Warganet tak tahu kisah sebenar disebalik persahabatan Shuib dan Jep, Shuk Sahar minta orang ramai jangan cepat menilai

Advertisements
Advertisements

Pelawak, Shuk Sahar jadi perhatian ramai apabila tampil mengulas mengenai persengketaan yang berlaku antara pelawak, Jep Sepahtu dan Shuib. Menerusi perkongsian podcast Netizen Corner, Shuk atau nama penuhnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar berkata Jep dan Shuib telah bersahabat hampir 20 tahun. Justeru, Shuk berpendapat orang ramai tidak seharusnya membuat andaian berdasarkan apa yang dilihat di televisyen atau platform digital semata-mata kerana mereka tidak mengetahui kisah sebenar di sebalik persahabatan kedua-dua pelawak itu.

“Shuib dengan Jep ini, kalau kau dengar video terbaharu permohonan maaf Shuib itu mereka telah berkawan selama 20 tahun. Kita hanya tahu kisah mereka berdasarkan di TV dan Tiktok. Kita tak tahu apa yang jadi sedalam-dalam cerita,”katanya. Mengulas lanjut, Shuk berkata meskipun dia lebih rapat dengan Shuib, namun perkara itu tidak bermakna dia mempunyai sebarang masalah dengan Jep. “Disebabkan aku banyak dengan Shuib, kalau aku banyak keluar cerita, pastilah side aku akan banyak berat dengan Shuib. Dalam masa sama, aku tiada masalah dengan Jep,”ujarnya.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *