Agong perkenan untuk adakan perbincangan khas bersama Raja Raja Melayu. Ianya akan diadakan pada hari ini.

Berita Dunia Fakta

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif Baginda. YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk menganjurkan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pada 16 Jun depan. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu tersebut akan dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah.

“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif Serl Paduka Baginda dan akan dipengerusikan oleh Baginda,” kata beliau dalam satu kenyataan, petang Rabu. Ahmad Fadli berkata, sesi perbincangan itu berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.

Tambah beliau, perbincangan khas tersebut adalah kali kedua seumpamanya diadakan di lstana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari, 2019. Kali pertama Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu diadakan pada 25 Oktober 2020 di lstana Negara. Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik Covid-19 di negara ini.