Ada pula yang anggap Datin Lisa Surihani riak sebab dedah khatam al Quran lebih 5 kali

Perkongsian pelakon dan pengacara Datin Lisa Surihani mengenai tindakannya khatam al-Quran lebih daripada lima kali jadi perhatian dalam kalangan warganet. Katanya menerusi temu bual bersama portal hiburan popular, kebiasaannya dia melakukan tadarus al-Quran hampir setiap hari, namun pada tahun ini dia sedikit sibuk kerana terlibat dengan beberapa komitmen kerja. “Sejujurnya tak pasti. Saya rasa dah more than five. Saya buat tahun ni kebiasaannya saya buat tadarus setiap hari. Tapi tahun ni juga saya akan sibuk di lokasi untuk shooting so saya takut tak boleh commit everyday,” katanya.

Dalam pada itu, Lisa juga memaklumkan, kali ini matlamatnya adalah untuk fokus dengan bacaan al-Quran disamping memahami setiap makna serta membuat kajian mengenai surah yang dibaca. “Saya punya aim kalini nak berubah kepada mungkin bukan target kepada the kuantiti part walaupun itu perkara yang paling baik Masha-Allah. Sebab ramadan adalah bulan dimana al-Quran diturunkan. So this one saya ingatkan nak baca each maknanya dan baca tafsir dia dan buku tadabburnya.

“Slow and steady in a way lah..so mungkin dalam satu bulan tu tak adalah habis dalam satu mushaf. Mungkin dalam 2 page macam tu tapi instead baca saya akan pause dan akan baca translation dia. “So far saya nak break the rutin a bit. sebab before this untuk rutin dia adalah khatam Al-Quran kan…so kalini macam i’am gonna change the plan selain dari baca terjemahan dia saya akan buat some notes on it,” kongsinya. Walaupun menerima pelbagai respons positif dalam kalangan warganet, namun ada juga segelintir individu yang menyifatkan kenyataannya itu sebagai riak.

“Baca merangkak pun boleh khatam lima kali? Dahsyat. “Riaknya,” komen warganet. Terdahulu, Lisa menerusi hantaran di Instagram miliknya ada memaklumkan,  dia sentiasa berusaha memperbaiki ‘hubungan’ dengan al-Quran menerusi kelas mengaji secara peribadi dan sebagainya. “Sementara itu, dengan rendah diri ini, saya pasang niat supaya hubungan saya dengan al-Quran diperbaiki lagi dan lagi. Dengan izin ALLAH, saya cuba sertai kumpulan tadarus bersama qariah kawasan perumahan, mengaji atas talian, sertai kelas tajwid dan kelas tadabbur.

“SubhanAllah, sukar memang sukar, dengan pelat R lagi. Syukur Alhamdulillah, saya dikelilingi keluarga dan sahabat rapat yang banyak memberi dorongan,” jelasnya. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.