Bukan main besar lagi biawak ni. Reaksi lelaki ni selamba je dia boleh pegang ekor biawak yang masuk dekat kawasan parking kereta.

Viral

Setiap kali kalau ternampak biawak tepi jalan mesti kita akan elak. Bukan apa, satu sebab takut dia kejar atau gigit, lagi satu sebab geli. Tapi lain pulak yang berlaku bila seekor biawak didapati telah masuk ke kawasan parking. Tidak pasti kejadian sebenar berlaku di mana, namun aksi seorang lelaki yang selamba pegang ekor biawak dengan tangan mencuri perhatian ramai. Korang boleh tengok video kejadian tu dalam video @brgsjks kat bawah ni.

Besar macam Godzilla

Fuhh… min tengok video ni terus teringat scene dalam filem Godzilla yang baru ni. Makan apa lah agaknya biawak ni sampai besar macam tu. Abang yang pegang ekor tu memang steady betul, kalau min memang tak lah weh. Kalau min pun takde nak lompat. Nak duduk dekat pun tak. Memang min suruh orang lain yang settlekan biawak tu. 

Weh kalau putuskan ekor lepas tu dia lari lagi laju tau. Dah ada dua masalah pulak, ekor biawak dan biawak tu sendiri. Nasib baik biawak tak macam cicak.  Kuasa api biru tu Godzilla je yang boleh buat. Nasib baik Godzilla tu dalam movie je. Kalau biawak besar ni keluar api biru memang naya kita weh. 

Aduhh.. punchline memang kena lah. Terbahak min hujung-hujung minggu ni. Cuma min harap ada pihak berkuasa yang amik biawak ni untuk dilepaskan ke habitat asal dia semula. Parking tu bukan tempat dia, tersesat je kat situ. 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.