Ifa Raziah kongsi gambar sambutan hari lahir. Tapi kek duit lima tingkat jadi perhatian warganet.

Hiburan Kehidupan Selebriti

Keunikan kek hari lahir penyanyi dan pelakon Ifa Raziah, menjadi perhatian warganet.‘Kek Duit’ yang dihiasi buah strawberi segar itu turut disusun wang kertas RM1 setinggi lima tingkat.

Menurut Ifa, kek tersebut merupakan hadiah hari lahir daripada suami tercinta yang turut memberikan dua utas rantai emas.Ifa Raziah ketika dihubungi Gempak bagaimanapun tidak merahsiakan jumlah wang pada ‘Kek Duit’ tersebut.

“Kek duit itu hadiah daripada suami. Setiap tingkat disusun wang RM1 berjumlah RM1 ribu.Selain kek, suami turut menghadiahkan dua utas gelang tangan.

“Alhamdulillah, walaupun tidak ada beg tangan LV pada tahun ini, tetapi ingatan itu yang paling penting,” katanya.

Tambah Ifa, tahun ini ulangtahun kelahirannya disambut secara sederhana dengan jumlah kehadiran yang terhad.

“Kalau tahun-tahun sebelum ini Ifa Raziah akan membuat sambutan hari lahir yang ‘grand’ tetapi tidak untuk 2021.“Kali ini sambutan hanya di rumah dengan tetamu yang hadir pun terhad.

Hanya beberapa teman rapat sahaja.“Lagi pula, tahun ini kan kami berpindah rumah banyak juga pakai duit”, katanya.Dalam perkembangan lain, Ifa turut berkongsi perkembangan mengenai Star Vendors.

“Setakat ini proses pemulangan wang bagi bayaran sewaan tapak kepada vendors sudah selesai.“Kira-kira RM500,000 semuanya,” katanya yang yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors Sdn. Bhd.-Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.