Usahawan kosmetik edar vitamin di SJR. Sekali pemuda ini tampil beri penjelasan.

Dunia Fakta Fesyen

Jejaka ini dikritik warganet gara-gara membuat agihan vitamin C kepada pengguna jalan raya baru-baru ini. MAMAT Korea mana pula duduk berdiri dekat sekatan jalan raya (SJR) ni? Demikian antara komen warganet yang mempersoalkan tindakan seorang pengusaha produk kosmetik yang memberi sumbangan produk kesihatan kepada pengguna jalan raya, baru-baru ini.

Selain mempersoalkan kewajaran tindakan itu, ada warganet turut mengkritik pemakaian jejaka itu yang dikatakan tidak sesuai dengan cuaca panas di negara ini. Tampil memberi penjelasan menerusi Instagram, dia yang dikenali sebagai Iddin Syah memaklumkan video asal agihan produk itu sudah dipadam, namun ada pihak tertentu kembali menularkannya di Twitter.

“Jumaat lalu saya dah delete video ini di Instagram atas sebab tertentu. Tup-tup ada pihak yang post di Twitter. Tapi video asal sudah di’edit’. Laju betul warganet buat kerja. Terus-terang saya tak berapa aktif di sana (Twitter) tapi staf yang kongsi info pasal tweet tu.

Iddin berkata dia sudah mendapat kebenaran sebelum membuat agihan itu.

“Bila baca, nak tergelak pun ada. Berani eh dia kata abang rambut karat pakai jaket tengah panas lit lit? Nak pinjam ayat Wak Doyok jap boleh? Aku yang pakai, kau yang panas,” ujarnya yang mesra disapa Iddin.

Takkanlah saya berani buat tanpa kebenaran kan?

Mengulas komen-komen yang mempertikaikan tindakannya, Iddin turut memberi penjelasan lanjut dan memperincikan semula kisah sebenar yang berlaku. Jelas usahawan itu, dia sudah pun meminta kebenaran awal untuk menyumbangkan 1,000 unit vitamin kepada orang awam yang lalu di SJR Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Paling mengejutkan sekali, ada banyak komen pertikai pihak berkuasa membenarkan keberadaan saya di SJR. Sampai ada pengguna Twitter tag Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan keselamatan) untuk mendapatkan perhatian beliau atas tindakan saya. Sebenarnya sebelum aktiviti itu dibuat, saya terlebih dahulu mendapatkan kebenaran polis dan maklumkan niat saya nak sumbang 1,000 unit vitamin kepada petugas barisan hadapan dan orang awam yang melalui SJR Bertam. Takkanlah saya berani buat tanpa kebenaran kan?” jelasnya.

Pemakaian Iddin turut dikritik yang mana ia disifatkan tidak sesuai dengan cuaca panas di Malaysia.

Menurut Iddin lagi, dia peka dengan situasi sukar dilalui petugas barisan hadapan khususnya yang berpanas di SJR dan mahu memberi sumbangan produk itu buat mereka. Malah katanya, sumbangan vitamin itu disifatkan sebagai salah satu alternatif untuk memastikan mereka kekal bertenaga.

“Lagipun, saya ada kat sana tak lama. Sekejap je. Harap semua faham situasi saya ya. Saya harap penjelasan ini dapat menghentikan spekulasi yang tular,” ujarnya. Usaha mStar menghubungi Iddin untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya bagaimanapun belum berhasil.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.