Petani terkilan bila semua hasil sayur kena buang macam tu gara gara pkpd. Paling menyedihkan sampai ada yang tak dapat bekerja.

Viral

Para petani di sebuah kampung di Cameron Highland melihat tanaman hasil tanian mereka akan sia-sia kerana tidak dapat menjaganya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Salah seorang petani, Lau Weng Soow dari Tringkap menjelaskan bahawa dia tidak dapat bekerja kerana PKPD yang dilaksanakan sehingga 11 Julai nanti.

Buang macam tu je

Kawasan tersebut dikenakan PKPD selama 2 minggu kerana dikesan 70 kes positif Covid-19. Katanya kepada FMT, sayur itu terpaksa dibuang begitu sahaja kerana tiada alternatif lain untuk jaga tanaman itu. “Ada jangka waktu tertentu untuk kita menuai sayur. Sebagai contoh, kita perlu menuai tomato dalam masa dua setengah bulan setelah menanamnya.”

“Oleh sebab kita kini sedang PKPD, kami tidak dapat keluar untuk menuai sayur. Memang dah tak ada ada cara lain selain memusnahkan sayur-sayuran itu. “ Terdahulu, gambar menunjukkan kuantiti besar sayur-sayuran dibiarkan begitu sahaja di kebun telah tular di WhatsApp.

Ekoran itu, Lau mengeluh bahawa pendapatan pekerja kebun yang terjejas ini menyatakan bahawa  pegawai kesihatan masih belum menyelesaikan pemeriksaan Covid-19 untuk pekerja ladang di Tringkap, yang kebanyakannya adalah warga asing.

“Kami berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk memindahkan pekerja yang positif Covid-19 ini ke pusat kuarantin lain daripada membiarkan mereka mengkuarantinkan diri di asrama ladang. Dengan begitu, kita akan merasa selamat kembali bekerja.”

Sementara itu, Lau Sai Hoong yang merupakan anggota jawatankuasa petugas petani Tringkap, mengatakan bahawa agak sukar untuk menganggarkan kerugian petani semasa penutupan ini. “Mereka mempunyai tanaman yang berbeza. Kami tidak dapat menganggarkan berapa banyak kerugian yang mereka alami dari PKPD ini tetapi saya boleh mengatakan kerosakan itu teruk,” tambahnya.

Tambahnya lagi,  saranan untuk memindahkan pekerja yang positif Covid-19 ini memang perlu dilakukan. Dia juga memberi amaran bahawa banyak petani mungkin tidak akan bertahan dalam penutupan akibat PKPD kerana mereka tidak bekerja sejak 28 Jun. “Kami hanya mahu kembali bekerja dengan selamat,” katanya.

Search for:SEARCH