Ramai yang amalkan minum kopi pada awal pagi. Sekali doktor ini dedahkan ada 2 lagi tabiat buruk sebaik sahaja bangun tidur.

Tips Tips & Petua

Tabiat minum kopi pada awal pagi untuk memberi tenaga kepada tubuh sebenarnya adalah sia-sia. Kopi merupakan salah satu minuman popular bagi berjuta-juta orang di dunia untuk memulakan hari mereka. Ramai juga yang mengakui bahawa mereka tidak dapat ‘berfungsi’ pada waktu pagi sebelum mendapatkan dos kafein dalam badan mereka. Bagaimanapun, seorang doktor berkata, tabiat minum kopi pada awal pagi untuk memberi tenaga kepada tubuh sebenarnya adalah sia-sia.

Kopi menjadi pilihan ramai orang untuk memulakan hari mereka.

Seorang doktor yang kerap berkongsi petua kesihatan di TikTok, Dr Karan Raj, baru-baru ini muncul di rancangan Morning Live BBC di mana beliau menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pengambilan kafein pada awal pagi.

Tabiat menekan butang snooze dan melihat skrin telefon pada waktu pagi juga tidak bagus untuk tubuh badan.

“Jangan minum kopi terlebih dahulu pada waktu pagi untuk membangunkan anda. Tubuh anda secara semula jadi membangunkan anda dengan hormon kortisol, anda mendapat lonjakan kortisol pada waktu pagi. Simpan kopi anda hingga ke pertengahan waktu pagi ketika kadar kortisol dan tahap tenaga anda menurun, jadi anda dapat meningkatkan kesan kafein ketika itu adalah lebih baik.” jelasnya. Dr Karan sebelum ini pernah memberitahu perkara itu dalam video TikToknya bersama dua lagi tabiat buruk lain pada waktu pagi, iaitu menekan butang ‘snooze’ dan melihat skrin telefon bimbit.

“Jika anda menekan butang ‘snooze’, ini akan meyakinkan tubuh bahawa anda sedang memasuki kitaran tidur yang lain, menyebabkan tubuh badan melepaskan hormon yang mendorong lebih banyak tidur. Kemudian ketika anda bangun dari tidur, badan anda akan penuh dengan bahan kimia tidur yang membuat anda letih selama empat jam seterusnya.” katanya.

Berkenaan dengan melihat skrin telefon bimbit sejurus selepas membuka mata, beliau berkata tabiat itu akan mengganggu tahap kewaspadaan otak. “Apabila anda bangun pada waktu pagi, otak anda secara beransur-ansur meningkatkan tahap kewaspadaan anda – dari delta ke theta ke gelombang otak alpha. Melihat skrin telefon sejurus bangun tidur menyebabkan otak anda melangkau gelombang theta dan alpha, menjadikan anda gelisah,” jelas beliau. Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.