Hampir 7 tahun tunggu kehadiran zuriat. Wanita ini sedih sebab pernah dihina depan orang ramai. Sebak sampai ada yang sanggup cakap macam ni.

Viral

Setiap perkahwinan pastinya mengharapkan agar menimang cahaya mata bagi mengukuhkan kebahagiaan. Namun begitu, masih ada yang diduga apabila belum dikurniakan zuriat walaupun sudah mendirikan rumah tangga dalam waktu yang lama.

Hal ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @naeamy apabila sudah tujuh tahun bernikah dengan suami namun masih menanti kehadiran anak dalam kehidupan mereka. Apa yang lebih menyedihkan, dia pernah dihina di hadapan orang ramai hanya kerana belum dikurniakan rezeki.@naeamy

Dihina gemuk sebab tu tak ada anak

Menurutnya, ada satu ketika seorang pakcik mengatakan dirinya gemuk dan menjadi punca tidak mendapat anak lagi walaupun sudah bertahun-tahun kahwin. Jadi, dia nekad mengurangkan berat badan sehingga berjaya memperoleh berat 85kg dari 105kg sebelum ini. Namun, lain pula persepsi sesetengah orang apabila mengatakan dirinya sakit dan tidak subur.

Walau bagaimanapun, @naeamy tetap percaya dengan rezeki daripada Allah S.W.T dan langsung tidak pernah pertikai dengan apa yang dikurniakannya. Dia juga akui tak pernah putus berdoa agar suatu hari nanti dikurniakan zuriat sendiri dan bersyukur kerana kekal bahagia dengan suami tersayang.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan mendoakan agar pengguna TikTok berkenaan segera dikurniakan cahaya mata dan mereka juga memberikan kata-kata semangat supaya pasangan tersebut kekal tabah dengan ujian ini.

Selepas menerima pelbagai kata-kata nasihatan dan penguat semangat, @naeamy telah menulis diruangan komen dengan mengucapkan ribuan terima kasih kerana mendoakannya. Dia juga turut mendoakan mana-mana pasangan yang senasib dengannya agar segera menimang cahaya mata sendiri.

Sumber: TikTokĀ @naeamy

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.