Gadis sebak tak dapat hadir ke Majlis Nikah kawan baik gara gara kuarantin. Sekali ramai sebak bila tengok apa yang BFF dia buat.

Viral

Sahabat, seribu orang kawan belum tentu sama tarafnya dengan seorang sahabat. Setiap orang pasti ada sahabat tak kira la sorang ke atau ramai, betul tak? Sahabat akan ada dengan kita sewaktu susah dan senang. Bukan senang nak cari sahabat, ibarat mencari mutiara di lautan sebab selalunya kawan akan ada masa kita senang je time susah semua hilang dari radar. Cari dalam map pun hilang, sksksk.

“Wujud lagi ke?”

Begitulah dengan kisah kalini. Dalam perkongsian @nrainelyna, dia telah memuat naik video di Tiktoknya  seorang sahabatnya dengan berpakaian pengantin memberi bungkusan makanan depan pagar rumah dia. Ain Eliyana atau Eliyana telah merakam video tersebut dari dalam rumah sebab dia kena kuarantin akibat Covid-19. Tapi paling menyayat hati warganet, seorang ‘bestie’ nya masih lengkap berpakaian pengantin telah memberi bungkusan makanan pada Eliyana depan pintu pagar rumahnya. Untuk makluman korang, upacara pernikahan di negeri Fasa 2 dibenarkan di Pejabat Agama dan kehadiran mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri. Tapi korang jangan triggered pula sebab diaorang ni dekat Pahang.

“Takda rezeki la nampaknya”

Dalam video tersebut ada ayat-ayat yang menyentuh hati daripada Eliyana yang menunjukkan dia sedih kerana dia sudah berjanji untuk datang pada majlis nikah sahabatnya itu tapi dia terpaksa dikuarantinkan akibat covid. Aku tak mampu nak peluk kau, hanya mampu nangis dari jauh” Video tersebut telah mendapat lebih daripada setengah juta tontonan di akaun Tiktoknya itu menerima banyak respon daripada warganet. Rata-rata warganet kagum dengan hubungan persahabatan mereka kerana sahabatnya sentiasa ada masa susah dan senangnya. Warganet juga mendoakan agar persahabatan mereka kekal berpanjangan  hingga ke syurga. Kalau ada sorang sahabat macam ni, min dah tak kisah kalau takda kawan lain. Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.