Filipina sampai beri lembu pada individu yang ambil vaksin. Nak galakkan rakyat ambil vaksin sampai macam ni kerajaan dia bagi.

Viral

Setiap negara ada inisiatif masing-masing untuk galakkan rakyat diorang daftar vaksin. Vaksin ini penting tau untuk wujudkan ‘herd community’, barulah kita semua dapat hidup macam dulu-dulu balik. Korang tahu tak? Dekat Filipina, diorang beri galakan kepada rakyat untuk ambil vaksin dengan bagi lembu secara percuma. Cadangan ini dibuat sebab ramai penduduk Filipina yang tidak berminat untuk mengambil suntikan tersebut.

Menurut New York Post, Pegawai Tempatan di San Luis dilaporkan beri seekor lembu setiap bulan kepada penduduk yang sudah mengambil vaksin sebagai satu langkah untuk beri dorongan kepada mereka yang masih tidak mengambil vaksin. “Lembu mungkin dianggap tidak bernilai di negara lain tapi bukan di San Luis. Kebanyakan penduduk di sini adalah petani dan saya rasa inisiatif ini dianggap ideal dengan pekerjaan mereka.”

Untuk pengetahuan korang, lembu yang diberikan kepada individu yang ambil vaksin adalah dianggarkan berjumlah lebih RM 2 ribu. So, diorang boleh ambil peluang dapatkan lembu percuma ini sebagai satu cara untuk keluar dari kelompok kemiskinan yang melampau.

“Lembu itu boleh dimasak buat hidangan, selain itu boleh dibiakkan jadi lebih banyak dan boleh dijual susu haiwan tersebut. Boleh juga digunakan untuk angkat barang-barang berat.” Setakat ini, Filipina hanya mencatatkan empat peratus iaitu kira-kira 110 juta orang yang sudah terima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin manakala 1.4 peratus yang sudah menerima dos kedua vaksin.

Harapnya dengan pelbagai inisiatif yang kerajaan dah buat, boleh galakkan lebih ramai rakyat untuk ambil vaksin. Haa.. korang dah daftar vaksin ke belum?

Sumber: New York Post