Dah kenal lama sejak tahun 2010. Zoey tampil bersuara dedahkan perangai sebenar Anju yang ramai tak tahu.

Hiburan

Pelakon Zoey Rahman, 36, menyatakan dia mula mengenali aktres Zarina Anjoulie, 34, sejak membintangi filem Lagenda Budak Stn pada tahun 2010.Menurut Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman berkata mereka pernah terputus hubungan namun kembali rapat selepas bertembung di sebuah klinik pada Mac lalu.

Jelasnya, kemesraan antara dia dan Zarina hanya sekadar kawan rapat sahaja bukan seperti yang diperkatakan dalam kalangan warganet. “Kami kenal dah lama sejak 2010 dan selepas itu lost contact… tapi ada la sekali sekala tegur di Instagram. Lagipun sebelum ini dia sibuk dengan kontroversi, saya tak nak kacau.

“Kebetulan sekitar bulan Mac lalu, kami bertembung di sebuah klinik setelah sekian lama tak bertemu. Ketika itu, kami bertukar nombor telefon dan sehingga kini masih berkawan baik,” katanya. Ditanya mengenai keperibadian Zarina, ini jawapan Zoey yang juga merupakan seorang usahawan kosmetik.

Kata pelakon drama¬†Mat Rukun, dia menyifatkan pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah sebagai seorang wanita yang baik hati dan jujur. “Nampak saja Anju seorang yang loud tapi kalau kenal dia lebih rapat, dia seorang yang jujur dan baik hati.

“Sebagai kawan, kami saling menasihati satu sama lain,” katanya lagi. Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila hubungan Zarina dan Zoey dikatakan semakin rapat dan sedang asyik dilamun cinta. Perkara itu mula disedari warganet selepas kedua-duanya sering melakukan Instagram Live (IG Live) sejak akhir-akhir ini. Bagaimanapun, Zarina membuka mulut dengan menyatakan hubungan mereka sekadar kawan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.