Tular pemuda ini berangan naik pesawat pergi bercuti. Sekali ini pula yang warganet perasan.

Fakta Terkini Viral

Memandangkan sudah lama kita tidak dapat pergi bercuti seperti dahulu, pastinya ramai yang cukup rindu momen bercuti. Baru-baru ini pula, gelagat seorang lelaki yang berlakon mahu pergi bercuti mencuit hati ramai warganet. Bukan saja siap melakonkan gaya mahu pergi bercuti malah lelaki itu juga dilihat melakonkannya di kawasan keliling rumah sahaja. Malah rata-rata warganet turut sama berdekah melihat gelagat lelaki ini yang pastinya sedang rindu mahu pergi bercuti.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat membawa sebuah bagasi sambil memegang pasport di tangannya. Apa yang menariknya ialah dia juga siap menggunakan rakaman audio pengumuman sebenar di lapangan terbang. Lelaki itu turut menggambarkan suasana ketika di lapangan terbang sewaktu mahu pergi bercuti. Dia juga turut melakonkan satu persatu prosedur di lapangan terbang sebelum masuk ke dalam pesawat.

Lebih mencuit hati, lelaki itu sempat mengambil gambar pasport di tangannya bersama-sama bil elektrik yang kononnya adalah tiket penerbangan. Sama seperti yang selalu dilakukan oleh mereka yang sedang menunggu masa untuk menaiki pesawat. Meninjau di ruangan komen, warganet turut sama berdekah melihat gelagat lelaki ini yang rindu mahu pergi bercuti sampai sanggup melakonkannya semula. Ada juga yang turut meluahkan kerinduan mereka mahu menaiki pesawat untuk bercuti. “Jiran be like: Kau nengok tu dia nak merentas negeri lettew.”

“Boleh lah ya keliling rumah, on air sangat.”

“Sumpah rindu nak travel.”

“Belakang rumah jadilah janji sampai…”

Sumber : HCL

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.