Tidak akan sewenang wenang minta mainan baru. Hanis Zalikha ajar anak berjimat.

Artis Hiburan inspirasi Kehidupan keluarga Tips

Lambakan mainan di pasaran memudahkan ibu bapa untuk membeli. Daripada sekecil-kecil saiz, sehingga sebesar-besarnya, ada sahaja yang dibawa pulang.

Perlu atau tidak ibu bapa menyediakan mainan yang banyak kepada anak-anak? Persoalan itu sering timbul terutama kepada ibu bapa muda yang baru memiliki cahaya mata, mungkin kerana perasaan kasihan atau terlalu teruja menjadikan mereka memanjakan anak dengan membelikan pelbagai jenis mainan hingga akhirnya memenuhi setiap sudut kediaman.

Bagi selebriti popular Hanis Zalikha, dia mempunyai peraturan sendiri ketika membeli mainan baharu buat dua anaknya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Hanis Zalikha  mendidik anak-anaknya ‘melepaskan’ secara sukarela dengan menderma makanan lama jika sudah mempunyai mainan yang baharu.

Setiap kali mempunyai mainan yang baharu, mainan lama akan diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Bagi Hanis, peraturan ini digunakan untuk mengelakkan situasi mainan terlampau banyak.

“Apabila  terlampau banyak mainan, proses untuk mengemas pun akan jadi lebih sukar. Bukan itu sahaja, bila sudah mendidik anak untuk menderma mainan yang lama apabila sudah mempunyai mainan yang baru, ini dapat melatih anak-anak supaya lebih peka dalam pemilihan jenis barang.

“Selain itu, mereka tidak akan sewenang-wenangnya meminta mainan yang baharu kerana mungkin mainan kegemaran mereka akan diberikan kepada orang lain,” katanya.

Tidak ketinggalan, Hanis turut membiarkan anak-anaknya memilih jenis mainan yang ingin mereka berikan kepada orang lain. Teknik ini melatih anak-anak supaya dapat membuat sesuatu keputusan berdasarkan apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka. Ini juga menjadikan mereka mempunyai tanggapan bahawa pendapat mereka dihargai daripada kecil hingga dewasa kelak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.