Gelagat Mustapha Kamal sebagai Pemilik Megah Holding buat ramai terhibur. Siap naik helikopter lagi.

Artis Viral

Kalau korang semua perasan, rata-rata kebanyakan drama televisyen di Malaysia ini sangat sinonim dengan plot cerita anak orang kaya ataupun pemilik syarikat yang selalu bincangkan urusan juta-juta ringgit. Bagi peminat drama TV mesti tahu dengan pelakon veteran Dato’ Mustapha Kamal, yang cukup terkenal dengan jolokan sebagai pemilik ‘Megah Holding’. Siapa sangka, rupanya syarikat Megah Holding ni betul-betul ada. Iya ke?

Pergi tengok site naik helikopter

Sejak mula aktif di TikTok kira-kira sebulan yang lalu, pelakon tersebut dilihat selalu menjadi perhatian warganet dengan perkongsian menarik selalu dilakukannya. Terbaru, pelakon berusia 59 tahun itu ada memuat naik sebuah video yang seakan-akan melayan ‘drama’ Megah Holding yang sering diperkatakan oleh orang ramai. Menerusi posting tersebut, dilihat Mustapha menaiki sebuah helikopter meluangkan masa bersama ahli keluarganya.

Namun apa yang jadi perhatian, beliau saja in character menyatakan dia ingin melawat site Megah Holding yang dimilik olehnya itu. Disebabkan dalam drama selalu berbincang urusan jutaan ringgit, dia siap mengatakan untuk pergi dengan menaiki helikopter. Lain macam papa. “Papa nak pergi tengok site, Site projek Megah Holding papa.” katanya sambil berseloroh. Perkongsiannya itu nyata menjadi perhatian, dan sehingga kini video berkenaan telah meraih lebih dari 375k views sejak dimuat naik dalam masa sehari.

Video :

https://www.tiktok.com/embed/v2/7009272888108797210?lang=en-US

“Dato’ jangan lupa esok ada meeting dekat Langkawi ya. Projek 600 juta”

Menjengah di ruangan komen, nyata aksi ditunjukkan pelakon berkenaan membuatkan rata-rata netizen terhibur. Sambil itu juga, ramai yang turut bergurau memainkan watak sebagai anak yang bakal mengambil alih syarikat itu nanti. Malah ada juga yang bagi dialog, kononnya menunggu giliran untuk bincang projek juta-juta dengannya sendiri. Tak sangka betul Megah Holding ni betul-betul ada dalam dunia nyata. Korang ada yang dah niat nak ambil alih syarikat tu tak? Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.