Suami masuk satu group whatsapp yang tak sepatutnya . Isteri bertindak diam diam buang suami daripada grup itu dan ini pula yang berlaku

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Hari ini kita akan mendengar atau membaca luahan isteri yang kecewa dengan suaminya yang menjadi salah seorang ahli dalam Group Whatsapp untuk aktiviti yang tidak elok. Sejak kebelakangan ini mksiat yang semakin menjadi norma biasa. Demikianlah gambaran mengenai luahan seorang isteri berkaitan sikap rakan rakan suaminya yang suka sangat sembang perkara tak elok dalam grup whatsapp

Jelas wanita yang enggan dedahkan identitinya, bukan setakat perbualan bahkan foto dan video yang tak elok juga dimasukkan dalam grup berkenaan.”Normallah kan sekarang ni ada grup WhatsApp. Grup WhatsApp famili, hal kerja dan kawan-kawan.”Suami saya ada satu grup dengan kawan-kawan. Sakit hati saya baca apa yang mereka sembang.”Banyak sembang pasal perempuan lain. Kongsi video tak elok,”

Tambah wanita tu lagi, rakan suaminya memberi penjelasan bahawa aktiviti itu merupakan satu perkara normal dalam kalangan lelaki.Malah, mereka turut bertindak membuat satu lagi grup WhatsApp lain dengan tujuan sama, dedah wanita itu lagi.”Boleh pula kawan suami saya kata normal hal macam tu dalam grup WhatsApp lelaki.”Tak payah ambil tahu sangat katanya. Tak lama lepas tu mereka buat grup lain. Sembang pasal hal itu juga.

“Saya diam-diam buang suami daripada grup itu. Tadi saya pandang telefon suami saya, Allahu luruh hati saya.”Saya kecewa sangat. Menangis saya. Grup WhatsApp tu ada lagi dalam telefon suami saya. Saya dah buntu nak tolong suami saya,” katanya.Posting paparan skrin luahan hati wanita itu turut dikongsi ke Twitter sehingga meraih ribuan ulang kicau (Retweet).

Kebanyakan pengguna Twitter juga mengkritik tindakan kumpulan lelaki yang disifatkan tak bermoral dan seolah olah kurang didikan agama”Macam manalah nak didik isteri dan anak kalau pemimpin keluarga pun macam ni.”Bila benda dah jadi budaya memang sangat susah nak putuskan rantai itu.”Aku pun pelik. Memang wujud orang yang macam ni. Banyak lagi benda lain kau boleh sembang,” tulis seorang warganet .Sesungguhnya di bulan Ramadan yang mulia ini umat Islam seharusnya mengejar amalan baik untuk menambah keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Oleh itu, sebaikya ketua keluarga menjadi contoh terbaik untuk isteri dan anak-anak dengan sama-sama berpuasa, iftar sekeluarga serta bertarawih secara berjemaah.

Mata Terpejam Tapi Mulutnya Seperti Senyum. Wanita Ini Berkongsi Kenangan Terakhir Bersama Suaminya Sebelum Suami Pergi Buat Selamanya

Walaupun hiba, Nadia (Tiktok: nurulnadia6678) sangat bersyukur kerana Allah menghadirkan anak lelakinya iaitu Tasnif yang memiliki wajah dan sifat yang sama seperti suaminya yang sudah tiada. Sesungguhnya pada tanggal 27 Disember 2019, tarikh ini tak akan dilupakan oleh wanita ini. Kerana semasa itulah suami kesayangannya, Mohamad Tarmidzi hembuskan nafas terakhir tinggalkan dirinya bersama seorang anak lelaki kecil

Siapa sangka empat tahun melayari kehidupan berumah tangga,mengejutkan sekalilelaki yang dikenali sejak enam tahun lalu pergi lebih awal kerana dijemput Ilahi. Menerusi perkongsian beberapa video di aplikasi TikTok, termasuklah yang memaparkan kenangan bersama suaminya serta ketabahannya membesarkan anak tunggal, Mohamad Tasnif Naim yang berusia dua tahun setengah cukup membuatkan netizen tersentuh hati.

Wanita yang dikenali sebagai Nadia itu berkata, sungguhpun peristiwa duka itu telah lebih setahun berlalu, namun segala-galanya masih dapat diingati dengan jelas.”Saya kira suami dah mula bagi ‘hint’ tiga bulan sebelum dia pergi. Suami ada sakit kencing manis dan selepas kami dapat anak, masalah kesihatannya sedikit ketara.”Tiga bulan sebelum dia pergi, dia rajin ajak saya bersembang dan pillow talk. Dia kata Tasnif adalah harta yang dia tinggalkan untuk saya. Kemudian dia pesan jaga anak elok-elok kalau dia tak ada. Saya marahlah sebab dia cakap bukan-bukan,” kata wanita berusia 25 tahun ini.

Kata Nadia lagi, ketika mereka sekeluarga sempat meluangkan masa pulang ke kampung sebelah suaminya di Johor, dia sekali lagi berkelakuan sedikit aneh.”Memang dia happy sangat dapat balik kampung. Kebetulan rezeki kami, abang ipar hadiahkan pakej penginapan. Ada sekali tu, dia request minta saya tangkap gambar dia seorang sambil merenung langit. Saya ikutkan saja.”Selepas habis bercuti di Johor, saya demam panas. Sebaik sahaja saya sihat, anak pula diserang demam. Dua hari sebelum dia hembuskan nafas, dia minta saya hantarnya ke tempat kerja.

“Saya sempat singgah beli sarapan. Dia minta bungkus mihun. Bila saya beri padanya, tiba-tiba dia ubah fikiran nak nasi lemak pula. Saya dan ibu saling berpandangan sebab pelik tapi tak fikir yang bukan-bukan,” katanya yang menetap di Kuantan, Pahang.Sehari sebelum dia pergi, menurut Nadia, suaminya mengadu kurang sihat namun sempat membelikannya barang yang sekian lama menjadi idamannya.

“Dia pegang tangan saya dan tanya saya teringin nak beli apa. Saya beritahu dah lama teringin beli beg make-up jurusolek terkenal, Datuk Alha sebab saya jurusolek sambilan.”Dia beritahu, dia lega dapat belikan sesuatu untuk ditinggalkan kepada saya. Dia juga lega sebab saya ada kemahiran dan boleh berdikari,” cerita Nadia.Pada pagi tanggal 27 Disember, Nadia berkata suaminya meminta agar dia mengambil cuti dan menemaninya pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Masa saya nak bersiap-siap, dia kata nak baring kejap. Ibu pun ada di rumah waktu tu. Tapi belum sempat bersiap, saya nampak keadaannya pelik. Saya panggil, dia masih menyahut perlahan, mata terpejam tapi mulutnya seperti senyum.”Ingat dia bergurau. Saya panggil lagi, macam tu juga keadaanya. Saya blur, panggil ibu dan ajarnya mengucap. Tangannya dan mula sejuk. Saya berlari keluar panggil jiran. Jiran tolong buat CPR sementara ambulans sampai.

“Tapi tiada respon. Dia dikejarkan ke bahagian kecemasan dan tak lama lepas tu, doktor sahkan suami tak dapat diselamatkan. Rasa sedih teramat lagi. Tapi saya reda… dia pergi sangat mudah, pagi Jumaat pula,” katanya lagi.Menurut Nadia, suaminya hembuskan nafas kerana sakit jantung, implikasi daripada sakit kencing manis yang dihidapinya.

Enam tahun mengenali hati budi masing-masing, Nadia menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang terlalu baik.”Suami sangat penyabar, tak kedekut, tak suka berkata buruk tentang orang lain. Saya bertuah kerana dipinjamkan lelaki sebaik dia. Walaupun Allah ambil dia, namun gantikan dengan seseorang yang mirip dia.”Muka dan perangai Tasnif, sebiji macam daddy dia. Dialah kekuatan saya. Saya akan pegang amanah suami untuk jaga anak kami elok-elok.

“Saya tak sangka pun video dekat TikTok tu tular. Saya sekadar nak luahkan rasa rindu pada suami. Terharu sangat bila dapat komen-komen positif malah ada yang mendoakan suami. Terima kasih sangat.”Mungkin ada yang sama macam saya, terasa perit apabila kehilangan orang tersayang. Tapi saya bersyukur sangat dikelilingi orang yang baik. Apa yang boleh saya kongsikan, hargailah insan tersayang sebelum kehilangannya,” katanya lagi.

Dikatakan Mahu Kahwin Cepat Sebab Suami Poket Tebal. Wanita Ini Dedah Di Sebalik Perkenalan Dia Dan Suami

Bak kata orang kalau dah jodoh tak ke mana, demikianlah pepatah yang sesuai buat pasangan yang tular di media sosial baru baru ini. Difahamkan seorang wanita ini pada mulanya tak pernah mengimpikan perkenalannya dengan seorang lelaki berakhir ke jinjang pelamin sebagai suami isteri. Jelasnya “I kenal my husband tiga bulan terus dia datang merisik dan beberapa bulan kemudian kami nikah.

“Betullah orang cakap, apabila tiba masanya pada masa yang tepat, semuanya dipermudahkan,” luahnya di laman Twitter.Wanita bertuah itu, Yusra Yusof berkata, dia mendirikan rumah tangga pada 6 Mac bersama jejaka pilihan yang merupakan seniornya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor. Menarik sekali, mereka tidak pernah berjumpa atau mengenali secara dekat sepanjang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah selama kira-kira tiga tahun sehingga 2016.

Kongsinya lagi”Kami kemudian mengikuti akaun Instagram masing-masing tapi masih tidak kenal secara peribadi, apatah lagi berjumpa. Kami mula mengenali dan berbalas mesej semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang pertama, tahun lalu.”Dalam bulan pertama berkenalan, dia (kini suami) ajak saya untuk berjumpa sebelum kami mengenali hati budi masing-masing,” kata wanita berusia 29 tahun

Kata Yusra yang bekerja sebagai perancang bandar, perkenalan mereka memasuki bulan ketiga pada Ogos lalu, suaminya ada memasang hasrat untuk jumpa keluarganya.”Satu hari dia nak cakap nak jumpa keluarga saya. Tapi daripada jumpa saja, lebih baik terus hantar cincin untuk merisik kata keluarganya.”Saya kemudian bincang dengan keluarga saya. Pada mulanya keluarga terkejut sebab tak tahu apa-apa, namun mereka kemudian terima dengan hati yang terbuka.

“Saya sendiri tak jangka rombongan merisik sebab kami tak pernah bincang pasal kahwin. Tapi dia ada kata kalau dia sudah bersedia untuk kahwin, dia beritahu dan itulah rombongannya,” ujarnya berasal dari Temerloh, Pahang.Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, dirinya bersedia memandangkan suaminya berpewatakan bijak, matang, bertanggungjawab dan ada kalanya romantik.

“Sepanjang perkenalan kami sebelum merisik dan perhubungan kami sehingga bernikah, syukur alhamdulillah tak ada sebarang masalah. Segala urusan dipermudahkan.”Ada yang kata terlalu singkat perkenalan kami untuk fikir pasal kahwin. Ini bukan pasal kejap atau lama, tapi kami berdua sudah bersedia untuk kahwin,” katanya sambil menambah suaminya berusia 30 tahun.

Yusra sempat juga berkongsi, kisah perkahwinannya yang tular itu turut menerima kritikan warganet di media sosial, antaranya suaminya dikatakan orang kaya.”Ada yang kata dapat laki poket tebal bolehlah kahwin cepat. Suami saya bukan daripada keluarga berada, dia sendiri bekerja pegawai kanan di sektor awam, dia bukan orang kaya.”Ada yang kata bolehlah kahwin cepat sebab pihak perempuan letak wang hantaran sikit saja. Sebenarnya wang hantaran adalah lima angka, tapi isunya bukan dari segi nilai atau kos.”Kami bernikah di pejabat agama saja. Majlis sanding dilakukan secara sederhana hanya untuk keluarga dan rakan terdekat, jadi tempoh lebih enam bulan dapatlah kami buat simpanan sedikit demi sedikit. Apa yang penting kami sudah bersedia,” katanya.

Isteri Buat Panggilan Banyak Kali Bila Rumah Mereka Dijilat Api. Suami Biarkan Je Tapi Tak Sangka Doa Isteri Dia Termakbul

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buat pengetahuan semua saya sudah 16 tahun berkahwin dan ada tiga orang anak. Saya dengan suami sebaya dan berkahwin di usia muda sekitar umur 21 tahun. Habis je SPM,saya terus sambung belajar,manakala suami terus bekerja. Mak mentua semua yang beria mahu kami kahwin awal. Maklumlah benda baik kena percepatkan. Belum lagi habis belajar,saya dah kahwin. Masa awal perkahwinan itu kami berdua PJJ selama setahun.

Selepas tamat pengajian,alhamdulillah saya berjaya melahirkan anak sulung. Syukur Allah permudahkan urusan saya. Usai saja berpantang,saya ditawarkan pula kerja di bandar yang tidak jauh dari kampung. Alhamdulilah rezeki anak.Ketika itu,kami hanya menyewa sebuah rumah kampung sahaja. Tak lama lepastu,ujian pertama dalam perkahwinan, suami dah pandai balik lewat setiap hari. Dalam hati ni dah syak macam macam.Makin lama biar,makin teruk jadinya

Yang paling membuatkan saya rasa geram, rumah saya dijilat api dan puas saya menelefon dia, tak dijawab. Mujurlah pada waktu itu ada jiran-jiran yang baik membantu. Dah tengah malam, barulah dia pulang. Masa itu dia memang menyesal sebab tak jawab panggilan saya (waktu itu saya guna telefon jiran, telefon bimbit tak ada line dan tak dapat nak hantar SMS).

Selepas kejadian itu, saya terpaksa menumpang di rumah mak saya. Tetapi suami masih lagi buat perangai. Jam 2-3 pagi baru pulang ke rumah. Saya malu dengan keluarga saya sebab mereka sudah mula ‘bersuara’ Akhirnya saya tak tahan dan berdoa. “Ya Allah, kalaulah suami aku kh1anati aku, menduakan aku, biarlah malam ini dia terlibat kejadian yang tidak diingini”

Masa itu saya dah geram sangat dan mendoakan suami ditimpa kejadian yang tidak diingini. Selepas tersedar, saya istighfar semula. Mungkin doa saya, doa hamba yang teran1aya agaknya, Allah makbulkan doa saya. Dalam jam 5 pagi, saya terdengar bunyi kereta di luar rumah tetapi bukan kereta dia. Bila saya buka pintu, tengok suami dengan kesan dan luka sepanjang satu inci di kepala. Katanya terlibat kejadian yang tidak diingini lnggar bab1.

Mengucap saya pada waktu itu dan terdetik dalam hati, “Allah perkenakan doa aku?”, menjadikan hati saya kuat mengatakan dia memang ada melakukan sesuatu di belakang saya. Tetapi saya bersabar dan tidak mahu berbalah di rumah mak saya.Tidak lama selepas itu, kami berpindah ke rumah lain. Masa itu saya mula siasat. Saya perasan dia selalu menyorokkan telefon bimbitnya. Suatu pagi, sewaktu dia sedang mandi, saya mencari telefonnya.

Bila terjumpa, saya terus buka telefon itu dan mendapati ada mesej dari perempuan yang ‘ber’abang-abang’ dengannya. Saya tunggu dia di pintu bilik. Selesai saja dia mandi, saya tanya dia siapa perempuan yang dia sms itu? Dia diam. Saya lmpar telefon itu ke dinding, hncur! Sebelum itu saya dah salin siap-siap nombor telefon perempuan itu. Suami saya merayu-rayu dan menangis takkan buat lagi. Dia merayu agar saya tidak tinggalkan dia.

Saya pergi kerja seperti biasa.Sampai di pejabat, saya menghubungi perempuan itu dan ceritakan hal sebenar dan ajak dia berjumpa. Perempuan itu kata, dia tidak tahu yang suami saya sudah berkahwin.Suami saya selalu balik lambat sebab keluar dengan dia sehingga larut malam. Perempuan itu berjanji yang dia tidak akan kacau suami saya lagi.

Tetapi saya tak bod0h.Keesokannya saya pergi mengintip dia di tempat kerja dan ternyata mereka masih berjumpa lagi. Masa itu saya tak ada kereta dan saya mengekori mereka menggunakan teksi.Rupa-rupanya mereka pergi makan tengah hari bersama. Memang saya geram pada waktu itu dan trjah mereka yang sedang makan. Air sirap di atas meja, saya simbh atas muka suami dan perempuan itu.

Dengan nada lembut dan manja, saya kata, “Abang, sila pilih saya atau perempuan ini?”Suami bangun dan kata pilih saya.“Kenapa ganggu suami saya lagi?” soal saya pada perempuan itu.“Sebab tak boleh nak lupakan dia,” jawabnya.“Lepas ni kau jaga, aku akan upah seorang perempuan untuk kacau ayah kau. Aku tak boleh buat engkau, aku akan buat pada keluarga engkau. Aku dah siasat dan aku tahu semua pasal engkau, mak ayah engkau, adik beradik engkau (sedangkan saya tak tahu apa-apa pun, grtak saja lebih),” kata saya sebelum beredar dari situ dan suami mengekori dari belakang.

Selepas kejadian itu, suami saya jadi lelaki mithali untuk beberapa bulan. Saya pula mengandung anak kedua dengan harapan bila bertambah anak, suami akan lebih bertanggungjawab.Lahir saya anak kedua, sekali lagi suami buat perangai dengan budak perempuan berhampiran dengan rumah sewa kami. Suami siap hantar dia pergi kerja bagai.

Sekali lagi saya kumpul bukti dan bila bukti sudah mencukupi, terus pergi s3rang. Kali ini saya b elasah kedua-duanya sekali.Perempuan itu tahu suami saya sudah berkahwin dan ada anak, tetapi gatal juga nak melayan. Hati saya sudah mula tawar, tetapi masa itu saya muda dan takut kalau berpisah, mesti keluarga akan salahkan saya.Tetapi hati saya berdndam dengan suami dan mulai dari hari itu, saya tidak bertolak ansur dah dengan suami. Gaji saya, saya gunakan sepenuhnya untuk saya.

Saya tak bayar ansuran kereta sebab kereta atas nama dia. Saya beli makanan untuk saya dan anak-anak sahaja. Gaji saya dij0li bersama dengan anak-anak. Akhirnya kereta dia ditarik, saya buat tak tahu saja.Maka dia pun pergi kerja jalan kaki. Kawan-kawan dulu semua menghilangkan diri. Keperluan anak, 100% saya minta dari dia. Susu anak tak ada, saya minta dia pergi belikan.

“Nak pergi dengan apa? Kereta tak ada. Tunggu balik kerja esok, saya belikan,” katanya.“Pergilah jalan kaki! Anak nak susu, tak boleh tunggu esok!” balas saya.Tidak lama selepas itu, suami naik pangkat dan gaji pun naik.Suami sambung bayar kereta kawan dia, Proton Iswara. Bila dah ada kereta, dia beli pula telefon baru. Dia terlupa yang dia masih dalam pemerhatian saya lagi.

Dan sekali lagi dia buat perangai. suami saya yang gatal sebenarnya, sibuk bermesej dengan perempuan lain.Bila dia kantoi, sekali lagi telefonnya menjadi sasaran,pcah telefon itu saya kerjakan.“Siapa perempuan itu?!” soal saya tanpa dijawabnya.Memang masa itu saya naik angin dan saya kejar dia dengan p1sau pemotong daging. Mujur dia sempat masuk bilik dan kunci pintu.

Selepas peristiwa itu, saya memang berdndam dengan dia.Hidup dia pun kucar-kacir sampai kena buang kerja sebab selalu datang lambat. Sejak kes itu, saya memang abaikan dia walaupun serumah.Saya siap pergi kerja, di saya tak pedulikan langsung. Anak-anak saya tinggalkan dengan dia. Pandai-pandailah dia nak uruskan. Sebab itu dia selalu lambat pergi kerja.

Selepas dia dibuang kerja, kereta tak mampu bayar dan diambil oleh kawannya semula.Saya memang tak tolong. Masa itu saya tak ada kerja lagi, saya pergi kerja naik bas atau teksi. Saya rela susah naik bas dari beli kereta sebab saya tahu kalau saya beli kereta, mesti dia yang akan tumpang senang.

Setiap malam saya akan terbayangkan suami menduakan saya. Hati rasa macam terbakr. Waktu itu saya tak boleh tengok muka dia, geram sangat. Saya nak dia rasa macam mana saya rasa. Keesokkannya sebelum balik kerja, saya pergi ke bandar belikan sebuah telefon yang paling murah dan kad sim baru.

Saya guna nombor baru itu untuk sms ke nombor saya kononnya ada orang lain yang hantar pada saya. Sengaja saya simpan semua sms cintan-cintun dalam telefon itu. Dua tiga minggu itu saya asyik dengan telefon, tak berenggang dengan telefon. Sebenarnya waktu itu, tak ada apa-apa pun tetapi saya sengaja berlakon supaya dia curiga. Memang dia nampak curiga sebab dia dah mula tegur saya bermesej dengan siapa.

Dah banyak mesej romantik dalam telefon saya dan saya tinggalkan telefon di rumah sewaktu saya pergi kerja. Telefon baru itu memang ada dengan saya.Tengah hari itu, dia menghubungi nombor baru, saya cuma tersenyum dan biarkan panggilan itu tanpa dijawab. Banyak kali dia menghubungi nombor baru ini, tetapi saya tak jawab sehinggalah dia menghantar sms,

“Kau sape? Kenapa ganggu isteri aku?! Jawab call aku!”Saya rasa puas hati, saya nak dia rasa apa yang saya rasa. Biarpun terpaksa berlakon. Tidak lama selepas itu, dia datang ke pejabat saya dengan kereta kawannya. Dia bawa saya pergi makan dan tanya siapa lelaki yang sms saya itu. Saya hanya ketawa dan tanya dia,

“Pedih tak, bang?”Saya tinggalkan dia dan terus balik ke pejabat.Sejak dari itu suami berubah. Setahun saya ambil masa untuk ikhlaskan hati untuk menerima dia. Tiap-tiap malam saya terbayangkan semua perkara yang dia sudah buat pada saya. Kesusahan dan keperitan saya pada waktu itu sukar saya nak gambarkan dengan perkataan.

Akhirnya saya terima dia, saya mohon ampun pada dia, cium tangan dia.Saya tahu saya pun banyak buat salah dan kadang-kadang tak dapat menahan marah bila tahu dia buat macam tu kat saya. Suami menangis teruk waktu itu, dia beritahu saya yang dia sudah rasa apa yang saya rasa dan dia menyesal. “Ini peluang terakhir saya beri pada abang. Abang berubahlah betul-betul,” kata saya pada dia.

Alhamdulillah, suami pun sudah berubah. Sekarang dia pun sudah berniaga sendiri. Pernah sekali gulung tikar, tiga tahun kemudian kami cuba lagi. Alhamdulillah, rezeki Allah. Anak pun dah bertambah seorang lagi. Kami pun dah semakin matang, ada berbalah sekali sekali tetapi bukan disebabkan orang ketiga.

Semua perniagaan dia saya yang uruskan.Dia jadikan saya orang terpenting dalam hidup dia dan saya pun jadikan dia orang yang terpenting dalam hidup saya. Apa-apa saja perkara, kami akan maklumkan walaupun perkara kecil.Dugaan semalam walaupun pedih, mengajar kami banyak perkara. Banyak yang kami sudah tempuh. Yang akan datang, kami memohon pada Allah kuatkan hati kami untuk menempuhi segalanya bersama-sama.

Sekarang suami banyak masa di rumah.Cuma saya kadang-kadang bosan bila dia di rumah sebab suami sekarang dah dapat hobi baru, membebel. Meningkat usia ini jadi kaki bebel pula. Tetapi saya terima daripada jadi kaki perempuan.10 kali saya lebih rela suami jadi kaki bebel seperti sekarang.Doakan kami berkekalan ke jannah. InshaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Jadikan Allah utama dalam hidup kita. InshaAllah kita akan kuat berdepan ujian Allah.