Sedih bila dilabel penunggang agama, peguam Pu Riz sahkan dah hantar LOD, tuntut bayaran pampasan RM1 juta dan permohonan maaf terbuka dalam masa 48jam

Advertisements
Advertisements

Peguam yang mewakili pendakwah selebriti, Haris Ismail iaitu Faizal Rahman mengesahkan pihaknya sudah menghantar surat tuntutan (LOD) kepada seorang pengguna Threads berhubung dakwaan kononnya anak guamnya tidak mempunyai tauliah mengajar agama selain dilabel sebagai ‘penunggang agama’.

Menurut Faizal, pihaknya mengemukakan lima tuntutan terhadap individu terbabit termasuk pembayaran pampasan sebanyak RM1 juta susulan dakwaan berkenaan yang disifatkan sebagai satu fitnah serius. “Label ‘penunggang agama’ ini amat berat. Apabila gelaran tersebut dilemparkan kepada seseorang yang terbukti mempunyai kelayakan dan tauliah mengajar agama, ia merupakan satu fitnah yang serius dalam masyarakat.

Akaun Threads tersebut mempunyai capaian yang meluas. Sewaktu tindakan diambil, tontonannya mencecah lebih dua juta dan kini sudah mencapai kira-kira 9.2 juta capaian. Pihak kami perlu menyekat perkara ini agar fitnah tidak terus berleluasa. Surat tuntutan (LOD) telah diserahkan semalam (Khamis) melalui e-mel dan WhatsApp, dan kedua-duanya telah pun diterima oleh individu berkenaan.”

Faizal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas bersama media yang turut dihadiri PU Riz di pejabat guaman Faizal Rahman & Co, Setapak, pada Jumaat. Dalam pada itu, Faizal memaklumkan pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada individu terbabit, malah hantaran yang dipertikaikan itu juga masih belum dipadamkan.

Jelasnya, lima tuntutan berkenaan dikemukakan bagi memastikan individu tersebut bertanggungjawab terhadap dakwaan yang dibuat, selain mengambil kira kesan terhadap reputasi anak guamnya. “Sehingga kini belum ada sebarang maklum balas dan hantaran tersebut masih belum dipadamkan. Kami menetapkan beberapa syarat termasuk pampasan ganti rugi kerana kerosakan reputasi telah pun berlaku.

Lima tuntutan yang kami beri adalah untuk menurunkan dan memadamkan hantaran yang dimuat naik, berhenti berkongsi sebarang hantaran berkaitan serta memberi jaminan untuk tidak mengulangi lagi perkongsian seperti ini. Selain itu, individu itu juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar pampasan sebanyak RM1 juta.”

Terdahulu, timbul kontroversi apabila acara membabitkan Neelofa dan Haris yang dijadualkan berlangsung di Johor pada 24 Oktober lalu dibatalkan. Susulan pembatalan itu, syarikat Nunha milik pasangan berkenaan selaku penganjur didakwa menawarkan penebusan semula bayaran peserta bukan dalam bentuk wang tunai, sebaliknya menerusi produk seperti tiket wayang TGV, kredit kedai dan pakaian. Perkara tersebut mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan peserta serta kecaman netizen, sekali gus membuka ruang kepada pelbagai dakwaan dan salah faham yang tersebar di media sosial.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *