Pelajar Perubatan UM tampil buat report Polis soal tindakan Universitinya. Boleh pula halang ambil exam sebabkan ini.

Dunia Fakta Viral

Satu laporan polis dibuat oleh seorang penuntut di Universiti Malaysia semalam berikutan dengan dakwaan penafian haknya untuk mengambil peperiksaan akhir hanya kerana tidak mengambil vaksin. Kes ini mula viral setelah satu video dari Facebook Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam bersama anggota Perjuangan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turun padang bagi membantu untuk ‘menyuarakan’ keluhan pelajar yang dikenali sebagai  Nik Farah Ellisha ini .

Ditahan dalam dewan peperiksaan?

Menurut sumber, difahamkan pelajar tersebut membuat keputusan untuk tidak mengambil vaksin adalah kerana mahu pilih jenis vaksin. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang turut bersama dengan pelajar tersebut menyatakan bahawa perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sendiri sebelum ini menyatakan bahawa ia bukan satu paksaan.

Difahamkan Nik Farah tidak dapat mengambil peperiksaan itu pada 8 dan 9 Jun lepas. Sementara itu, Lokman Adam juga menyifatkan peraturan yang ditetapkan oleh pihak universiti itu merupakan satu perkara yang dianggap tidak munasabah.

“Tidak ada paksaan, sebagai pelajar perubatan Nik Farah tahu apa kesan mengambil vaksin nanti, jenis-jenis vaksin yang ada dan beliau berhak samada mahu memilih ataupun tidak, beliau berhak untuk memilih jenis vaksin yang mahu diambil dan yang mana beliau tidak mahu ambil” Dalam pada itu, bapa Nik Farrah menjelaskan bahawa anaknya telah ditahan ketika berada di dalam dewan peperiksaan, beliau juga terkilan kerana ia tidak dimaklumkan awal-awal lagi.

“Saya tiada pilihan selain daripada meminta bantuan daripada PPIM, terima kasih kerana sanggup membantu saya, begitu juga dengan Datuk Lokman Adam yang hadir hari ini kerana cuba untuk membantu anak saya ni untuk meneruskan pembelajaran beliau.” Dalam pada itu, Nik Farah yang merupakan pelajar dalam bidang perubatan ini pula menzahirkan rasa kecewa kerana tidak dapat menjawab peperiksaan setelah berhempas pulas mengulangkaji pelajaran. Saya harap pihak kerajaan akan bantu saya sebab saya cuma nak belajar dan ingin menjadi seorang doktor, Insyaallah “

Respon UM

Dalam pada itu, Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa pihak Universiti Malaysia memandang serius berhubung dengan laporan yang dibuat oleh pelajar itu. Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat UM, Mohd Khairi Md Jaafar dalam satu kenyataan berkata, pihak UM sedang meneliti perkara itu secara dengan lebih terperinci dan terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak terbabit bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Sebagai sebuah universiti yang menerapkan nilai kebersamaan, Universiti Malaya sentiasa berjuang bersama-sama dengan rakyat Malaysia dalam memerangi wabak Covid-19. Adalah menjadi tanggungjawab Universiti Malaya untuk menyediakan kampus yang kondusif dan selamat kepada warga kampus dalam berdepan dengan pandemik ini.” Laporan polis yang dibuat oleh Nik Farah di Balai Polis Brickfields itu masih lagi dalam siasatan, kata Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar.