Tak sampai sebulan berpisah dengan bekas suami Anju dah muat naik gambar pengganti siap dengan emoji love lagi. Akhirnya Anju tampil ceritakan kisah sebenar.

Artis

“Wow..cinta baru ke sis? Semoga anju bahagia selalu” Pernikahan yang gagal sudah pasti memberikan kekecewaan yang mendalam, namun ia tidak bermakna yang seseorang itu perlu terus menutup hati dan tidak mahu bercinta lagi.

Biarpun dikatakan membina semula kehidupan selepas bercerai bukanlah satu tempoh yang mudah dan singkat, namun mengenali seseorang mungkin mampu merawat hati yang sedang luka. Memuat naik gambar di laman Instagram, pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesra dipanggil Anju telah berkongsi sekeping gambar seorang jejaka tampan berserta emoji berbentuk hati.

caption: Hantaran yang dikongsi ini telah meraih perhatian warganet yang mula berteka-teki adakah jejaka ini merupakan teman pengganti baharu dalam hidupnya meskipun mengetahui pelakon ini baru sahaja menghadapi perpisahan kali kedua dengan bekas suami iaitu Eilyas Azhar pada 3 Mei lalu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilan jejaka tersebut kerana kelihatan begitu tampan dan mendoakan agar Anju segera dijodohkan.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai kisah pergolakan rumah tangga pelakon ini selepas Anju dan bekas suaminya masing-masing saling berbalas kenyataan menerusi laman Instagram milik mereka. Malah, talak yang dilafazkan oleh bekas suaminya itu juga menjadi kontroversi selepas dia sendiri mengumumkan menerusi Insta Story miliknya tentang status perkahwinan pelakon ini.

Biarpun ramai yang menaruh hati agar Anju segera bertemu jodoh, namun terdapat komen-komen nakal yang mula mengesyaki bahawa pemuda ini mungkin menjadi punca keretakan rumah tangga pelakon ini. Walau bagaimanapun, Anju tampil menjelaskan di ruangan komen bahawa sebenarnya pemuda ini merupakan rakan karib dirinya.

“his my best frend not my bf”. Jelaslah, bagi warganet yang sudah lama mengikuti perkembangan Anju ini pasti mengenali pemuda itu kerana mereka merupakan rakan karib dan lelaki itu juga dikatakan sering muncul di laman Instagram miliknya pada suatu ketika dahulu. Oh! Macam tu rupanya, ingatkan Anju sudah jumpa pengganti baharu. Apa-apa pun diharapkan perhubungan Anju dan rakan karibnya ini berpanjangan dan tidak salah pun kalau lebih daripada sekadar kawan kan?

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dikatakan Pakaian Makin Jadi Perhatian Warganet Lepas Dah Bergelar Janda Ni. Sekali Zarina Anjoulie Tampil Jawab Dakwaan Tersebut Buat Warganet Terkedu.

Mungkin diasak dengan pelbagai komen kurang manis, Zarina ataupun Anju tampil menyangkal dakwaan tersebut selain mengkritik pihak yang mengatakan semakin menjolok mata selepas bergelar janda. “Itu pun orang tak senang eh, bagi la Anju happy sikit, daripada terkinja-kinja mesej suami orang. Hidup kita ni masing-masing lah, kalau dah lepas pisah apa salahnya Anju nak happy-happy sikit.”

Jelas wanita itu lagi, tidak semestinya dia perlu meratapi nasib dan terus hidup miskin setelah kembali hidup sendiri. “Anju nak guna masa ni untuk cari duit, senangkan keluarga dan anak. Anju tak mahu jadi janda miskin lepas tu terkinja-kinja mesej suami orang.”

Anju juga bersyukur dengan peluang yang mengetuk pintu rezekinya apabila dia berkongsi bakal membintangi sebuah filem tak lama lagi selain dilantik sebagai duta produk. “Tuhan tu maha adil, semua tu rezeki yang tiba-tiba je muncul. Alhamdulillah.” Yang penting, Anju puas hati dengan kehidupannya. Betul tak?

sumber : gempak

Lepas Zarina Anjoulie Sahkan Dah Berpisah Dengan Suami. Sekali Azza Elite Selamba Je Boleh Komen Sesuatu Buat Ramai Tak Sangka.

” Ya, benar saya telah berpisah. Saya tiada niat pun hendak kecoh.” Itu pengakuan pelakon kntroversi Zarina Anjoulie yang tiba-tiba mengesahkan sudah berpisah dengan suaminya, Eilyas Azhar, hari ini yang hangat diperkatakan ramai.

Siapa sangka, Zarina dan suami hanya bertahan selama enam bulan melayari bahtera rumahtngga. Menurut Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju, rumah tangga yang dibina pada 17 Julai tahun lalu itu berakhir kerana sudah tiada persefahaman antara mereka.

” Sebenarnya tidak ada apa-apa perkara buruk pun yang berlaku, cuma saya rasa kami sudah tidak lagi sehaluan. ”Jadi, saya rasa itu (berpisah) adalah pilihan terbaik. Terima kasih pada sesiapa yang menghubungi saya tentang hal ini. Saya rasa sangat terharu,” katanya dalam video tersebut.

Anju bagaimanapun tidak memperincikan lebih lanjut tentang tarikh dan punca berlakunya perpisahan tersebut. Ujar pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu lagi, perpisahan merupakan keputusan terbaik untuk mereka. Kini, dia mahu lebih fokus terhadap keluarganya.

“Sekarang saya akan fokus terhadap kerja, keluarga dan anak saya. ” Sudah bertahun-tahun saya duduk seorang (ibu tunggal). Selepas ini saya akan gunakan masa yang ada untuk bersama keluarga,” katanya. Terdahulu Anju mencetuskan tanda tanya ramai apabila memberi bayangan tentang status perkahwinan dengan bekas suaminya selepas memuat naik satu hantaran menyatakan rasa syukur dan mengumumkan dirinya telah berpisah dengan lelaki tersebut.

Reaksi warganet dan rakan artis termasuk Azza Elite

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dan pengikut Zarina di Instagram memberikan kata-kata semangat kepadanya meskipun berasa kecewa dengan perpisahan itu. Ini kerana ramai yang suka melihat hubungan Zarina dengan suaminya serta merasakan mereka pasangan yang saling melengkapi.

Selain warganet, rakan artis turut tinggalkan komen memberikan sokongan kepada Zarina, antaranya adalah penyanyi Azza Elite. ” Always untuk anjoue..” tulis Azza Elite. Reaksi Azza itu bagaimapun mendapat respon balas dari warganet lain yang seakan memperkecilkan sokongan Azza terhadap Zarina.

Ia mendorong Azza memberikan penjelasannya. ” Alhamdulillah Allah tau dik . Akak maafkan kamu. Aku tulis sebab Anjoue ni banyak tolong Aku .. takpe lah mungkin ko tak kenal aku .. tak mahu gado pun dengan ko . Tak dapat apa. So moh le kita asar.. Ayuh,” balas Azza.

Terdahulu, Zarina yang juga merupakan pelakon Anak Pontianak itu mengesahkan perpisahan tersebut menerusi sebuah hantaran video dalam Instagramnya selepas menerima banyak pertanyaan daripada pelbagai pihak berhubung status ‘berpisah’ yang dikongsikannya pagi tadi.

Sebelum ini, Anju pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berasal dari Brunei pada 2015 tetapi berpisah pada Disember 2016. Dalam perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia lima tahun.

Sumber:k0smo dan IG Zarina via Asiakini

Perkahwinan Hanya Tahan Selama 6 Bulan Je. Lepas Jadi Perbualan Hangat Warganet Akhirnya Zarina Anjoulie Tampil Bongkarkan Punca Sebenar Dia Berpisah Dengan Suami.

SELEPAS enam bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Zarina Anjoulie mengumumkan bahawa perkahwinannya dengan Eilyas Azhar sudah berakhir. Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul mengesahkan perkara tersebut pada Rabu dan menganggap ia merupakan hari yang terbaik dalam hidupnya.

Malah, pelakon berusia 34 tahun ini juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas. “Alhamdulillah, yay aku dah pisah. Best day of my life… Alhamdullilah terima kasih Yas,” tulis Zarina.

Zarina berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya namun tidak memberi maklumat lebih lanjut mengenai perpisahan mereka. Aktres tersebut juga memilih untuk menutup ruang komen di perkongsian tersebut.

ANJU TAMPIL JELASKAN SEBAB KENAPA DIA BERPISAH

Zarina Anjoulie telah memuat naik 1 video di laman instagram beliau untuk menjelaskan sebab kenapa dia telah berpisah dengan suami. Menurut Zarina, sebab utama adalah kerana mereka sudah tiada persefahaman lagi. Apa yang terjadi adalah persetujuan antara Zarina dan suami.

“Thank u so much for your support guys but ini adalah yg terbaik Buat anju sekarang , takde apa2 yg buruk jadi pun it’s just what’s best for me” – Zarina Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/anjujelas11/

Baru Sahaja Akui Hamil Beberapa Bulan Yang Lalu. Zarina Anjoulie Dedahkan Dia Alami Kehilangan Kandungan Dan Ada Benda Yang Dia Kena Buang Di Bahagian Payudara

Sejak dari Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dahulu, nama pelakon Zarina Anjoulie Lavocah menjadi sebutan ramai susulan daripada kerja amal yang dilakukan. Walaupun bersuara lantang namun pelakon ini disenangi ramai kerana dikatakan tidak hipokrit dan baik hati.

Siapa ikuti beliau di laman Instagram pasti tahu pelakon yang lebih mesra di sapa Anju sering berkongsi segala aktiviti harian yang dilakukan sehariannya.Pelakon Zarina Anjoulie Lavocah mengakui hamil beberapa bulan lalu, namun mengalami kehilangan kandungan baru-baru ini.

Berita duka tersebut dikongsi Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju itu menerusi sebuah hantaran di laman sosial Instagram (IG)nya pada Rabu.Anju yang memuat naik hantaran untuk berkongsi kesedaran mengenai bahaya dan kesan sampingan melakukan suntikan ‘filler’ memberitahu tentang kandungannya secara tidak sengaja.

Bagaimanapun pelakon filem Ular ini kelihatan sangat tenang dan menerima takdir tersebut dengan hati yang terbuka.“Beberapa bulan lepas Anju mengandung tetapi kehilangna kandungan. Bukan nak cerita kesian kat video ini, cuma nak beritahu.“Tak ada rezeki kan, tapi Anju tengah cuba nak pregnant lagi,” katanya tenang.

Selain itu, apa yang menarik perhatian ialah Anju berkongsi pengalaman yang dilalui selepas menyuntik ‘filler’ di bahagian payu-daranya.“Anju share apa yang anju lalui sekarang ni ye…Please don’t judge dan diharap anda semua terbuka dengan perkongsian ini.“Tujuan Anju share bukan untuk nak jatuhkan orang, tetapi untuk create awareness. Anju sendiri tengah lalui benda ni, so Anju nak share with you guys.

“Now Anju tengah refer dengan to fix my problem dengan Doctor Chiam. Kalau dia tak boleh buat, dia akan referkan Anju kat pakar.“Tujuan Anju share sebab Anju tahu ramai yang dah buat atau nak buat tapi malu dan segan nak tanya or cari penyelesaian. I will share my journey with u,” katanya positif.

Menerusi video berdurasi hampir lima minit itu, Anju berkata dia mengambil keputusan untuk mengeluarkan semula ‘filler’ di bahagian payudaranya selepas berasa sakit pada bahagian tersebut.Tambahan lagi ketika mengalami kehamilan beberapa bulan lalu, payu-daranya membngkak (proses normal wanita hamil) dan sakit.

Perkara tersebut membuatkan dia mula terfikir akan kesan sampingan ‘filler’ sekiranya hamil lagi pada masa akan datang.“Saya akan pergi bertemu Doktor Chiam untuk rawatan mengeluarkan ‘filler’ di bahagian dada. Ini adalah plan sebelum saya hamil lagi nanti,” katanya.

Dalam pada itu Anju memohon kepada warganet agar tidak meny4lahkan mana-mana pihak kerana keputusan untuk memasukkan ‘filler’ adalah kemahuan dirinya.“It was my choice untuk letak barang terlarang dalam badan aku. Jangan salah anggap dengan video ini atau jangan salahkan tempat aku pergi buat ‘filler’ dulu ya.“Video ini dikongsi sebab sekurang-kurangnya korang semua tahu apa nak buat selepas ini,” katanya

Lebih Aktif Sebagai Ahli Perniagaan Dengan Menggunakan Platform Media. Warganet Ini Dedahkan Siapa Sebenarnya Ibu Zarina Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Siapa je kan yang tak kenal Zarina Anjoulie? Zarina Anjoulie atau nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul merupakan bekas pelakon dan model. Zarina Anjoulie mula dikenali setelah membintangi dalam Drama Anak Pontinak kesinambungan daripada Filem Pontinak Harum Sndal Malam. Zarina memegang watak utama sebagai Mia yang mewarisi kuasa luar biasa dari moyangnya.

Setelah beberapa tahun dalam industri hiburan, Zarina Anjoulie menghilangkan diri daripada media dan peminat setelah terpalit dengan kontrversi dan imej sksi. Dia telah berpindah ke Brunei ketika itu. Terkini, Zarina lebih aktif sebagai ahli perniagaan dengan menggunakan platform laman sosial untuk mempromisikan produknya.

Mungkin lebih dikenali dengan perkara-perkara negatif kerana beliau seorang yang agak sosial dan lantang bersuara di media sosial. Namun ramai juga terima caranya kerana lebih jujur walaupun kasar atau pun sampai ada yang terguris dengan apa yang dia cakap.

Baru-baru ini, nama selebriti Zarina Anjoulie kembali meniti di mulut masyarakat apabila dia memuat naik video ‘menyekolahkan’ artis tempatan lain berikutan bantuan khas Covid-19. Memang puas hati lah tengok dia sound artis yang lain tu kan.Namun, kali ini admin nak kongsikan tentang ibu Zarina Anjoulie yang juga bukan calang-calang orang. Menurut perkongsian di Twitter, rupanya ibu Zarina Anjoulie, Norzaini Abdul Hamid merupakan wanita yang handal memasak.

Paling cool, Gordon Ramsay pernah belajar memasak rendang daripada Aunty Aini. Bukan biasa-biasa ni weh.I just found out that her mom is Aunty Aini the legendary woman who taught Gordon Ramsay to make beef rendang!!!!!!!!!!!!Selain itu, Aunty Aini juga memiliki restoran sendiri di Nilai, Negeri Sembilan yang diberi nama Aunty Aini’s Garden Café. Mesti orang Nogori tahu tempat ni kan?Lagi gempak, restoran miliknya juga pernah dikunjungi oleh cef terkenal, Anthony Bourdain dan Martin Yan.

Difahamkan, Aunty Aini juga pernah menjadi pengacara rancangan masakan, RASA Instafamous di Astro. Dalam rancangan tersebut, dia telah memasak bersama 13 personaliti yang terkenal di Instagram. Admin pernah tengok tapi tak tau pulak dia ialah ibu Zarina.Korang tengok lah sendiri video Aunty Aini ajar Gordon Ramsay ni.Patut Anju sejenis lantang, tengok mak dia Gordon pun takut .. eheheh..stay safe ok!Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Dikatakan Kahwin Dengan Biawak Hidup. Sekali Zarina Anjoulie Tampil Bagi Respon Padu Bila Fara Mendoza Selamba Je Boleh Cakap Macam Tu. Tergamam Sampai Macam Ni Sekali Respon Anju.

Fara Mendoza nama yang sedang popular ketika ini. Sebelum ini Fara Mendoa ada hadir ke SPRM untuk beri keterangan namun semuanya dah selesai. Fara berkata dia hanya hadir untuk beri kerjasama kepada pihak SPRM sahaja.Semalam, agak hangat di laman media sosial antara Fara Mendoza dan juga Zarina Anjoulie. Kedua-dua mereka ini ada berbalas kenyataan. Fara Mendoza telah membuat satu live yang mana dia ada menerima beberapa mesej dari warganet mengatakan Zarina ada cakap sesuatu di belakangnya.

Dari video itu, Zarina Anjoulie ada persoalkan tak ada orang nak kahwin dengan dia, dan di mana rumah dan juga jam Rolex milik Fara Mendoza. Lepas itu Zarina ada menyanyi mengatakan “kau tak kerja mana datangnya duit itu”.Ini pula respon dari Fara Mendoza melalui satu video yang berdurasi lebih kurang satu jam. “Kenapa bila buat live kena asyik nak sibuk, cakap tentang diri saya? Mengapa cakap tentang jam rolex saya, gelang, rantai, dah kenapa? Hati tak tenang ke, kesian”.

“Saya tak nak layan dia, tapi pelik, cakap saya tak kerja. Aku dah pun beli rumah, tetapi dia cakap aku tak kerja pulak, macam kelakar pula“. “Nak bangga dah kahwin, aku tak kisahlah. Kamu masa kahwin pun tak ada sape yang datang, pondn je datang. Sedar lah diri tu. Kawan pun tak ada”. “Kahwin dgn kau tu pun penganggur, biawk hidup. Sekarang kau bela biawk hidup, itu pun kau nak bangga. Kalau aku bela biawk dah lama aku kahwin sebab aku ada duit”.

Ini video dari Fara Mendoza. Boleh tengok sendiri.

Sementara itu, Zarina ada memberi respon tentang pekerjaan suaminya. Ada satu gambar menunjukkan suaminya sedang berniaga. Kata Zarina, dia tak kisah jika ada orang nak perlekeh suaminya cari rezeki seperti itu “Kalau orang mahu gelak suami aku berniaga macam gini tidak mengapalah. Kalau pakai BMW kena panjat pagar tak guna juga, proud wife”.Kisah antara Zarina Anjoulie dan Fara Mendoza ini mendapat perhatian para warganet di luar sana. Sebelum ini kes antara mereka pernah juga naik mahkamah.

“Yg kahwin dgn kau pun penganggur, biawak hidup.. kau bela biawak idup tu kau nak bangga?” – Fara Mendoza

” Kesian kan orang macam ni. Apa la masalah hati dia, lucu kan. Sebenarnya video ni ada orang sent kat saya di DM. Kenapa bila live nak kena cakap pasal saya?” Itu kata-kata pedas keluar dari mulut Fara Mendoza yang juga merupakan pelakon, model dan personaliti media sosial Malaysia.

Fara atau nama sebenarnya Norfaralinah binti Md Yunus mengeluarkan kata-kata itu terhadap bekas pelakon, Zarina Anjoulie sewaktu live di Instagram beliau. Sebelum itu Fara berkongsi video yang dihantar seseorang kepadanya yang menunjukkan Zarina mempersenda beliau ketika sedang membuat live.” Kenapa nak cakap pasal jam rolex saya, nak cakap pasal gelang saya, rantai saya..kenapa? Memang saya tak layan dia, cuma pelik..lepas tu cakap saya tak kerja. ” Haii dulu bukan main hna saya dulu jual kerepek tepi jalan, depan 7E.

” Lepas tu bila aku dah beli rumah, cakap aku tak kerja pulak? Tak ke mental orang macam ni..macam kelakar. ” Kau nak bangga sangat orang kahwin..aku tak kisah lah. ” Aku tak pernah kisah pasal kau kahwin ke, tak kahwin ke..kau kahwin pun takde siapa yang datang, pondn je yang datang. Sedar diri tu sikit.” Siapa ada kat sisi kau? Kawan pun takde, Bff pun takde.. Ya Allah kau boleh pertikaikan kenapa aku tak kahwin.. ” Yang kahwin dengan kau pun penganggur, biawak hidup.. kau bela biawak hidup tu kau nak bangga? ” Helloo kalau aku nak bela biawak hidup, dah lama aku kahwin.. aku dah seratus kali kahwin kemudian pisah, kalau aku nak. sebab aku ni berduit!

” Tapi aku tak macam tu, so cerita dia jangan nak bangga lah bela biawak hidup, bagi makan pakai semua. ” Eh aku tak faham lah dengan dia ni, tak habis-habis cakap pasal aku..padahal aku tak hingin cakap pasal dia ” Hey kau kahwin ke, terbongkang ke orang tak heran lah. Kau nak pindah mana-mana ke kbr ke, neka ke orang tak heran kat kau..

Video yang berdurasi 56:36 minit itu meraih lebih 64 ribu tontonan dan berpuluh komen dari pengikut Fara. Umum mengetahui Fara dan Zarina sering bertelagah di media sosial. Sementara Jun lalu, Fara juga telah menang saman malu ke atas Zarina yang difailkan peguamnya pada Januari lalu di Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan. Fara ketika itu berjuang untuk kes selepas terganggu dengan penyebaran gambar tidak senonoh dilakukan pihak berkenaan dan tudhan mengggekan ank.

Respon Zarina

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Instagram, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju dilihat memuatnaik hantaran terbaru. Bagaimanapun Anju tidak menyatakan secara khusus kepada siapa entri tersebut ditujukan.” Orang nak gelakkan laki aku niaga camni takpe la kalau stakat pakai BMW tapi kena panjat pagar tak guna gak”, tulis Anju. Menerusi ruangan komen pula ada pengikut yang dapat mengagak hantaran itu adalah sebagai respon balas Anju terhadap Fara Mendoza.” Hahaahaa tak kisahla janji rejeki halal bak kata org kalau kaya jgn menunjuk, dalam Islam di panggil riak , dalam malaysia di panggil SPRM” tulis Nick. Sumber: IG Fara Mendoza dan Zarina Anjoulie