Kali ni Irwansyah pula sahkan dirinya positif covid 19. Rupanya ini yang terjadi sampai dia disahkan positif.

Berita

Pelakon dan penyanyi Indonesia, Irwansyah, 36, memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 menerusi perkongsian video di akaun YouTube, The Sungkars Family semalam. Waktu sama, pelantun lagu Pencinta Wanita itu menyatakan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang simptom kronik wabak itu.

“Saya telah disahkan positif, tapi Alhamdulillah masih dapat dikawal,” umum Irwan usai dua kali melakukan ujian pengesanan Covid-19. Suami kepada Zaskia Sungkar itu kini menjalani kuarantin di bilik anaknya, Ukkasya Muhammad Syahki yang dilahirkan pada 30 Mac lalu.

“Sedih kerana terpisah sementara waktu dengan anak dan isteri. Kami berkomunikasi melalui panggilan video,” luahnya yang masih berada dalam kondisi tanpa bergejala. Menjalani Perintah Berkurung kendiri selama dua minggu tanpa tinggalkan kediaman, Irwan menjelaskan jangkitan itu disebarkan daripada adiknya.

Kita sudah dua minggu lebih tak keluar rumah sebab penuhi waktu terluang buat video log (vlog) sampai habis idea,” tambahnya. Dalam video sama, Zaskia membuat perkongsian disahkan negatif Covid-19.“Saya rasa bersyukur kerana tidak dijangkiti.

Bimbang kalau saya juga positif, siapa yang akan jaga Ukkasya nanti,” tuturnya. Ayah Irwan, Umar Efendi, pergi menghadap illahi pada 8 Julai lalu 2021 akibat virus tersebut.Sebelum ini, beberapa selebriti dari negara seberang itu juga disahkan positif Covid-19 antaranya Bunga Citra Lestari, Ashanty, Rossa dan Afgan.