Toyota Landcruiser dipandu tujuh kilometer di dasar laut

Sekumpulan peminat kereta di Australia mencipta rekod dunia baharu dengan memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda sejauh 7 kilometer di dasar laut, lapor laman Oddity Central semalam. Berpuluh-puluh orang berkumpul di Pantai Mandorah, utara Australia untuk menyaksikan sebuah Toyota Landcruiser keluaran 1978 dipandu di dalam laut pada 29 Julai lalu. Digelar sebagai ‘ketam lumpur’, kenderaan… Continue reading Toyota Landcruiser dipandu tujuh kilometer di dasar laut

Published
Categorized as sukan

Pelari Somalia dikritik hebat selepas lariannya dalam acara pecut disifatkan seperti berjoging

Pelari dari Somalia, Nasra Abubakar Ali, yang menerima kecaman ramai selepas berlari dengan amat perlahan ketika menyertai acara pecut 100 meter tampil mempertahankan dirinya dengan mendakwa bahawa kakinya mengalami kecederaan, lapor portal berita Citizen Digital. Dalam klip video yang tular di media sosial, Nasra dilihat berlari dalam keadaan seperti berjoging ketika bertanding dalam kejohanan Sukan… Continue reading Pelari Somalia dikritik hebat selepas lariannya dalam acara pecut disifatkan seperti berjoging

Published
Categorized as sukan Tagged

Kontinjen Malaysia menambah satu lagi pingat gangsa menerusi acara badminton campuran 

Kontinjen Malaysia menambah satu lagi pingat gangsa menerusi acara badminton campuran setelah tersekat di peringkat separuh akhir ekoran tumpas kepada juara bertahan Taiwan 0-3 semalam.Ia menyaksikan Kontinjen Malaysia di Universiade setakat ini berjaya mengumpul keseluruhan 1 pingat emas dan 4 pingat gangsa. Hasrat skuad badminton untuk menukar warna pingat daripada gangsa tidak kesampaian. Gandingan bergu… Continue reading Kontinjen Malaysia menambah satu lagi pingat gangsa menerusi acara badminton campuran 

Published
Categorized as sukan

Kontrak Datuk Shapawi Ismail bakal tamat September ini yang menjadi tanda tanya

 Siapa pengganti sesuai untuk menjawat jawatan selaku Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) apabila kontrak Datuk Shapawi Ismail bakal tamat September ini menjadi tanda tanya. Shapawi ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Remaja Komanwel 2023, bagaimanapun enggan mengulas perkara itu. Kata Shapawi, beliau ketika ini menjalankan tugas seperti biasa… Continue reading Kontrak Datuk Shapawi Ismail bakal tamat September ini yang menjadi tanda tanya

Published
Categorized as sukan Tagged

Kejayaan atlet wushu negara, Tammy Tan merangkul pingat emas sulung Malaysia di temasya Sukan Universiti Dunia

Kejayaan atlet wushu negara, Tammy Tan merangkul pingat emas sulung Malaysia di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2023 di Chengdu, China semalam, adalah satu usaha terancang dilakukan Persekutuan Wushu Malaysia (WFM). Presidennya, Datuk Chong Kim Fatt berkata, selepas melihat banyak program terhenti gara-gara pandemik Covid-19, WFM bersama barisan jurulatih merancang sesuatu untuk dicapai di Universiade.… Continue reading Kejayaan atlet wushu negara, Tammy Tan merangkul pingat emas sulung Malaysia di temasya Sukan Universiti Dunia

Published
Categorized as sukan Tagged

Tak sangka Datuk ini tetap bina badan walaupun usia mencecah seabad

Datuk yang pernah mencipta rekod sebagai ahli bina badan tertua di dunia pada 2015, terus aktif walaupun usianya hampir mencecah seabad. Portal Rekod Dunia Guiness (GWR) melaporkan, Jim Arrington, 90, masih kuat dan memenangi pelbagai pertandingan bina badan. Baru-baru ini, Jim bertanding dalam acara Liga Profesional IFBB di Reno, Nevada, Amerika Syarikat (AS) dan menduduki… Continue reading Tak sangka Datuk ini tetap bina badan walaupun usia mencecah seabad

Faisal Halim secara rasmi sah digantung selama 4 bulan, rupanya ini punca sampai dia kena gantung

Pemain bintang kelab bola sepak Selangor FC, Faisal Halim atau lebih dikenali dengan jolokan ‘Mickey’ secara rasminya akan ‘berehat’ dari kancah bola sepak tempatan selepas digantung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Hukuman yang diterima Faisal itu disahkan pasukannya, skuad ‘The Red Giants’ menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram rasmi mereka. “Pada 25.07.2023, wakil kelab dan… Continue reading Faisal Halim secara rasmi sah digantung selama 4 bulan, rupanya ini punca sampai dia kena gantung

Datuk Azizulhasni raih emas di acara keirin lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Velodrom Nasional.

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terus unggul di Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 apabila meraih emas keduanya selepas mengungguli acara keirin sebentar tadi. Kejayaan yang diraih pelumba yang mendapat julukan The Pocket Rocket Man itu boleh disifatkan agak hebat dalam penyertaannya di kejohanan ACC apabila ia adalah emas ke-12 buat dirinya… Continue reading Datuk Azizulhasni raih emas di acara keirin lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Velodrom Nasional.

Gelagat Lee Chong Wei kena bahan dengan Lin Dan buat peminat terhibur.

Baru-baru ini, tular rakaman lucu yang memaparkan gelagat legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bersama sahabat dunia sukannya iaitu Lin Dan. Menerusi perkongsian Lee Chong Wei di laman TikTok, Lin Dan diminta untuk menunjukkan gerakan signature Chong Wei. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat berkongsi rasa kagum melihat keakraban dua seteru hebat, malah ramai yang terhibur melihat Lee Chong Wei ‘kena… Continue reading Gelagat Lee Chong Wei kena bahan dengan Lin Dan buat peminat terhibur.

Nur Alyssa lakar kejutan raih Perak di kejohanan berbasikal Trek Asia di Velodrom Nasional.

Ketika tumpuan diberikan kepada Amber Yong, pelumba remaja trek wanita, Nur Alyssa Mohd Farid tidak disangka berjaya menghadiahkan kontinjen negara pingat perak dalam acara final keirin wanita remaja Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) sebentar tadi. Alyssa menjadi pelumba kedua melintasi garisan penamat di belakang wakil Korea Selatan, Na Yunseo sekali gus menggembirakan penonton yang hadir… Continue reading Nur Alyssa lakar kejutan raih Perak di kejohanan berbasikal Trek Asia di Velodrom Nasional.