Kini giliran Hafiz Mahamad pula tampil buka cerita isu UEL. Sekali Hafiz Mahamad dedah sesuatu tentang mereka.

Terkini Viral

Enggan menyebelahi mana-mana pihak, personaliti media sosial dan usahawan Hafiz Mahamad sebaliknya berkongsi beberapa kebaikan Ustaz Ebit Lew (UEL), Caprice dan Nadir Al-Nuri. Menurut Hafiz, ketiga-tiga mereka ini merupakan insan yang hebat dan banyak membantunya satu ketika dulu.

“Banyak sangat kebaikan mereka buat. Hebat dan kuat sangat mereka jalankan tanggungjawab. Ramai orang dibantu daripada usaha mereka sebelum ni termasuklah diri saya sendiri. Jom kita melihat kebaikan mereka Ustaz Ebit Lew pernah bantu team saya di Perak, team saya kehilangan suami dan dua orang anak disebabkan kejadian yang tak diingini. Terhutang budi saya dekat ustaz,” katanya.

Jelasnya, Caprice pula antara sahabat yang saya dapatkan nasihat satu ketika dulu. “Sedikit sebanyak apa saya ada hari ini saya gunakan nasihatnya. Nadir pula ya Allah, besar usaha dia untuk bumi Plst1n. Kuat sangat dia untuk menetap disana bantu saudara kita di bumi Allah. PA Ustaz Ebit Lew saya tengok live dia, hebat dia. Dah bertahun kerja dengan ustaz, pasti banyak ilmu dia dan satu hari nanti kita dapat rasa manfaat dari ilmu dia,” katanya.

Tambahnya, sekiranya kita ingat kebaikan mereka dan insya-Allah kita elak perasaan yang bukan-bukan. “1000 kebaikan akan hilang disebabkan satu keburukan/kesalahan. Untuk Allah, 1000 kesalahan boleh diampun disebabkan satu kebaikan. Kita ingat kebaikan kebaikan mereka. Satu hari nanti kalau ada ahli keluarga, sahabat kita yang susah & kita terlepas pandang. InsyaAllah mungkin mereka yg di atas ni akan hadir untuk membantu. Kita support dan doakan mereka selalu,” katanya.

Sekadar info, sebelum ini nama Caprice menjadi kontroversi selepas memuat naik beberapa hantaran di Instagram (IG), meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak dibenarkan masuk ke Gz4. Isu menjadi semakin panas apabila nama Ebit Lew turut disebut dan warganet mengkritik tindakan tersebut sehingga mendkwa Caprice berdngk1 dengan penceramah bebas tersebut.

Rakyat Malaysia yang tinggal di Gz4, Nadir Al-Nuri kemudian menjadi tumpuan apabila memberi teguran mengenai misi kemanusiaan Ebit Lew dan pasukannya di Gz4. Antara yang disentuh dalam teguran tersebut adalah mengenai cara pembelian barang bantuan dan mendkwa pihak Ebit membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruskan kemasukan ke Gz4 tanpa menggunakan khidmat NGO tempatan di negara tersebut.

“Cemburunya saya dengan Ebit Lew” – Nabil

Pengacara popular, Nabil Ahmad antara yang terkesan dengan penjelasan pendkwah bebas, Ebit Lew berhubung beberapa dkwaan menerusi sesi siaran langsung di Instagram. Dalam ruangan komen, Nabil meluahkan rasa cemburu melihat Ebit yang dianggap sebagai individu yang benar-benar dijaga Tuhan walaupun terpaksa menempuh pelbagai ujian dan tohmahan.

“Allah betul-betul cuci dosa-dosa ustaz. Sebab dalam usaha yang ustaz buat, tiba-tiba ditohmah dengan pelbagai fitnah. Cemburunya saya dengan ustaz,” tulis Nabil. Selain Nabil, sesi siaran langsung itu yang mendapat tontonan hampir 300,000 itu juga mendapat perhatian beberapa rakan artis lain antaranya Neelofa, Sheery Ibrahim dan Datin Fouziah Gaos. “MasyaAllah, mana ada manusia yang sanggup keluar duit sendiri dan tak putus-putus tolong orang. Janji Allah tak akan miskinkan orang yang selalu menolong. Inilah buktinya,” komen Fouziah.

Sumber : Trending Sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.