Gelagat pesakit Covid 19 ini meraih perhatian ramai. Sampai buat macam ni semata mata tak nak balik rumah.

Dunia Hiburan Lawak

Seperti mana yang kita tahu, sekarang ini kes jangkitan wabak Covid-19 semakin meningkat dalam negara ketika ini sehinggakan kerajaan kembali mengaktifkan beberapa lagi pusat kuarantin di negara kita. Walaubagaimanapun, layanan yang diberikan petugas barisan hadapan sangat baik tambah-tambah lagi ada yang ‘terhibur’ melayan karenah pesakit-pesakit Covid-19 di pusat kuarantin tersebut.

Menerusi satu perkongsian video di Tiktok, Syafiq. Ask telah berkongsi gelagat salah seorang penghuni di sana yang tidak mahu pulang siap buat-buat tidur semasa pengumuman namanya dipanggil. Lebih-lebih lagi, cara jawab seorang petugas hadapan itu membuatkan ramai yang terhibur. Rata-rata warganet turut terhibur dan memberi semangat positif buat mereka yang berada di sana. Semoga wabak ini hilang secepat mungkin dan negara pulih seperti sedia kala.

“Allah bagi nikmat kebahagian kepada mereka…”

“Walaupun penat bagi diorang still berlembut…”

“Rindu kawan-kawan nanti”

Sumber: Syafikask & Siakap keli

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas Sungai Buloh Kini Giliran Hospital Selayang Pulak Terpaksa Sediakan Kontena Untuk Orang Yang Pergi Menghadap Illahi Gara Gara Positif Covid 19.

Peningkatan kes jangkitan Covid-19 pada hari ini berada pada tahap membimbangkan apabila mencatatkan bilangan yang hampir mencecah 8,000 kes sehari. Kenyataan tersebut terbukti apabila Kementerian Kesihatan (KKM) berkongsi mengenai sebuah lagi hospital yang terpaksa menyediakan kontena khas untuk menampung jnzh pesakit Covid-19.

Selepas Hospital Sungai Buloh, kini Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas untuk menyimpan jnzh yang pergi menghadap illahi akibat COVID-19. KKM menerusi laman sosial rasmi mereka memberitahu kontena terpaksa disediakan selepas peti untuk menyimpan di Hospital Selayang tidak lagi mampu untuk menampung jumlah kes pemergian yang semakin meningkat.

“Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Fornsik Hospital Selayang ini boleh menempatkan 20 orang yang telah pergi menghadap illahi tambahan memandangkan peti di hospital itu sentiasa penuh,” jelas KKM. Pertengahan Mei lalu, peningkatan kes COVID-19 yang semakin membebankan sistem kesihatan negara menyebabkan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat menyimpan orang yang telah pergi menghadap illahi yang akibat COVID-19.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.