Lepas teruk dikritik oleh warganet akhirnya isteri dan ibu Carl Samsudin tampil pertahankan tindakan tegur warga emas.

Viral

Nama usahawan Carl Samsudin sekali lagi hangat diperkatakan berikutan tularnya sebuah video kononnya menasihati seorang warga emas dengan nada yang biadap sekali gus mencetuskan kemarahan warganet di media sosial. Susulan itu, isteri dan ibunya tampil mempertahankan tindakan Carl atau nama sebenarnya Muhammad Khalif Samsudin. Menurut isterinya yang  juga pengasas jenama busana Muslimah Bella Ammara, Sharifah Nabilla Al-Yahya Syed Shah atau juga dikenali sebagai Belle menerusi hantaran IG Story nya menyifatkan bahawa apa yang berlaku merupakan sebahagian daripada ujian di dunia.

“Biasalah dunia memang tempat ujian. Sabar sajalah. Mungkin ada pahala sikit yang boleh dapat dari bersabar ni.Kita semua sedang diuji. Apa pun Allah lebih mengetahui segalaNya” tulis Belle Sementara itu,  ibu Carl yang dikenali sebagai Khatijah Abdullah menjelaskan bahawa apa yang dilakukan oleh anaknya merupakan sebahagian daripada kerja kebajikan yang diwarisi daripadanya.

“Alhamdullilah anakanda saya @carlsamsudin dan teamnya mewarisi kerjaya saya dalam bidang kebajikan. Rumah menempatkan gelandangan di Kuala Lumpur ini dinamakan Anjung Singgah dan dibina oleh Yayasan Kebajikan Negara @yayasankebajikannegara. Semasa saya bertugas sebagai Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur pada tahun 2014, Pusat menempatkan Gelandangan ini baru mula beroperasi dan ada antara gelandangan yang kami laksanakan operasi gelandangan ditempatkan di sini.

Selepas saya bersara, saya selalu impikan anak2 saya @shasharenasamsudin @sheilasamsudin  @rubysamsudin dan @carlsamsudin meneruskan legasi kerja kebajikan yg saya mulakan dalam keluarga since 1995 apabila saya berkhidmat dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat” tulis Khatijah

Dedah Khatijah, dia akui berasa terkilan kerana terdapat sesetengah pihak yang menunjukkan sisi negatif kerja amal tersebut sedangkan ia merupakan program keusahawanan dan motivasi bagi sebahagian gelandangan di sebuah pusat gelandangan di ibu negara. 

“Ini adalah sedutan video anak saya @carlsamsudin dan teamnya melaksanakan program keusahawanan dan motivasi bagi sebahagian gelandangan di Anjung Singgah Kuala Lumpur. Sayangnya hanya dipilih sedutan yg melihat dari perspective negative sahaja untuk diviralkan oleh @jofliam @vocket @jabatannetizennegara20 . Apa tujuan mereka? Hanya yang mahu dan memilih untuk berfikir secara sihat dan terbuka sahaja yg mampu mendapat jawapan yg tepat. Stay safe dan teruskan legasi mak untuk buat kebajikan anakanda semua ” katanya lagi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.