Reza Hasbi bimbang isteri hamil 3 bulan disahkan positif CvdI9. Sekali ini keadaan terkini anaknya.

Viral

Reza bersama anak pertama terpaksa berjauhan dengan isteri serta anak kedua mereka. Pelakon Reza Hasbi meluahkan rasa bimbang apabila isterinya iaitu Rose Darlila Roseli yang kini hamil tiga bulan disahkan positif CvdI9. Menurut Reza atau nama sebenarnya Muhamad Ridzuan Hasbullah, isterinya sudah dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan CvdI9 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Serdang.

Reza yang kini berada di Kuala Kangsar, Perak memberitahu dia sepatutnya bertemu isterinya yang tinggal bersama keluarga dan anak kedua mereka di Subang Jaya Selangor pada Isnin depan. “Saya ingin mohon doa daripada semua rakyat Malaysia… isteri saya yang kini sedang mengandung disahkan positif. Kandungan dia pula baharu 14 minggu, jadi saya agak risau dengan keadaan dia. Dia kini sudah berada di pusat kuarantin Maeps, Serdang untuk dipantau keadaannya. Kami berdua duduk berasingan buat masa ini. Dia bersama anak kedua kami tinggal bersama keluarganya di Subang. Manakala saya pula berada di Kuala Kangsar, Perak bersama anak pertama. Ikutkan memang nak ke sana untuk jaga isteri sebab dia alami alahan yang teruk. Semalam isteri mengadu yang dia batuk dan bila buat kit ujian CvdI9 malam tadi positif dan pagi tadi pun buat ujian calitan pun keputusannya sama. Itu yang terus dibawa ke pusat kuarantin,” kata Reza.

Reza memberitahu isterinya disahkan positif CvdI9.

Terdahulu, pelakon drama Dia Menantu Rahsia itu memaklumkan isterinya yang disahkan positif CvdI9 di laman Instagram miliknya pada Sabtu. Dalam pada itu, Reza turut berasa bimbang dengan keadaan anak keduannya iaitu Mohammad Rafie Dayen, 2, yang turut mengalami masalah kesihatan.

Kandungan dia pula baharu 14 minggu, jadi saya agak risau dengan keadaan dia.

“Buat masa ini, hanya isteri disahkan p0sitif. Tapi keluarga dan anak kedua akan buat swab test hari ini. Anak kedua saya pula ada masalah kesihatan dan sepatutnya 6 Oktober depan dia kena jalani pemeriksaan MRI. Doktor nak kesan apa sakit dia. Anak saya sebelum ini selalu tersedu tapi lama-kelamaan sedu itu buat tertarik badan dia. Doktor kata bukan sawan… tu yang nak kena buat pemeriksaan.

Reza bersama isteri dan dua orang anaknya.

“Bertambah saya risau sebab dia memang duduk dengan isteri. Antibodi anak saya tu lemah, kalau demam sikit pun dah masuk hospital,” ujarnya. Reza juga mempunyai seorang lagi anak lelaki Mohamamad Rifqi Danial, 5, yang tinggal bersamanya. Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.