Jari sampai kering gara gara hand sanitizer. Sekali Hafizul Kamal dan anak 4 tahun disahkan positif CovdI9.

Artis Viral

Hanya Hafizul dan anak sulungnya dijangkiti virus CvdI9. Pelakon filem Paskal Hafizul Kamal berkongsi berita sedih apabila dia dan anak sulungnya Raisya Amanda yang berusia empat tahun disahkan positif CvdI9. Hafizul atau nama sebenarnya Hafizul Ahmad Kamal, 36, berkata, dia mula berasa kurang sihat dan hilang deria bau sejak empat hari lalu. Lebih membimbangkan paras oksigen anaknya mula menurun ke 94 peratus membuatkan dia mengambil keputusan untuk ke hospital.

“Saya dan anak disahkan positif pada Ahad. Tapi deria bau mula menghilang sejak empat hari lalu. Ingatkan selsema biasa tapi tak ada pula hidung berair. Ikutkan saya ada buat ujian kit CvdI9 dan keputusan negatif dan sentiasa periksa keadaan kadar oksigen anak-anak juga. Bila periksa kadar oksigen Raisya turun ke 94 peratus dan terus bawa dia buat pemeriksaan. Buat masa sekarang saya dan Raisya kuarantin dalam bilik di rumah kami,” kata Hafizul.

Ikutkan kalau saya keluar pun memang berjaga-jaga sangat.

Hafizul memberitahu keputusan ujian calitan isterinya, Nurul Fariza Ibrahim dan anak kedua mereka, Sara Erina negatif. Tidak pasti daripada mana punca jangkitan, Hafizul berkata, dia seorang yang sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga setiap kali keluar rumah. Namun dia reda dan mengambil perkara yang berlaku itu sebagai satu ujian buat dirinya dan keluarga.

Isteri dan anak bongsu Hafizul tidak dijangkiti Covid.

“Saya tak pasti dijangkiti dari mana… sebab sebelum ini saya ada jaga ibu demam empat hari. Tapi hari keenam badan saya jadi dedar. Tapi suhu badan saya tak pernah lebih dari 36 darjah celcius. Ikutkan kalau saya keluar pun memang berjaga-jaga sangat. Jari-jemari saya sampai jadi kering dan pecah sebab sentiasa menggunakan hand sanitizer. Tapi tak apa la, dah takdir,” ujarnya. Untuk rekod, pelakon Hafizul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Fariza pada 13 Februari 2016. Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.