Blackpink tidak lagi akan terima hadiah dari peminat.Peminat luah rasa sedih tapi kagum. Rupanya ini sebabnya.

Artis Hiburan Luar Negara Selebriti

Agensi kepada BLACKPINK, YG Entertainment mengumumkan bahawa BLACKPINK tidak akan menerima sebarang hadiah daripada peminat melainkan surat daripada mereka.

Terima “Terlalu Banyak Ucapan Tahniah”


Menerusi pengumuman yang dibuat di laman web rasmi YG Entertainment, mereka mengumumkan kepada BLINK bahawa kumpulan superstar itu tidak lagi akan menerima hadiah daripada peminat. Keputusan itu dibuat sebagai respon terhadap “ucapan tahniah yang terlalu banyak” diterima BLACKPINK sewaktu sambutan ulangtahun ke-5 mereka.

“Hello, saya adalah pengurus sokongan. Kami ingin membuat pengumuman mengenai FAN SUPPORT yang terus menyokong BLACKPINK.

Tahun ini, disebabkan kami menerima ucapan tahniah yang terlalu banyak untuk ulang tahun ke-5 mereka, kami membuat keputusan untuk pengumuman yang sukar mengenai sokongan dan hadiah dari peminat selepas berbincang dengan ahli kumpulan BLACKPINK untuk masa yang lama.”- ujar YG Entertainment dalam sebuah kenyataan

Tolak Hadiah Peminat Dengan Rasa Hormat

YG Entertainment turut memberitahu bahawa mereka akan mula menolak hadiah dari peminat dengan rasa hormat dan berterima kasih terhadap sokongan yang diberikan.

“Mulai sekarang, kami dengan  rasa hormat akan menolak hadiah yang dihantar dengan penuh kasih sayang dari peminat untuk meraikan hari-hari istimewa BLACKPINK, seperti (debut kumpulan, debut solo, ulangtahun), broadcast (rancangan muzik, radio, rancangan variety(/ persembahan (snek, gubahan bunga).

Kami akan rasa bersyukur sekiranya anda mengirim hadiah dan sokongan kepada mereka (BLACKPINK( untuk menyambut hari-hari istimewa mereka, hadiah itu dihantar kepada orang lain yang lebih memerlukan. Harap maklum bahawa kami akan menghantar kembali atau membersihkannya tanpa notis  mengenai hadiah ulangtahun, hadiah yang dihantar atau menerusi penghantaran pantas melainkan surat dari peminat.”- kata mereka lagi

Peminat Luah Rasa Kagum

Dalam pada itu, Para BLINK mengagumi keputusan BLACKPINK yang bermurah hati untuk menghantar hadiah pemberian peminat buat mereka yang memerlukan.

“BLACKPINK tidak lagi menerima hadiah daripada peminat pada sambutan dan acara yang akan datang kerana mereka gembira melihat hadiah itu akan diberikan kepada tempat dan orang yang memerlukan bantuan. blackpink gadis terbaik.”

Gadis-gadis itu sendiri memutuskan untuk tidak menerima hadiah peminat kecuali surat dan memberikannya kepada mereka yang memerlukan. Saya terharu.” tulis mereka

Buat peminat BLACKPINK, lepas ni hantar surat je tau!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.