Tiada pembantu rumah. Terkejut rupanya Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bahagi kan kerja rumah sama rata bila dah tiada pembantu rumah ni.

Artis

Pelakon terkenal Hairul Azreen mendedahkan dirinya dan isteri, pengacara Hanis Zalikha tidak mempunyai pembantu rumah atau ‘maid’ di rumah mereka. Menerusi perkongsian di Insta Story miliknya, pemilik nama Hairul Azreen Idris itu berkata mereka berdua bekerjasama dan membahagikan tugasan kerja rumah.

“Habis training mesti korang ingat saya rehat kan? Tidak saya kena kemas rumah. Sebab kami tak ada pembantu/maid, sekali je seumur hidup saya ada pembantu itu pun dah balik for good,” tulisnya. Dalam beberapa ‘posting’ lain pula, bintang filem Paskal itu menunjukkan gambar sinki yang dipenuhi dengan pinggan mangkuk yang masih belum dicuci.

“Kalau ada pembantu rumah, takkan jadi macam ni. Walaupun beras saya beli hahah tapi cuci pinggan vakum karpet & sapu satu rumah tu kerja saya. “Kami bahagi tugas masing2, Keknis dia cuci baju lipat kain semualah, saya mandikan Yusuf, Keknis mandikan Alisa,” tulisnya.

Menurut pelakon berusia 33 tahun berkenaan, disebabkan mereka tidak menggaji pembantu rumah segala kerja menguruskan rumah dan anak haruslah dibahagikan sama rata antara satu sama lain. Wah, bagus sungguh strategi Hairul dan Hanis! Masing-masing bekerjasama, barulah rumah tangga harmoni sentiasa.

Untuk rekod, Hairul berkahwin dengan pelakon, pengacara dan penulis blog Hanis Zalikha pada 8 Jun 2015 lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Yusuf Iskandar dan seorang anak perempuan diberi nama Alisa.

Sumber: Instagram Hairul Azreen