JPV tampil beri suntikan terhadap lembu selepas ada yang telah terkena sakit ini. Tak sangka ianya serious macam ni sekali.

haiwan Info Terkini

Kuantan: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memberi suntikan terhadap 81,252 lembu di 9,108 ladang selepas terdapat tanda 89 ekor haiwan berkenaan dijangkitan sakit kulit kental (LSD). Dr Norlizan Mohd Noor berkata, pihaknya memandang serius wabak sakit berkenaan dan usaha mengesan serta menyekat penularannya kini giat dilakukan di seluruh negara.

Menurutnya, semua JPV negeri sudah diarahkan untuk mula mengaktifkan program pengawasan bagi mengesan, mengawal serta mencegah penularan penyakit LSD pada ternakan lembu di seluruh negara terutama dikawasan yang berisiko tinggi. Katanya, syarat mengimport lembu hidup juga akan diperketatkan lagi supaya tiada lembu menghidap sakit ini memasuki negara.

“Kita akan berkerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dalam memperkemaskan lagi kawalan di semua pintu masuk negara. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap konsainan lembu import yang menunjukkan gejala sakit LSD di stesen kuarantin. JPV memohon kerjasama pemain industri termasuk pengimport, peraih dan penternak lembu supaya segera menghubungi pejabat perkhidmatan veterinar negeri dan daerah berdekatan sekiranya mengesyaki ternakan lembu di dalam jagaan atau kandang mereka menunjukkan gejala sakit LSD,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

“Walaupun sakit LSD tidak menyebabkan kehilangan yang tinggi pada ternakan tetapi ia memberi kesan ekonomi kepada industri penternakan lembu dan kerugian kepada penternak akibat penurunan pengeluaran susu pada lembu tenusu, penurunan berat badan, kegvgvran dan kem4ndvlan kepada lembu pejantan. Penyakit LSD tidak zoonotik iaitu tidak menjangkiti manusia. Sehubungan itu, JPV menafikan gambar individu yang tular dengan gejala di bawah mata disebabkan jangkitan LSD,” katanya.

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.