Kritik pemain badminton Malaysia dengan perkataan tidak baik. BAM pertahan Kisona.

inspirasi keluarga Perkauman

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang individu telah melemparkan kritikan berunsur isu r4sis terhadap pemain perseorangan wanita Malaysia, S Kisona.

Kritikan itu dipercayai dibuat ketika pemain tersebut beraksi menentang Mariska Tunjang dari Indonesia di kejohanan Piala Sudirman pada 1 Oktober lepas.

“Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dilakukan” 

Susulan isu tersebut, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengeluarkan kenyataan mengritik sekeras-kerasanya tindakan bersifat perkauman yang dilemparkan terhadap Kisona.

Menurut perkongsian di Twitter, BAM sebagai satu badan sukan negara ini tidak mempunyai toleransi terhadap apa-apa bentuk perkauman atau diskriminasi yang dilakukan terhadap pemain badminton tersebut.

Kami akan sentiasa mempertahankan pemain dan kenyataan seperti tidak sepatutnya dilakukan dan kami menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk mengutuk tindakan tidak masuk akal ini.

“BAM akan terus memperjuangkan perkara bersifat perkauman dalam sukan, terutama dalam badminton.

“Kami akan terus menegakkan semua inisiatif yang mendukung pembangunan bangsa yang progresif dan inklusif,” katanya.

“Takyah layan mereka2 tu. Tah-tah tak pandai main pun cakap je lebih” 

Kenyataan yang dikeluarkan BAM telah mendapat sokongan kuat warganet yang mana memuji permainan Kisona yang dilihat mempunyai masa depan yang cerah dalam badminton.

Rata-rata mengecam tindakan individu terbabit yang mengaitkan permainan sukan dengan isu r4sis yang tidak sepatutnya wujud dalam kehidupan majmuk di Malaysia.

Dalam satu perkembangan lain, individu yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan rasis terbabit telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia dan mengakui tidak bermaksud untuk menjatuhkan mana-mana kaum di negara ini.

Apa-apapun diharapkan perkara sebegini tidak berulang lagi dan kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghormati antara satu sama lain. Sumber: Lobak Merah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.