Ketahuilah ini antara 10 tips kesihatan yang sangat berguna untuk kebaikan bersama. Sekali Dr Amirul tampil dedahka n tips tersebut.

Tips

Pejam celik dah masuk hari keempat berpuasa. Lazimlah di bulan Ramadhan, ramai mula mengamalkan pemakanan yang sihat dan memperbanyakkan beribadah. Tapi anda mesti nak tahu kan tips kesihatan di bulan Ramadhan yang anda boleh amalkan. Di bulan Ramadhan, pasti ramau di antara kira yang amalkan gaya hidup yang berbeza dari hari hari kebiasaannya akibat pengambilan makanan yang agak terhad.

Kalau anda perhati, tiap kali waktu puasa pastinya kita akan bersahur dengan banyak dengan niat mengelakka lapar pada siang hari malah berbuka dengan pelbagai jenis makanan berat dan manis kononnya menebus semula puasa seharian. Buat yang mer0kk, ada juga waktu berbuka puasa bermula dengan aktiviti merkk kemudian makan. Haih, tak boleh macam tu.

Jadi, apa kata di bulan mulia ni kita tetapkan rutin yang boleh diikuti bagi mendapat puasa yang lebih mendatangkan manfaat dan bukan pahala semata mata. Difahamkan seorang pengguna FB yang juga merupakan seorang doktor telah berkongsi tips kesihatan khas yang anda boleh lakukan di bulan Ramadhan. Oleh itu, ini dia 10 tips kesihatan di bulan Ramadhan

Pertama. kalau boleh awalkan berbuka dan lewatkan bersahur. Biasakan ambil makanan yang berkarbohidrat kompleks semasa bersahur. Pastikan juga minum air secukupnya. Kedua, jangan tinggalkan sahur, sesungguhnya ada keberkatam dalam bersahur itu dan amalan bersahur pula adalah amalan yang sihat. Ketiga, lebih baik elakkan aktiviti fizikal di tengah terik matahari. Kalau nak juga, gunakan pelindung sekiranya perlu.

Keempat, minum air secukupnya, dan hadkan pengambilan air manis ke dua cawan sahaja sehari. Selebihnya kalau boleh minumlah air kosong. Sejuk boleh dan biasa pun boleh. Kelima, perbanyakkan aktiviti fizikal selepas berbuka puasa. Antara aktiviti yang anda boleh buat ialah aktiviti berinterasi rendah seperti berjalan, mengemas rumag dan seangkatan dengannya. Lagi stau solat pun tergolong tau dan amalkanlah solat terawaih setiap malam.

Enam. buat pesakit yang alami sakit teruk, pastikan anda masih ambil ubat ubatan mengikut dos dan frekuensi ditetapkan. Kalau anda disarankan untuk tidak berpuasa maka ikutlah saranan doktor. Anda boleh fokus kepada ibadah lain bagi menghidupkan bulan Ramadhan. Seterusnya,bagi perkk atau v4per, bulan Ramadhan ini boleh la jadikan satu peluang bagi ada untuk menghentikan perbuatan tersebut.

Masih sempat lagi. Kalau boleh perlahan lahan untuk kurangkan dan buang semua benda yang berkaitan dengan dua benda tersebut. Anda boleh cuba dapatkan n1cotine patch dan n1cotine gum di farmasi. Pada waktu siang, gunakan patch dan waktu malam gunakan gum. Sekiranya ragu ragu, cuba rujuk ahli farmasi sewaktu membeli dan inshaallah lepas Ramadhan berakhir anda akan jadi insan yang baru.

Lapan, semasa berbuka seeloknya berbukalah dengan makanan ringkas dan air terlebih dahulu. Solat maghrib dan kemudian barulah makan makanan yang terhidang. Inilah amalan sunnah dan ianya lebih sihat. Kesembilan, semasa berbuka, mohon jangan lepaskan. Makan sekadar yang perlu sahaja. Digalakkan ambil makanan yang seimbang dan elakkan ambil makanan atau minuman manis terlalu banyak.

Terakhir sekali, kita juga tak tahu sama ada Ramadhan kali ini adakah yang terakhir buat diri kita atau ada peluang lain tahun hadapan. Justeru itu, jadikan ianya Ramadhan yang terbaik buat diri kita. Penuhi hikmahnya dari sudut sp1ritual dan fizikal. Penuhkan dengan ibadah, jadikan ia tarbiyah mengubah tabiat buruk seperti merkok.Anda boleh Google search “Ramadhan planner pdf” dan download mana-mana berkenan, bagi menjadikan perancangan ibadah anda lebih sistematik.Dr Amirul Amzar