Semenjak tular video didakwa penyanyi Hael Husaini menggelarkan Dayang Nurfaizah sebagai ‘my wife’, spekulasi yang mengatakan mereka sudah berkahwin menjadi semakin hangat selepas wujudnya sekeping foto Dayang Nurfaizah yang didakkwa memakai busana persis pengantin. Dalam foto tersebut, pemilik nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 45, didakwa menyarung baju rona putih, memegang sejambak bunga tangan dan dipercayai duduk di atas sebuah pelamin. Klik sini untuk lihat video.

Memetik laporan Kosmo!, mereka dikatakan sudah melangsungkan majlis pernikahan pada Jun lalu. Manakala, majlis resepsi dikatakan diadakan pada bulan Julai di ibu kota. Sebelum ini, tular sebuah video memperlihatkan pertemuan Hael dan Dayang bersama selebriti Korea Selatan, Lee Jun-ho dalam satu konsert yang diadakan di Kuala Lumpur. Dalam video tersebut, ramai mendakwa gerakan bibir Hael yang didakwa merujuk Dayang sebagai ‘my wife’ atau ‘isteri saya’.

Terdahulu, spekulasi mengenai pertunangan mereka pernah tular, namun Dayang memilih untuk tidak mengulas dakwaan terbabit. Dalam pada itu, Dayang turut menafikan wujud sebarang tarikh istimewa yang ditetapkan berkaitan majlis perkahwinan seperti yang didakwa.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.