ia memberi banyak pengalaman manis dan pahit buat mereka yang bakal bergelar ibu bapa. Baru-baru ini Emma Maembong berkongsikan pengalamannya berbadan dua yang asyik terasa lapar.

Kata Emma lagi, dia akan terjaga dari tidur pada jam 3 hingga 4 pagi kerana lapar sangat. Ujarnya, disebabkan itu suaminya sudah bersiap sedia membelikan makanan untuknya jika terjaga pada waktu tersebut Turut berkongsikan videonya sedang menikmati makanan, ramai yang memuji Emma tetap cantik meskipun baru bangun tidur.

Kata warganet lagi, itu perkara normal ketika hamil dan mungkin kerana anak dalam kandungan yang lapar. Malah, ada dikalangan warganet berkongsikan pengalalaman mereka sering terjaga lewat malam lebih-lebih lagi apabila tinggal beberapa bulan sahaja lagi tibanya waktu bersalin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: rotikaya

Perut Tiba Tiba Sahaja Mengeras. Emma Maembong Bongkarkan Kejadian Sebenar Yang Berlaku Dan Ini Tindakan Drastik Yang Emma Buat Untuk Redakan Keadaan

Pelakon Emma Maembong yang kini hamil enam bulan melalui detik mendebarkan apabila perutnya tiba-tiba mengeras.Menurut Emma, kejadian itu berlaku sewaktu dia sedang menjalani penggambaran.Emma yang merasai perubahan pada bahagian perutnya itu terus mengambil langkah berjaga-jaga dan berehat seketika.

Posting itu juga disertakan video pendek merakamkan dirinya sedang duduk sambil mengusap perutnya.“Masa ni tengah sh00ting dan tiba-tiba perut saya rasa keras. Jadi duduk rehat-rehat dulu, sakit sangat-sangat tapi cuba tenang dan selawat.“Urut-urut perut sikit, lepas beberapa minit… Alhamdulillah okay dah. Jadi mulakan kerja balik,” kongsinya menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesejahteraan Emma dan bayi dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat.“Jaga kesihatan jangan stre3ss. Bagus Emma berselawat selalu,” tulis @maksuu6“Sama macam saya, kadang-kadang tu sebab terlebih kerja lepas tu baby mengeras, baring, relax usap-usap dia, minum atau makan sikit okay dah. Jaga diri mummy dan baby,” komen @niniee8Terdahulu, Emma, 27 dan Shazli, 32, telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari di sebuah premis acara di Bukit Damansara.-vanilla

Emma Maembong Muatnaik Tentang Rumah Baru Di Ig. Tapi Mengejutkan Benda Lain Pula Yang Warganet Nampak. Sampai Macam Tu Sekali Emma Maembong Buat.

Pelakon Emma Maembong sudah tidak sabar untuk berpindah ke rumah baru bersama suami tercinta, Muhammad Shazli Azhar. Menerusi laman sosial Instagram, Emma berkongsi foto di ruangan ruang tamu yang kini dalam proses memasang hiasan dalaman sebelum ia boleh diduduki.

“Saya dan suami @shazli_a tak sabar tak sabarnya nak tunggu rumah baru siap. Macam ni pun dah boleh nampak lawa. Tak sabar nak tunggu hasilnya,” tulis Emma di ruangan kapsyen.

KOMEN WARGANET :

Rumah yang dicat serba putih itu kelihatan sangat cantik dengan hiasan cermin melatari ruangan dinding utama.  Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memuji kecantikan hiasan dalam rumah Emma yang hampir siap itu. 

“Tak sabar nak datang rumah dia,” komen Aprena Manrose.  “Bestnya! Tahniah Abli dan Ema,” kata Yaya Zahir.  “Alhamdulillah semoga Emma selesa dengan rumah baru ni dan untuk baby juga nanti,” doa seorang wargamaya. “Nanti wajib buat house tour ya, tak sabar nak tengok rumah Emma,” tulis seorang wargamaya.

“Seronoknya baby nanti duduk rumah baru,” puji seorang wargamaya lagi.  Sehingga kini, foto tersebut telah meraih hampir 68,000 tanda suka daripada warga Instagram.  Imbas kembali, Emma, 27 dan Shazli, 32, telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari di sebuah premis acara di Bukit Damansara. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Gempak

Nama Anak Ringkas Sahaja. Beby Maembong Dedahkan Nama Dan Jantina Anak Sehinggakan Meraih Perhatian Pengikutnya

Kakak kepada pelakon Emma Membong, Beby Maembong selamat menimang cahaya mata ketiganya 25 Ogos lalu. Bayi perempuan yang diberi nama Puteri itu dilahirkan dengan berat 3 kilogram kira-kira jam 10.55 malam.

Ibu kepada tiga permata hari itu memaklumkan berita gembira berkenaan menerusi Instagram selain turut berkongsi perkembangan terkininya. “Assalamualaikum semua aunty uncle. Lama kan kita tunggu nak tahu suprise jantina saya. Im a GIRL!! Nama saya puteri @bebyeejunior. Umur saya 5hari.

“Tarih lahir saya 25aug2020. Lahir pukul 10:55malam. Mummy teraaan 3kali je saya dah melompat keluar. Xsampai seminit push. “Alhamdulillah sangat mudah mummy lahirkan saya. Berat saya 3KG je tp pipi saya bambam macam mummy.

“Kulit saya masih merah.. Saya ada lesung pipit dan lesung dagu.. Eeh ada ke lesung dagu? Sebab dagu saya pon ada lekuk. Sayang semuaa,” titipnya.Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikut usahawan yang juga bintang media sosial ini memberikan dedikasi serta ucapan tahniah.Terdahulu, namanya pernah meraih perhatian apabila fotonya berpakaian mirip duyung tular di media sosial.Foto: Instagram Beby Maembong

Alamak tertukar suami. Terkejut foto suami Emma Maembong macam cermin. Habis Emma tertukar suami

Emma Maembong merupakan pelakon jelita yang sering menarik tumpuan peminat dan warganet dengan pelbagai watak yang dibawanya di kaca televisyen. Selain memiliki rupa paras, pelakon berusia 28 tahun ini turut disukai ramai kerana bakat lakonannya yang sentiasa menjadi.

Biarpun begitu, Emma Maembong kini dilihat semakin bahagia disisi suami yang dikahwininya pada Februari lalu dan lebih membuatkan peminat teruja melihat pelakon berkenaan kerana dia kini sedang hamil cahaya mata sulungnya.

Walau bagaimanapun, oleh kerana Emma sering menjadi tumpuan warganet dan peminat, tidak mustahil juga suaminya untuk mendapat perhatian peminat isterinya itu dan ternyata, laman Instagram Shazli diikuti ramai followers.

Tidak disangka-sangka, perkongsian terbaru suami Emma Maembong ini juga menerima pelbagai reaksi warganet apabila dia memuat naik dua keping foto. Seperti yang sudah diketahui peminat, suami pelakon ini mempunyai saudara lelaki kembar dan pernah melihatnya menerusi perkongsian sebelum ini

namun gara-gara foto ini dimana Shazli dan kembarnya ini kelihatan terlalu sama membuatkan warganet tinggalkan pelbagai reaksi diruangan komen. Ada juga peminat Emma Maembong akui sukar untuk membezakan suaminya itu kerana kedua-duanya itu dikatakan bukan kembar namun seperti orang yang sama.

Besarnya perut Emma padahal baru 4 bulan. Rupa rupanya ini yang Emma Maembong bongkarkan tentang kandungannya

TEKA-TEKI mengenai Emma Maembong sudah berbadan dua akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa. Emma atau nama sebenarnya Fatima Rohani Ismail, 28, memberitahu dia dan suaminya iaitu Shazli Azhar

berasa teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka. “Berbulan madu pertama buat kami dan percutian terakhir berdua dengan suami saya. Tak sabar nak jumpa baby saya,” kata Emma secara ringkas di laman sosial miliknya. Emma berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik beberapa foto dia bersama suami dan memperlihatkan baby bump di laman sosial miliknya.

Emma berkongsi berita gembira itu di laman sosial miliknya. Bagaimanapun pelakon drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan itu tidak mendedahkan usia kandungannya. Rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Emma dan suaminya serta mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan.

Emma dan Shazli Azhar, 32, yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu di Bukit Damansara, Petaling Jaya. Menerusi perkongsian Emma kini sedang bercuti dengan suami dan beberapa rakan selebriti antaranya pelakon Aprena Manrose. Suami Emma, Shazli turut berkongsi foto memperlihatkan baby bump isterinya.

Dalam pada itu, Aprena turut memuat naik video pasangan itu sedang sibuk berkongsi berita gembira mengenai kehamilan itu di laman sosial. Menurut Aprena, pasangan itu sanggup tidak menjamah makanan demi berkongsi berita itu dengan peminat kesayangan mereka.

“Emma dan Shazli okay busy nak upload untuk beritahu yang dia sudah berbadan dua sampai tak makan untuk peminat kesayangannya. Jadi, dah terjawab soalan anda semua. “Doakan semuanya berjalan lancar ya. Tahniah anda berdua. Sayang anda berdua,” kata Aprena.- Sumber mstar

Emma Maembong tertukar suami. Pelik satu posting terbaru suami Emma buat warganet terkedu dan risau

Pelakon Emma Maembong seringkali memuat naik perkembangan kerjaya dilaman Instagram malah dia juga sporting berkongsikan momen sweet bersama suami, Muhammad Shazli kepada peminat. Ternyata, Instagram suami selebriti ini juga menjadi perhatian warganet dimana dia mempunyai lebih 170,000 followers dan sering memuat naik foto bersama di laman sosial berkenaan yang turut meraih perhatian dengan menerima ribuan tanda suka.

Walau bagaimanapun, tidak disangka-sangka perkongsian foto terbaru Shazli di Instagram menjadi buah mulut warganet apabila dapat melihat wajah kembar suami kepada selebriti ini. Malah, warganet juga menyangka bahawa suami Emma Maembong ini mengedit foto berkenaan kerana melihat dua orang yang memiliki banyak persamaan. Namun begitu, sebelum ini pernah tular mengenai hal itu apabila Emma Maembong ada mendedahkan bahawa suami yang berusia 32 tahun ini memiliki saudara lelaki kembar.

Jadi tidak mustahillah, warganet dapat melihat seseorang yang sama dengan suami pelakon berkenaan. Di ruangan komen, rupa-rupanya masih ada yang tidak tahu bahawa suami kepada Emma Maembong ini memiliki kembar malah foto dikongsikan juga membuatkan orang ramai tidak dapat membezakan yang mana satu suami pelakon tersebut. Sumber : Instagram Shazli, HCL

Posting terbaru Emma Maembong telah mengundang kerisauan para peminatnya. Rata rata mendoakan Emma agar kembali sihat seperti biasa.

Jangkitan bakteria adalah jangkitan disebabkan oleh bakteria. Bakteria penyebab penyakit disebut bakteria patogenik. Bakteria menyebabkan jangkitan melalui saluran pernafasan, luka terbuka, sentuhan lansung dengan haiwan terjangkit atau pengambilan makananan yang tercemar. Bakteria menyerang

tubuh badan dan melemahkan sistem imun. Kebiasaannya, simptom jangkitan bakteria tertumpu pada satu bahagian tertentu dalam badan. Akan tetapi, majoriti jangkitan bakteria berlaku disebabkan “terjaganya” bakteria jahat yang menghuni di dalam badan anda setelah dicetuskan oleh peristiwa tertentu seperti jangkitan virus yang sedang atau telah berlaku.

Demam panas mengejut, rasa lemah tidak bermaya kemudian disusuli selesema dan batuk berpanjangan sehingga terasa dada sempit. Biasanya kita mengaitkan demam itu dengan faktor persekitaran yang sering dilabel sebagai punca sedangkan ia mungkin disebabkan jangkitan daripada pesakit lain yang berada di tempat sama,

boleh jadi juga berdiri di sebelah kita. Sebenarnya ada banyak faktor menyebabkan kita demam. Ia juga boleh disebabkan jangkitan kuman sehingga menjejaskan fungsi organ penting dalam badan seperti otak sebaik saja ia berjaya memasuki saluran cairan merah. Implikasinya ialah pesakit terdedah kepada lebih serius.

Perkongsian terbaru dari Emma Maembong, dipercayai di muat naik oleh adminnya, mengatakan Emma kini berada di hospital kerana demam tinggi dan jangkitan bakteria. Emma dimasukkan ke hospital malam semalam. Adminnya juga minta doa peminatnya supaya Emma cepat sembuh. Hi guys this is Emma’s admin.. just for info Emma got admitted last night due to a very high fever n bacterial infection. pray for her speedy recovery ok?  thank you.

Rata-rata peminatnya doakan supaya Emma cepat pulih dan sembuh. Jangkitan bakteria dianggap serius kerana jika tidak diberi rawatan awal, pelbagai kemudaratan boleh berlaku. Jangkitan bakteria biasanya dirawat dengan antibiotik.

Antibiotik boleh melawaan atau mencegah pertumbuhan bakteria. Pencegahan jangkitan bakteria termasuklah, amalan gaya hidup yang sihat, elakkan pengambilan makanan dan minuman tercemar, selalu mencuci tangan dengan bersih dan pengendalian makanan yang bersih. Mari kita sama-sama doakan supaya Emma Maembong cepat pulih seperti biasa.Amin.- Sumber : IG Emma Maembong