Bengang dengan penyayi baru. Sekali tiba tiba Awie cadang syarat ni untuk jadi penyanyi baru buat ramai yang terkedu.

Artis

PETALING JAYA: Penyanyi rock terkenal, Datuk Awie menggesa persatuan-persatuan muzik membuat satu penilaian semula mengenai syarat wajib untuk seseorang menjadi penyanyi. Susulan itu, Awie mencadangkan mereka memainkan peranan bersatu menentukan hala tuju artis sedia ada terutama yang baharu untuk membawa mereka menjadi artis rakaman, bukan hanya di platform Youtube sahaja.

“Saya ingin pakat ramai-ramai masuk dalam industri ini secara betul kerana sebagai seorang penyanyi, salah satu kelayakannya adalah perlu ada album penuh. Hal ini untuk menggalakkan mereka menyanyi lagu sendiri ketika membuat persembahan. “Itu sahaja syarat wajib yang sepatutnya persatuan bawa untuk menjadikan mereka seorang bintang, baru mereka dapat lihat kekuatan seseorang penyanyi apabila ada lagu sendiri untuk dinyanyikan,”katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, menurut Awie, dia juga terfikir sampai bila warganet berpeluang menonton penyanyi cuma di Youtube sahaja memandangkan setiap penyanyi itu semestinya mempunyai keinginan untuk beraksi di pentas. Sebelum ini, menerusi satu artikel yang menyifatkan beliau mempersoalkan kewujudan bakat baharu yang pantas dijulang sebagai artis biarpun sekadar mendendangkan lagu penyanyi lain di YouTube.

Kemudian, beliau menggelarkan golongan ini sebagai ‘pengacau’ dalam industri muzik dan mereka tidak diiktiraf sebagai selebriti kerana tidak melalui proses betul untuk menjadi artis. Namun, Awie mendakwa penulisan itu terlalu kasar dan bersifat untuk melagakan beliau dengan orang lain serta hanya untuk mensensasikan artikel tersebut.

“Artis YouTube, kau tak lalui proses yang betul..” – Awie ‘sound’ penyanyi baru

Penyanyi rock, Datuk Awie meminta pihak bertanggungjawab agar jangan mudah mengiktiraf ‘artis YouTube’ kerana golongan tersebut tidak melalui proses sewajarnya bagi menjadi seorang penyanyi. Menurut laporan Harian Metro, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman menyifatkan mereka seperti ‘artis permpk’ atau ‘pengacau’ yang boleh menjatuhkan industri sekiranya tidak diberi perhatian.

Awie turut mempersoalkan, adakah seseorang itu layak dan boleh dianggap sebagai penyanyi dengan mengambil lagu orang lain dan membuat semula ‘cover’ nyanyian di saluran YouTube? “Kalaulah macam itu, habis kita yang susah tebas jalan, buat 10 lagu untuk satu album dan sanggup keluar berpuluh ribu ringgit…

“…tiba-tiba mereka yang keluar satu single dan menyanyikan lagu penyanyi asal, contohnya lagu saya yang masih hidup lagi, apa yang kita rasa bila orang (pendengar) terus angkat dia? “Artis YouTube, kau tak lalui proses yang betul. Jadi, saya minta kepada persatuan-persatuan yang mengemudi industri ini supaya kawal kewujudan mereka dari berleluasa,” katanya.

Penyanyi berusia 53 tahun itu berkata, tindakan tersebut ibarat mermpak hasil karya penyanyi sebenar yang telah bekerja keras bagi mencipta nama termasuk melalui pelbagai proses rakaman. Berikutan itu, Awie meminta persatuan hiburan tanah air meletakkan syarat atau undang-undang sebelum ‘artis YouTube’ masuk ke dalam industri seperti perlu menghasilkan sebuah album terlebih dahulu.

“Bila dah ada lagu sendiri, barulah kita boleh mempertimbangkan mereka sebagai artis atau penyanyi. Janganlah ‘panjat’ (nyanyi) lagu orang itu, panjat lagu orang ini, lepas itu kau ubah sikit begitu dan begini. “Saya tak nak benda macam ini yang akhirnya merosakkan industri kerana kita nak artis yang asli, yang betul-betul ada perjuangan, ada imej dan ada karakternya sendiri,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Nazri Abu Bakar)

Awie Dedahkan Datuk Vida Punca Utama Kumpulan Abc Terkeluar. Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Pula Respon Cik B Buat Warganet Terkedu.

Salah percaturan! Itu ayat digunakan warganet apabila nama kumpulan ABC diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di minggu separuh akhir Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2). Minggu ini menyaksikan ABC yang dianggotai oleh Chiwan, Achok dan Cik B menjemput usahawan

terkenal Datuk Seri Vida sebagai tetamu jemputan. Namun lain pula jadinya apabila ‘pertolongan’ Vida didakwa tidak menjadi dan menenggelamkan kumpulan tersebut. Selain ABC, Zuzuzu juga tiada rezeki apabila menjadi bintang kedua yang tersingkir di pentas separuh akhir.

AWIE JELASKAN KENAPA DSV ADALAH PUNCA KUMPULAN CIK B TERSINGKIR

Ditanya adakah DSV menjadi punca kepada penyingkiran kepada kumpulan ABC, Dato’ Awie mengiyakan pertanyaan itu. “BETUL LAH TU. PERINGKAT AWAL SUDAH BAGUS, KITA DAH GEMBIRA TENGOK CIK B DAN YANG LAIN, SEKALI MASUK DSV SAMPAI ANAK DIA SENDIRI CAKAP DAH TUKAR SKRIP KE? ANAK DIA PUN MACAM RASA KECEWA JUGA.

KAMI INI MEMIKIRKAN LAGI DUA ORANG PESERTA LELAKI (CHIWAN DAN ACHOK) DI ATAS PENTAS ITU YANG MEMERlUk4N PENTAS INI UNTUK KERJAYA MEREKA. YANG DUA ORANG LAGI TU DAH KAYA. KAU DATANG HANCURKAN PROGRAM MEREKA INI,

KESIAN KEPADA YANG DUA ORANG ITU. DIA BUAT MACAM ‘SHOW’ DIA SENDIRI. MAAF LA SAYA RASA KECEWA. KAMI SEMUA RASA KECEWA” , JELAS DATO’ AWIE. Kenyataan Dato Awie itu turut dipersetujui oleh dua lagi juri tetap iaitu Zul Ariffin dan Nur Fazura yang turut kecewa dengan persembahan kumpulan ABC.

“Sayang kerana sewaku program ini bermula, persembahan ABC adalah antara yang dinanti-nantikan. Tetapi lama-lama mereka yang hilang tempo itu dan tersasar dari landasan”, ujar Zul. Muzikal Lawak Superstar merupakan program realiti muzikal komedi Malaysia yang bersiaran di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107) dahulunya

Astro Warna (saluran 132) (SD) dan Warna HD (saluran 124) dari 28 Jun hingga 30 Ogos 2019. Mengandingkan 14 kumpulan yang tediri daripada barisan pelawak, bersama artis-artis dari pelbagai cabang industri hiburan seperti pelakon, penyanyi dan personaliti popular, Muzikal Lawak Superstar bersiaran selama 10 minggu dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Nabila Huda.

Manakala komposer dan pemain gitar, Shah Nizam Abdul Halim atau lebih dikenali dengan Shah (Slam) berkhidmat sebagai Pengarah Muzik. Muzikal Lawak Superstar 2 merupakan program realiti muzikal komedi Malaysia yang bersiaran di Astro Warna (saluran 127) (SD) dan

Warna HD (saluran 107) (HD) dari 18 Disember 2020 hingga 9 April 2021. Mengandingkan 14 kumpulan yang tediri daripada barisan pelawak, bersama artis-artis dari pelbagai cabang industri hiburan seperti pelakon, penyanyi dan personaliti popular,

Muzikal Lawak Superstar 2 bersiaran selama 12 minggu dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein. Manakala komposer dan pemain gitar, Shah Nizam Abdul Halim atau lebih dikenali dengan Shah (Slam) berkhidmat sebagai Pengarah Muzik.

Jangan kritik Mak Saya Kata Cik B. ABC Terima Kenyataan Tersingkir

Menurut Cik B, penyingkiran mereka pada malam itu kerana tiada rezeki, namun dia tetap seronok kerana mendapat pengalam berharga sepanjang MLS berlangsung sehingga mereka dapat layak ke separauh akhir. Menurut Cik B, dia memohon kepada semua warganet untuk tidak menyalahkan mak dia, kerana DSV merupakan seorang peniaga.

Cik B juga jelaskan yang mama dia tak sihat ketika persembahan mereka pada malam itu. Berikut sesi Temu bual bersama Cik B & Chiwan Cilok, ahli kumpulan ABC yang tersingkir di separuh akhir Muzikal Lawak Superstar 2.

Dalam pada itu, warganet terus menyokong Cik B. “Steady cik b. Pencerahan dan lebih profesional dan santunan yang matang. Terus maju berdoa dan jaga solat dan mama dan adik baik baik ..dan santunan masyarakat dengan baik.. Elak ego, riuk dan takbur.. Rezeki dan kehidupan dan ujian itu seiring kehidupan. Wake up n moving forward. Sebab allah sayang kita..”

Cik B akui susah jadi Datuk Seri Vida, mujur dapat tiru gaya tangan dan cakap Kelantan – “Saya tak gedik, mama gedik!”

Terdahulu MENGUNGGULI tempat pertama dalam Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS 2) pada minggu kedua, Cik B menafikan dirinya dipergunakan oleh dua ahli kumpulannya iaitu Chiwan dan Achok bagi meraih undian tinggi untuk persembahan kumpulan mereka, ABC.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, tiada istilah dipergunakan kerana dia juga ingin cuba menunjukkan bakatnya di hadapan penonton menerusi program secara langsung. “Saya tahu ramai orang cakap nak tengok kumpulan ABC sebab saya.

Saya tak rasa langsung dipergunakan oleh Chiwan atau Achok, sebaliknya kami saling tolong satu sama lain. “Cumanya, nama saya sekarang tengah trending… itu yang menyebabkan kumpulan ABC ditunggu peminat. “Saya memang dah lama kenal dengan mereka,

kalau saya tidak bersama Chiwan dan Achok dengan kumpulan mana lagi yang saya nak masuk?” katanya kepada mStar. Cik B ditemui pada majlis sidang media selepas MLS 2 minggu kedua selesai bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Jumaat lalu.

Pada persembahan minggu kedua itu, ABC mengumpul markah tertinggi menerusi sketsa Cik B meniru aksi dan gaya ibunya, usahawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida. Saya tak rasa dipergunakan oleh Chiwan atau Achok, sebaliknya kami saling tolong satu sama lain.

Mengulas mengenai persembahan itu, Cik B mengatakan ia adalah satu perkara yang sukar untuk meniru gaya ibunya yang sememangnya dikenali umum. “Sebenarnya susah saya nak jadi mama sebab saya tak gedik, mama gedik. “Jadi saya gunakan gerakan tangan yang mama selalu buat untuk timbulkan lawak itu selain bercakap dalam bahasa Kelantan (yang jadi identiti mama).

Aksi Cik B meniru ibunya jadi tumpuan penonton MLS 2. “Saya rasa tak susah untuk saya melawak dan saya hanya jadi diri sendiri sahaja di atas pentas. “Mungkin orang gelak tengok saya sebab dari cara percakapan saya (yang spontan),” katanya.

Selain melibatkan diri dalam bidang lawak, Cik B baru sahaja keluar dengan single pertama berjudul Tolonglah yang dilancarkan di laman YouTube baru-baru ini. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : trendingsangat via TTK

Baru Je Semalam Ds Vida Bongkarkan Keputusan Hak Jagaan Ank. Sekali Tiba Tiba Ank Ds Vida Bagi Tahu Dia Takut Nak Jumpa Bapa Kandung. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Puncanya.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan bekas suami kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Seri Vida gagal mendapatkan hak hadanah untuk bertemu dengan dua anaknya.

Dalam prosiding itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty mengarahkan Edlynn Zamilleen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak menghubungi bapa mereka, Mohd. Amin Yasin sekurang-kurang sebulan sekali.

Abu Bakar berkata, ia bertujuan mengelakkan ikatan silarutahim antara anak dengan bapa terputus. ”Mahkamah turut memberikan hak kepada kedua-dua beradik itu untuk membuat keputusan bertemu bapa mereka sekiranya sudah bersedia.

”Ibu (Datuk Seri Vida) tidak mempunyai hak untuk menghalang kedua-dua anak sekiranya bersedia untuk bertemu ayah mereka,” katanya. Dalam prosiding itu, Datuk Seri Vida diwakili peguam Nurul Shuhada Ab. Aziz manakala Mohd. Amin diwakili oleh peguam Mohd. Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah.

Selain Cik B dan Kacak, Mohd. Amin yang berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada tahun 2000 turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie. Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie yang ketika itu masing-masing berusia 11 dan 10 tahun pergi menghadap illahi dalam kjdian kebkaran di rumah Datuk Seri Vida di Meru Hill di sini pada tahun 2013.

Mohd. Amin sah berpisah dengan Dr. Vida pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Sementara itu, Datuk Seri Vida ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur dan lega diatas keputusan tersebut. Katanya, beliau tidak pernah menghalang dua cahaya matanya itu untuk bertemu dengan bapa mereka.

Sementara itu anak lelaki kepada Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, Muhammad Eric Zaquan, 14, mengakui takut untuk bertemu dengan bapa kandungnya sendiri iaitu Mohd. Amin Yasin,42. Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Kacak mengakui masih memerlukan masa yang secukupnya sebelum bertemu ayahnya.

”Pengalaman ketika bersama satu masa dahulu membuatkan saya takut untuk bertemunya. ”Jadi perkara itu masih melekat dalam fikiran saya,” katanya pemberita di sini hari ini. Sementara itu, Cik B ketika ditemui pemberita berkata, dia sudah bersedia untuk menghubungi ayahnya itu seperti yang diputuskan oleh mhkamah.

”Mama, tidak pernah memaksa kami dalam membuat keputusan. Dia amat memberikan sokongan dalam membuat keputusan mengikut naluri kami,” katanya yang lega apabila perbicaraan pada hari ini berjalan lancar. Bapa kandung dua beradik itu, Mohd. Amin turut akur dengan keputusan mhkamah dan akan mengemukakan rayuan sekiranya kedua-dua anaknya itu tidak mengikut perintah mhkamah dengan menghubunginya pada masa akan datang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://limauais.pw/2021/01/05/anak-vida-kacak-bapa-kandung/

Cik B Akan Hubungi Bapa Jika Dah Bersedia. Lama Menyepi Akhirnya Datuk Vida Dedahkan Keputusan Hak Jagaan Ank. Rupa Rupanya Hak Penjagaan Ank Tu Jatuh Pada Individu Ini.

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida meluahkan rasa syukur apabila hak penjagaan terhadap kedua-dua anaknya berpihak kepadanya. Menurut Vida, dia juga lega kes tersebut tidak berpanjangan dan menganggu emosi anak-anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen, 16, atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Eric Zaquan (Kacak), 14.

“Alhamdulillah, hak penjagaan hadanah dapat pada saya dan kes ini tidak dipanjang-panjangkan atas budi bicara hakim. Saya harap lepas ini jangan pula ada yang cakap Cik B dan Kacak derhka pula (sebab tidak mahu jumpa bapa).

“Hakim sendiri yang bertanyakan kepada Cik B dan Kacak dan memang saya tidak pernah menghalang untuk mereka berhubung dengan bapa mereka. “Saya sangat lega kerana keputusan ini tidak mengganggu emosi anak-anak. Saya harap lepas ini jangan pula ada yang cakap Cik B dan Kacak derhka pula (sebab tidak mahu jumpa bapa). “Yang bercakap memang sedap, tapi yang menghadapinya kami,” katanya.

Terdahulu pada pagi Isnin, Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan membuat keputusan mengenai tuntutan hak penjagaan anak ahli perniagaan itu yang difailkan oleh bekas suami, Mohd Amin Yasin pada November lalu.

Menerusi keputusan tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan bekas suaminya untuk tidak mengganggu kedua-dua remaja itu sekiranya mereka belum bersedia untuk berhubung dengan bapa mereka.

Vida turut menambah, dia tidak berniat untuk memutuskan hubungan hubungan di antara bapa dan anak, namun disebabkan konflik yang pernah melanda keluarga menyebabkan dia terpaksa melindungi anak-anaknya.

“Cik B dan Kacak boleh hubungi ayah mereka, bukan sebaliknya. Saya tak nak putuskan silaturrahim tapi anak-anak sendiri yang belum bersedia untuk berjumpa dengan ayah mereka atas sebab-sebab tertentu,” ujarnya. Sementara itu, Cik B berkata, dia dan Kacak akan menghubungi bapa sekiranya mereka sudah bersedia.

“Saya rasa lega kes ini sudah berakhir dan kalau saya dah bersedia, saya sendiri akan call ayah,” katanya. Datuk Seri Vida lega keputusan tidak menjejaskan emosi anak-anak. Pada 3 November lalu, Mohd Amin yang juga seorang peniaga diwakili peguam Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadanah iaitu hak lawatan, bermesra dan bermalam bersama anak-anak.

Mohd Amin sebelum ini menyatakan kali terakhir dia bertemu dengan anak-anaknya pada Mei 2018. Mohd Amin berkahwin dengan Vida pada tahun 2000 dan bercerai pada 2008. Mereka dikurniakan empat cahaya mata, namun anak pertama dan kedua mereka pergi menghadap illahi dalam kejadian rumah di Ipoh, Perak pada 3 Ogos 2013.

Perkongsian Kisah Hidup Cik B Masa Kecil Bongkar Perangai Sebenar Ayahnya

Disebabkan kisah ini mendapat perhatian ramai, ada yang berkongsikan ciapan oleh Cik B sendiri mengenai kisah hidupnya pada masa kecil. Walaupun thread ini telah di post pada hujung tahun 2019, namun ia seakan menjawab pertanyaan warganet mengenai sebab DSV bertindak menjauh daripada bekas suami.

“Masa CikB kecik CikB selalu kena dra dengan bibik CikB kena kurung kena pkl kena semua lah pastu masa CikB kecik ayah kandung CikB dra mama jugak pkul pkul sampai nak bkar rumah sebab mama tak kasi duit…ayah cikb kaki mbkkaki rpit semua kaki dia ada..”

“Ayah CikB  pulak selalu ugt mama nak ptng tangan abg CikB Kalau tak kasi duit..pastu ada satu hari tu ayah CikB bawak lari CikB ke rumah dia pastu mama pun ambil CikB balik rumah sampai gadh2 dgn ayah kandung CikB..” Walaupun mama dgn ayah CikB dah pisah setiap bulan dia mintak duit Tapi mama pun kasi jela.

Mama sebenarya dulu kena buang dgn mak mama sendiri pastu mok jah, abah ajit jaga mama..Tapi bila mama besar mama cari mak mama balik..” Ramai terkejut dengan perkongsian Cik B dan memberikan kata semangat kepadanya kerana beliau adalah seorang yang kuat.

Megharapkan Ds Vida Tak Bertemu Jodoh Lain. Mengejutkan Ini Punca Cik B Tak Perlukan Ayah. Rupa Rupanya Benda Ni Yang Pernah Terjadi.

Tidak melihat figura bapa sebagai individu yang diperlukan dalam kehidupannya kini, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkata dia tidak rasa cemburu meskipun tidak mempunyai ayah.

Ujarnya, selama ini ibunya bersendirian yang berperanan sebagai bapa dan juga ketua keluarga sepanjang tempoh dia membesar. Katanya lagi, dia lebih selesa tiada bapa kerana boleh bermanja dengan ibunya. “Saya tak rasa pun tak ada ayah ni membuatkan saya cemburu dengan orang lain. Saya rasa lebih bagus tak ada ayah, saya boleh tidur dengan mama, boleh manja-manja dengan mama.

“Saya lebih selesa kalau tak ada ayah, sebabnya mama adalah mak, ayah, kakak dan kawan saya. Semua mama!” katanya kepada Gempak. Meskipun pernah mempunyai dua bapa tiri sebelum ini, namun Cik B tidak menganggap mampu memberikan kebahgiaan dalam keluarganya. Malah, Cik B berharap ibunya tidak akan bertemu jodoh lain.

“Bila ada bapa tiri, saya dah rasa saya tak perlukan ayah. Saya tak boleh tidur dengan mama. Mama kurang bagi perhatian kepada saya dan lebihkan ayah tiri saya. Bercuti pun mereka berdua. “Dengan usia mama sekarang, saaya harap mama tidak bertemu jodoh lain. Teman hidup mama adalah saya. Tambah pula berdasarkan pengalaman sebelum ini, mama dah lalu macam-macam. Full stoplah!” katanya.

DSV sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Fairuz Ahmad Zainuddin selama tiga tahun namun berpisa pada April 2017. Vida juga pernah dua kali berkahwin sebelum itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: rotikaya

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Kecoh Tentang Cik B Tergedik Gedik Nak Kan Lelaki Kacak. Sekali Cik B Tampil Bagi Respon Win Buat Warganet Terkedu. Selamba Je Dia Boleh Bagi Respon Macam Ni.

“Tak mungkin Aniq mahukan saya, mesti dia pilih teman wanita yang cantik,” demikian pengakuan jujur anak jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B berhubung gosip yang mendakwanya menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Aniq Suhair.

Aniq, 20, dan Cik B, 15, menjadi tumpuan bergandingan sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta terbitan Zeel Production hingga menimbulkan andaian menjalin hubungan cinta. Cik B berkata, dia sedar diri dan berpijak kepada bumi nyata pada saat dikaitkan dengan finalis Hero Remaja 2020 itu.

“Hakikatnya, tiada apa-apa yang berlaku antara kami. Saya menganggap Aniq lebih kepada rakan kerja dalam arena seni. Lagipun, kami baru bertatih dalam dunia lakonan. “Secara kebetulan, kami menjadi pasangan kekasih dalam drama arahan Emi Suffian itu. Jadi, tak salah kami saling mengusik dalam media sosial. Hubungan tak lebih daripada seorang kawan.

“Bagaimanapun, ada yang menganggap kami menjalin hubungan serius,” katanya kepada BH Online. Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia juga mendapat kritikan apabila gosip berkenaan bertebaran.

“Jujurnya, saya sudah terbiasa berdepan dengan kritikan sejak dahulu lagi. Sebelum ini, fizikal dan warna kulit saya pernah dipersendakan. Inikan pula digosip dengan pelakon berwajah jambu seperti Aniq. “Warganet mengkritik saya ‘feeling’ dan tergedik-gedik mahukan lelaki kacak. Malah, ada yang hina saya tak layak menerima cinta atau bercinta dengan lelaki tampan.

“Saya sedar diri ini, saya bukannya datang dengan pakej cantik. Saya tak pernah fikir soal perasaan, selama ini. Saya pernah merasakan tak perlu lelaki dalam hidup. Mama pun sudah membuktikan boleh hidup selepas dikecewakan lelaki,” katanya.

Bagaimanapun, Cik B berkata, dia masih sedar fitrah hidup memerlukan pasangan, cuma terlalu muda untuk bercinta. Baru-baru ini hangat diperkatakan gosip mengenai anak jutawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B dikatakan sudah mempunyai kekasih, pelakon baru, Aniq Suhair mengakui hubungan mereka rapat sejak berlakon bersama.