Gadis hasilkan blazer mengikut cuaca di Malaysia. Sekali ramai yang terkejut bila tahu asal kain blazer tersebut.

Viral

Siapa sangka kain pelikat yang selalu dipakai ayah-ayah kita pergi masjid boleh dijadikan sebagai outfit yang gempak selain dijadikan kain lap. Dalam perkongsian @brbsewing, dia telah memuat naik satu video di Tiktoknya yang menunjukkan proses bagaimana dia hasilkan blazer yang cantik daripada kain pelikat.

“Biar betul!”

Cantikkan blazer tu! Gadis yang merupakan cikgu jahit itu telah menghasilkan blazer tersebut dengan hasil tangannya sendiri. Kain pelikat sangat sesuai untuk dipakai dan digayakan dengan keadaan cuaca di Malaysia yang agak panas kerana kain tersebut nipis selain mempunyai corak yang menarik. Daripada kain tersebut, gadis itu telah mengaplikasikan bakatnya dengan keadaan kain itu untuk dijadikan blazer yang tak ramai orang akan terfikir untuk buat. Bukan semua orang ada idea macam dia ni.

“Banyaknya demand”

Video pendek yang mendapat hampir setengah juta tontonan di Tiktok ini telah menarik minat warganet untuk membeli blazer itu termasuklah instafamous Malaysia, Azfar Heri. Azfar yang terkenal dengan video lawak dan fesyen yang rare tertarik untuk membeli kerana pakaian tersebut jarang dijumpainya. Ada juga warganet yang sanggup untuk berguru dengan gadis tersebut kerana hasil tangannya dalam jahitan sangat kemas dan halus.

Gadis tersebut berkata blazer daripada kain pelikat tersebut tidak akan dijualnya kerana dia sebuk dengan kelas online. Dia juga berkata sesiapa yang ingin belajar menjahit dengannya, pergi ke website makershabitat untuk pendaftaran. Bestnya ada bakat macam ni, boleh la tiap hari bergaya dengan fesyen lain-lain. Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.