Dikritik kerana berubah kearah kebaikkan. Harris Annuar nasihat warganet supaya berhenti menghukum orang dengan cepat.

Agama Artis Hiburan Islamik Kehidupan Selebriti

Kuala Lumpur: “Apabila orang puji kita jangan terbang, apabila orang keji kita jangan tumbang.”

Itu luahan pelakon dan pengacara Harris Annuar mengenai prinsip hidup jika ada pihak bercakap buruk dibelakangnya.

Harris berkata, dia juga enggan mengambil pusing segala kata-kata negatif atau terasa hati seandainya dia dikatakan tidak mampu bertahan dalam perjuangan mendalami agama.

“Kalau ada yang cakap buruk fasal kita janganlah kita ambil hati sebaliknya kita cuba positif dan bertenang.

“Selepas saya berguru dengan seorang ustaz saya menerima banyak ilmu baharu dan saya cuba amalkan dalam kehidupan seharian. Dunia ini hanyalah sementara sebaliknya akhirat yang kekal selamanya. Jadi biarlah apa orang nak cakap asalkan kita tahu apa tujuan hidup sebenar,” katanya.

Menurut Harris, dia juga berharap agar pihak yang cuba menghukum perubahan seseorang ke arah kebaikan supaya berhenti bersikap sedemikian.

“Saya minta warganet janganlah menghukum seseorang tanpa kita tahu apa yang dia lakukan dalam hidupnya. Boleh jadi amalan dia lebih baik daripada kita. Sebagai contoh kita mungkin sudah mendirikan solat lima waktu sehari tapi boleh jadi solat dia lebih khusyuk.

“Jadi kita jangan menghukum sebab kita tahu pahala dia, kemungkinan lebih banyak daripada kita,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.