Siap suruh berhenti meniaga, Shikin Maembong dedah Cat Farish terkejut bila pertama kali tengok hasil lukisan

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Shikin Maembong mendedahkan suaminya, penyanyi Cat Farish, pada awalnya tidak mengetahui bahawa dirinya mempunyai bakat dalam bidang seni lukisan. Menerusi perkongsian di platform Threads, Shikin berkata ketika mereka mula berkenalan, suaminya hanya mengetahui dirinya sebagai seorang peniaga sebelum secara tidak sengaja menyedari bakat yang dimilikinya.

Mengimbas kembali momen tersebut, Shikin berkata suaminya terkejut selepas melihat hasil kerja lukisannya dan tidak henti-henti memuji karya berkenaan. “Mula kenal, suami cuma tahu saya peniaga je. Dia langsung tak tahu yang saya boleh melukis. Sampailah satu hari, ayah panggil dia tolong angkat gambar dan suruh saya sign painting lama tersidai dekat galeri.

Suami terkejut, tanya ‘Ini painting you ke?’ Dia tak henti puji dan sangat amaze,” kongsinya. Tambah Shikin lagi, selepas melihat hasil lukisan tersebut, suaminya menyarankan agar dia berhenti berniaga dan kembali memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang seni lukisan. “Sejak hari itu, dia sejak hari itu, dia suruh berhenti  niaga sebab kesian tengok saya penat. Dia nak saya fokus melukis.

Dia bantu kerja yang lain. Dari situlah saya kembali menjadi pelukis sepenuh masa,” tulisnya. Terdahulu, Shikin merupakan anak kepada pelukis hebat iaitu Ismail Embong. Malah bapanya yang juga merupakan Tokoh Pelukis Negara pernah membuat pameran Ilustrasi Sejarah Melayu Terpanjang Di Dunia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2015.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.