Pertama kali jumpa di gimnasium, Ameer Aiman tampil dedahkan detik awal perkenalan dengan Noor Nabila

Advertisements
Advertisements

Kekasih kepada usahawan dan personaliti media sosial, Noor Nabila iaitu Ameer Aiman mendedahkan detik awal perkenalan mereka bermula di sebuah gimnasium tempatnya bekerja satu ketika dahulu. Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Ameer berkata mereka kerap terserempak di gim tersebut sehingga masing-masing mula memberi perhatian antara satu sama lain. Klik sini untuk lihat video.

“Bila selalu datang gim ini dan workout di sini, saya dulu kerja dekat gim sini. Dia asyik tengok saya dan saya pun asyik tengok dia. Macam sama-sama saling usha, lepas itu saya pun mengoratlah dia.” Dalam masa sama, Noor Nabila atau lebih mesra disapa Bella turut berkongsi Ameer sering membantunya ketika melakukan latihan di gimnasium.

Menurut Bella, Ameer juga banyak memberi tunjuk ajar terutama berkaitan teknik senaman yang betul. “Ameer selalu ajar saya kalau dekat gim. Tapi bila dia ajar, saya pula tak ikut.” Hubungan Noor Nabila dan Ameer semakin menjadi perhatian ramai apabila pasangan itu semakin terbuka berkongsi momen romantis bersama di media sosial. Rata-rata netizen turut merestui hubungan cinta pasangan itu selain mendoakan agar ikatan mereka berakhir di jenjang pelamin.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.