Sebak atas apa yang berlaku pada pasangan ini. Tak sangka ini tanda pelik sebelum dia pergi.

Kehidupan keluarga Terkini

KUALA NERUS: Bayi lelaki yang ditemui le mas di dalam baldi di rumah keluarganya, kerap berulang-alik ke bilik air dan menunjukkan beberapa kelakuan pelik tiga hari sebelum kejadian. Bagaimanapun ibunya Nor Azizah Ismail tidak menyangka anak bongsunya Muhammad Alif Ridwan Wahab akan tinggalkan mereka semua. Katanya sebelum kejadian itu dia sempat memberikan anaknya yang berusia satu tahun enam bulan itu makan Milo dan menjadi makanan terakhirnya.

“Dua tiga hari ini macam pelik sikit dengan kelakuan dia macam selalu pegang tangan saya, tidak mahu berpisah, saya hendak pergi kerja memang dia menangis, ikutkan makan pun dia kurang sikit. Malam dia ada tidur atas sejadah, saya tak ada rasa apa-apa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini. Sebelum kejadian itu Nor Azizah sempat memberikan anaknya yang berusia satu tahun enam bulan itu makan Milo dan menjadi makanan terakhirnya. Beliau berkata sebelum kejadian, dia bersama beberapa lagi anaknya sedang tidur di ruang tamu dan ketika terjaga anaknya itu tiada di ruangan tersebut.

“Saya rasa macam hendak bangun masak nasi saya terus bangun. Saya tanya mana adik, tak tahu, saya pergi dapur, terpandang ke sebelah kiri tengok anak saya dalam baldi, kaki di atas. Masa itu saya terus ambil anak saya bawa pergi klinik dengan naik motor. Masa itu memang saya tidak sempat hendak naik kereta, anak yang sulung dukung adik naik motor, sampai di klinik saya rayu selamatkan anak saya, saya sanggup bayar berapa pun,” katanya lagi.

Nor Azizah Ismail tidak menyangka anak bongsunya Muhammad Alif Ridwan Wahab akan tinggalkan mereka semua. Dalam kejadian Selasa itu seorang bayi lelaki ditemui l3mas di dalam baldi di bilik air rumah keluarganya  di Kampong Bukit Tunggal, Kuala Nerus. Individu tersebut selamat diuruskan di Tanah Pengurusan Islam Kampong Gong Sentul, Kuala Nerus  pada jam 10 malam tadi.

Sumber: Kualalumpurviral.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.