Kelahiran istimewa dan bermakna . 10 tahun tunggu isteri Azmi Caliph Buskers selamat bersalin.

Artis Baby Kehidupan Kisah Rumah Tangga Perkahwinan Selebriti

Penantian selama 10 tahun untuk menimang cahaya mata berakhir apabila penyanyi yang terkenal dengan lagu Hanya NamaMu, Azmi Saat selamat menimang cahaya mata lelaki di sebuah hospital swasta pagi tadi (27 September).

Menerusi perkongsian di laman Instagram, ahli kumpulan Caliph Buskers itu meluahkan rasa syukur apabila proses bersalin isterinya, Nazirah Muhammad secara pembedahan itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah.

“Moga saya dapat menjadi ayah yang baik..”

Menurut Azmi, dia berharap dapat menjadi bapa yang baik kepada zuriat yang dinanti-nantikannya selama ini dan berterima kasih atas doa daripada orang ramai buat keluarga kecilnya.

“Alhamdulillah. Pukul 9:09 pagi tadi anak sulung saya telah selamat lahir ke dunia. Urusan pembedahan berjalan lancar. Macam-macam perasaan ada bila kali pertama terdengar suara baby.

“Syukur ya Allah. Moga saya dapat menjadi ayah yang baik. Terima kasih atas doa kalian yang tak putus-putus buat kami sekeluarga,” kongsinya.

Lebih istimewa dan bermakna apabila kelahiran bayi lelaki sama dengan ulang tahun kelahiran Azmi yang ke-34 hari ini, sekali gus berkongsi tarikh hari jadi sama dengan anak sulungnya.

Sebelum ini Azmi dah bersepakat dengan isteri untuk memilih nama Afnan buat bayi lelakinya itu dan berharap dapat membesar menjadi insan yang berjaya dunia akhirat serta diberi kesihatan yang baik sepanjang masa.

Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan pengikutnya mengambil peluang mengucapkan tahniah serta bersyukur atas kehadiran cahaya mata berkenaan.

Alhamdulillah.. tahniah

Sebelum ini, Azmi dan isteri yang mempunyai masalah penglihatan berkahwin pada 2011 itu sanggup menggunakan duit simpanan untuk menampung kos bersalin isteri di hospital swasta semata-mata untuk memberi semangat dan menemani Nazirah demi zuriat pertama mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.