Enggan membahayakan keluarga. Fatin Afeefa pilih tak mahu jumpa anak disebabkan ini.

Artis keluarga Selebriti

Pelakon Fatin Afeefa berkata dia enggan mengambil risiko membahayakan anak-anaknya apabila dia difahamkan akan mula memasuki set penggambaran sebuah telefilem, tidak lama sahaja lagi.

Ujar Fatin, penggambaran yang mengambil tempoh masa seminggu itu membuatkan dia terfikir akan keselamatan dan kesihatan anak-anak memandangkan kes harian COVID-19 masih tinggi ketika ini.

Oleh disebabkan itu, Fatin membuat keputusan untuk menghantar kedua-uda buah hatinya itu ke rumah ibunya untuk dijaga buat sementara waktu.

“Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan, saya tidak akan jumpa mereka sepanjang penggambaran berjalan selama seminggu. Saya memang akan lebih berhati-hati, kalau mereka dijangkiti sebab saya, saya tak boleh maafkan diri sendiri.”

“Anak saya ada dua orang saja, jadi tak mahu la terjadi apa-apa. Lepas penggambaran habis dan keputusan ujian COVID-19 negatif, barulah saya akan kembali pada mereka.” ujar Fatin.

Malah, tambah pelakon filem Tentang Bulan ini lagi, dia juga tidak akan menghantar anak-anak ke sekolah sehinggalah keadaan COVID-19 semakin baik dan semua guru yang mengajar telah menerima suntikan pelali wabak itu.

Perkembangan lain, Fatin Afeefa berkata bahawa dia kini lebih mengambil pendekatan berhati-hati dalam menerima sebarang tawaran lakonan meskipun kerajaan telah membenarkan industri kreatif untuk terus beroperasi.

Sumber: Beautifulnara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.