Nekad untuk nak kurus. Gadis ni kongsikan sebab dia diet buat ramai yang sebak.

Viral

Sudah tiba masanya untuk masyarakat kita sedar bahawa berat badan berlebihan atau berkurangan bukanlah masalah yang perlu dirisaukan. Sebaliknya masalah bodyshaming atau menghna rupa orang lain adalah masalah yang lebih teruk dan perlu diubah dengan segera.

Setiap kali melihat individu yang berbadan besar kebanyakan orang akan terus membuat spekulasi negatif seperti individu berkenaan tidak menjaga makan atau pemalas, sedangkan terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi berat dan ukuran badan seseorang itu seperti tekanan, genetik, mahupun ubat-ubatan yang diambil.

Terutamanya bagi wanita, hormon estrogen membuatkan kaum hawa lebih mudah naik berat badan. Ditambah pula dengan tekanan dan masalah persekitaran seperti tidak cukup tidur, tidak hairanlah seseorang itu lebih cenderung untuk mempunyai berat badan yang berlebihan walaupun mereka makan seperti orang lain.

Seorang gadis dari TikTok ini contohnya berkongsikan sebab mengapa dia ingin diet setelah ditanya oleh salah seorang pengikutnya. Selain untuk memudahkan solat, gadis itu juga menjelaskan bahawa dia ingin mendapatkan kerja, kerana setiap kali memohon kerja dia pasti akan ditolak atas sebab berat badannya.

Perkongsian gadis yang menggelar dirinya sebagai Tomey itu membuat warganet sebak kerana dia dinilai sebegitu sekali malah sering disindir oleh rakan-rakan, sementara ramai yang turut berkongsikan kisah dihna kerana gemuk.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL